Tuesday, August 28, 2012

Habis

Perasan tak kat entri - entri lepas saya semua gambar dah hilang?

Yes. Terima kasih diatas kebijaksanaan saya mendelete kesemua album yang terdapat di akaun Picasa saya di handphone selepas saya sync henpon ni dengan akaun Google saya.

Kenapa saya delete? Saya ada membeli sebuah telefon pintar awal seminggu sebelum raya hari tu. Lepas tu terus saya sync akaun Google ke henpon sebab nak download aplikasi kat Google Play.

Jadi alasan tipikalnya mestilah nak jimatkan space kat henpon. Mana taknya, 3000 keping lebih kot gambar di sync ke henpon ni. Semak perut ai tengok. Delete terus.

Check je blog, habis suma gambar diganti dengan gambar tiga segi dan tanda seru di dalamnya berbackgroundkan warna hitam kosong. Macam nak menangis. Macam je. Tak nangis pun.

Jadinya, kepada sesiapa yang masuk ke blog ni samada secara sengaja atau tidak tak kisahlah nak cari maklumat ke apa ke, minta maaf kalau ketiadaan gambar kat entri - entri yang mana tahu boleh membantu pencarian anda tergendala dek permasalahan ini. Minta maaf.


2 comments:

  1. Kesiannya. Banyak pulak tu gambarnya yang hilang.

    Takde backup langsung ke gambar2 tu kat komputer?

    ReplyDelete
  2. @wmhafizada sesetengah gambar kat dalam blog ni dari laptop lama. Gambar yang ada kat dalam laptop sekarang memang ada. Makan masa sikit la nak publish balik.

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected