Tuesday, February 23, 2010

Demam demam pun nak berjalan jauh #1

Nak buat macam mana kan. Tuntutan kerja..

Ecewah..tuntutan kerja konon.

Padahal bos soh pegi last last minute sebab dia kena teman bos besar g persidangan kat Gunung Jerai.

Perjalanan kali ni agak ‘sakit’ disebabkan tuan tanah blog ni demam. Dah tu plak sakit tekak. Sungguh tak selesa perjalanan ni. [Betul la tak bersyukur Cik Fina ni, dapat naik bas yang seat dia dah besar katil pun nak komplen itu ini tak selesa – oke, yang besar macam katil tu saya tipu Tongue]

Dari malam sebelum hari bertolak lagi saya dah rasa tak sedap hati. Berbual kat telefon pun saya tak fokus. Lagi lama cakap lagi tak sedap hati. Last-last minta talian diputuskan sebab nak tido supaya dapat hilangkan rasa tak sedap hati tu.

Dan persoalan pasal tak sedap hati pada malamnya terjawab bila pagi ni saya bangun lambat!

Tersedar pukul 7.40 pagi n feri pukul 8.30 minit! Ini bermakna saya ada kurang dari 20 minit untuk siap2. Dah la barang pack pn tak habis lagi..berus gigi dengan pencuci muka tak masuk dalam beg lagi. Kasut untuk kursus pn tak masukkan dalam beg lagi.

Tapi, nasib baik sempat. Kena bebel dengan ayah sekejap [dari rumah sampai setibanya kat Jeti-.-“]

Layan cerita K.A.M.I dalam feri. Tak pernah tengok cerita ni sebelum ni walaupun ada Zahiril Adzim. Logik la, sebab saya minat Zahiril Adzim lepas dia berlakon cerita ni.

Belum abes layan K.A.M.I, dah sampai kat Jeti Kuala Perlis. Turun je dari feri, terus g cari makanan. Kena amek breakfast sebelum travel jauh-jauh sakit perut nanti kang susah pulak [oke, sekarang saya rasa sakit perut. saiko betul]

Kat dalam feri jumpa kawan sekolah lama eh, ke kawan lama sekolah, ke sekolah kawan lama oke oke lupakan. Jadi cikgu kat KL sana. Ramai jugak kawan-kawan jadi cikgu. Saya? Jangan tanya. Sebab belum jawab soalan tu pun saya dah tau macam mana keadaanya Cik Shafina Othman ni jadi cikgu –.-“ [kalau saya jadi cikgu, mesti anak murid tak sabar-sabar nak masuk kelas nak buli Cikgu Shafina] – pergh..cikgu shafina. TBB betol..Kan dah terberangan sekejap..hmm..

Oke sudah.

Sambung part #2 pasni.

 

 

10 comments:

  1. ape ni!!! ape main sambung2 ni.. ingat telenovela ke?
    kan x pasal2 tuan rumah kena marah.. hahaaa

    ReplyDelete
  2. nie terpengaruh banyak sangat tengok drama swasta kat tV.. sial sambung secepat mungkinn..

    tak kira laa tuan tanah demam ke ape ke...[kejam]

    ReplyDelete
  3. @8534489533967101529.0
    alaa..jangan la marah..kan tuan rumah demam..kesian dia..sob sob :-s

    ReplyDelete
  4. @6770678024013846087.0
    ni lagi sekor kejam :-w :((:((

    ReplyDelete
  5. @8816878564876350865.0
    ala moon..g kursus..nanti kang nak g bercuti saya post ajak kat blog k k k :D:D

    ReplyDelete
  6. follow u now..do follow me next ya..hehehe..thanx akak..

    ReplyDelete
  7. salam buat fina...
    memang gabra la kalau bangun lewat....buat fina moga terus berbahagia

    ReplyDelete
  8. @256874785263269362.0
    tu la paklong..time-time getir macam ni la bangun lambat..nasib baik tak terlepas feri

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected