Slider

Bulan Lewat

Monday, October 28, 2013


Sekejap saja dah nak masuk bulan dua belas. Kelip pok kelip pok dahhhh nak masuk hujung tahun. Sungguh tak berasa. Umur dok rasa macam muda ja lagi heheh. Takpa. Umur banyak, hati muda takpa. Jangan umur banyak, perangai macam budak - budak sudahh.

Hari ni hari ketiga (ke keempat) terlewat ke ofis untuk bulan ni.
Hari - hari lain ada yang hujan jadi nak tak nak kena tunggu hujan berhenti baru boleh gerak (almaklumlah, ahli skuter jalanan tegar terhensem katakan kekeke).

Tapi hari ni saya lewat sebab..





..tengah siap² baru terperasan saya pakai baju yang tak diseterika =.='

Kebiasaan saya kalau dah seterika baju, baju tersebut akan digantung. Baju - baju kerja yang belum diseterika samada akan dilipat atau diletak di dalam raga pakaian.

Semalam waktu menjenguk ke bilik menjahit emak, ada sepasang baju kurung yang dah elok tergantung. Maka terdetik di dalam hati "Ok, baju dah iron, boleh masuk tidur terus" maka teruslah saya ajak si kecik Syabil masuk tido.

Malam ni Syabil semangat habiskan satu booklet Logico Piccolo keluaran GROLIER ni. Progress dia sedikit lambat. Bukan sebab lambat pick up, tapi sebab dia selalu tertewas dengan godaan kartun & game di hp menyebabkan dia leka sampai takmau buat latihan. Tak nak la paksa - paksa. Dari budak tu baru berputik minat, terus taknak. Rugi duit ai. Tapi alhamdulillah Syabil boleh ikut pembelajaran dalam program ni. Mahal pun takpa. Asal berbaloi nanti. Pelaburan jangka masa panjang uols. Ingat budak cerdik pandai dia jadi camtu sendiri ja ka kalau takde dorongan (dorongan baik mahupun buruk. Ada dorongan yang buruk tu buat dia jadi lagi nak belajar pandai² nak buktikan sesuatu, kannnn - actually kawan saya ada sorang macam ni, alhamdulillah dia berjaya sudahnya; kes didouble standardkan oleh mak tiri)

logico piccolo
Satu booklet ni ada 16 keping kad aktiviti. Selit dalam papan yang diberi &
butang warna - warni sebagai penanda jawapan. Yang ni aktiviti untuk perkembangan otak kanak-kanak. Untuk booklet ni, ia  membantu develop kebolehan kanak-kanak membuat perbezaan & engenalpasti warna, corak & bentuk. In a fun way of course.

Sebab tau tak bukan dia saja yang seronok buat, kita sekali ikut seronok nak buat!

Kecik - kecik mana dapat cemni uols :/

logico piccolo activity
Tekun mengira sampai rapat tunduknya. Kalau guna term 'tolak' dia tak faham
kena guna term 'buang' baru dia faham huhu. Kena pandai manipulate tahap
kefahaman dia. Kalau dok tekan ajar sedangkan dia tak faham, nanti dia boring,
tinggal terus aktiviti.
*Kenalkan dia dengan method mengira menggunakan lidi instead of alat bantuan mengira moden. Strikes disitu bila dia suka!

Tuuu. Nak cita sikit je sebenarnya. Dahh terpanjang :p

Pagi ni, lepas mandi, terus ambil baju untuk dipakai. Lepas solat, mekap ala² kadar, kemas beg (semalam tidur pukul 3 pagi sebab determined nak login laptop sendiri sampai dapat lepas terlupa password well tak pasti lupa password atau ditukar oleh adik sebab password laptop tu disetkan supaya Syabil dapat hafal - no telefon mak) yang tak sempat dikemas, kejutkan Syabil turun (dia sambung tidur di bawah sementara air mandian dia siap), pakai tudung, ejas² tudung depan cermin besar sampailah terperasan..



..baju *qedot seribuuuuuuuu!(sebab cermint terletak betul² kat bawah lampu jadi nampaklah kedut² tu penuh ketara)

Aiyaiyaiyaiyai!

Time tu dah ngam² time saya sepatutnya keluar. Sebab kalau keluar lewat 5-10 minit lepas tu (bergantung kepada trafik), merah lagi lah punch card aiiii :'(

Maka, terpaksalah buang semula tudung, buang semula baju dan seterika balik. Mak enon betoi kau Cipina. Tak alert lansung. Tu la. Yakin sangat kan. Kan dah lambat.

Nasib baik la perasan sebelum keluar rumah, kalau pakai sampai ke ofis dahhhhh orang pejabat cop "Tak senonoh punya anak dara. Baju pun tak iron. Acanela nanti kawen. Buatnya lupa *streka baju keja laki..siannnn laki" Aishh.

Lepas semua kerja yang sia² akibat-tak-double-check-betul²-malam-sebelumnya tu siap, keluarlah saya dengan hati yang gusar. Gusar sebab dah lambat satu hal, hujan rintik rintik pulllakk.

Perjalanan saya pagi ni ke ofis diiringi dengan hujan rintik² kadang² masuk mulut, bacaan ayat Kursi yang tak putus samada baca dalam hati atau kumat kamit sampai orang sebelah bila berenti kat traffic light pun pandang² sebab ingat tengah bercakap sorang², dan disulami dengan hati yang pasrah punch card ku bakal merah :'(


Lambat. Dua. Belas. Minit.

Alaa..kira aci la..time balik bukan on time pun..lewat jugak 15 minit setengah jam. Kadang - kadang sampai sejam apa..

Kerja melambun limbun masih ada hati nak update blog. Kui².


Kamus Utara :-
*qedot - kedut
*streka - seterika
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright