Slider

Kereta Sewa Langkawi

Wednesday, August 29, 2018

Hai.

Hari ni nak sembang pasal kereta sewa.

Kalau ke Langkawi, kereta sewa antara isu utama yang perlu diambil kira selain penginapan dan aktiviti di Langkawi.


Kenalkan, Waris Leisure Holidays. Syarikat kereta sewa berdaftar dengan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) yang mempunyai hampir 70 buah kereta berbagai model untuk disewakan. Dijamin anda tempah kereta, kereta pasti ada. Tapi booking dulu la hehe.

Jangan tak tahu ya, terlalu banyak kes; booking kereta siap-siap tapi sampai di Langkawi agen hilang tak dapat dikesan. Duit lesap, satu hal pulak nak kena cari kereta sewa baru. Buat spoilll je mood nak bercuti kan? Lebih baik study sikit. Check betul-betul sebelum menempah. Dalam kes ni, banyak songeh itu lebih baik dari menyesal dikemudian hari.

Kat Langkawi ni tak usah takutlah nak memandu di jalan-jalanraya dia. Takkan sesat punya. Lagipun Google Map ada, Waze ada no problem lah setakat nk pusing pulau yang 2 jam pun boleh habis pusing tu.

Model Axia tersusun cantik πŸ˜


Tak perlu panjangkan cerita, straight to the point lah ya.

Kelebihan menyewa dengan syarikat Waris Leisure Holidays 
  1. Kereta sentiasa dipastikan berada dalam condition yang baik. Tip top.
  2. Kereta berada dalam keadaan bersih sebelum diserahkan kepada penyewa - ada carwash sendiri
  3. Harga yang sangat berpatutan.
Jenis/Model kereta yang ada antaranya :
  1. Perodua
  2. Proton
  3. Honda
  4. Nissan
  5. Toyota
  6. Mitsubishi
  7. Mercedes-Benz
Review di TripAdvisor

Jadi, bagi yang berminat untuk booking kereta dengan syarikat ni, bolehlah contact krew-krew mereka di salah satu link ni :

Talian Utama : 019-400 1991


But wait! Nak diskaun tak?!

Wasap saja di link ni http://warispromo.wasap.my dan anda akan mendapat RM20 diskaun (untuk tempoh 3 hari keatas) -- psst try la tanya jugak kot-kot boleh dapat murah walaupun tak sampai 3 hari sewa ;)

So, apa tunggu lagi, nak book kereta? Pilihlah Waris Leisure Holidays.

Berkaitan :
Servis Teksi di Langkawi | Taxi Service in Langkawi

Pindah rumah dengan TheLorry

Alkisahnya, bos minta carikan sebut harga untuk pengangkutan dari Shah Alam ke Pulau Langkawi. Teringat pernah terjumpa info mengenai TheLorry di Facebook. 

Jadi, apa benda TheLorry ni?

TheLorry adalah laman menempah lori sewa, van dan 4x4 yang mudah, murah dan senang. 
Kami mengambil pemandu-pemandu yang berpengalaman dan mempunyai reputasi yang bagus sebagai rakan kongsi untuk memastikan barang-barang anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.  
Cuba TheLorry sekarang untuk alami satu cara yang baru untuk menempah lori sewa, van dan 4x4 di Malaysia. - Website TheLorry

Senang kan? Tak payah pening-pening nak cari transportation untuk angkut barang-barang, semua ada disitu. Korang boleh request segala macam jenis kenderaan yang bersesuaian mengikut keperluan.

Tapi sayangnya TheLorry belum cover sampai ke Pulau Langkawi. Kena cari alternatif lain la nampaknya. 
Klik sini untuk ke laman web TheLorry


Cipina Being Random - I Can't Sleep

Sunday, February 18, 2018

1. It's 2.24 am and I am wide awake.

2. Tak tahu kenapa tak boleh lelap kan mata. Sedangkan harini tak tidur siang pun.

3. Is it because my stomach full with dinner tadi? Don't think so. Dah clear my bowel lepas balik dinner.

4. Thinking of someone? Maybe.

5. Oopa. Ter refresh page.

6. Nasib baik tak hilang entri ni. Kalau tak, tutup phone, tido. (nampak tak kat sini mata tu taknak lelap kenapa --dah dipaksa berjaga mananya nak lelap)

7. Instagram syarikat foto yang bernilai tinggi tanpa menjual kamera.

8. Point no 7 actually predictions from my SwiftKey keyboard. Tekan je perkataan yang keluar kt tengah tu until it forms a phrase.

9. Been using SwiftKey keyboard ni since guna Galaxy S2 lagi. Jatuh cinta pandang pertama lepas tu tak pandang lain dah gitu.

10. Okay, that someone di point ke 4 called. Lega sikit.

11. Supposedly phone ni diset supaya automatically turned off at 2am an turned back on at 5.30am.

12. But since that someone at point no. 4 tu are on the road, so it's best to keep my phone turned on. I don't know why I should do this but I'll just do it anyway. Rasa lega sikit.

13. Eyes. Why why why? Awat xmau ngantuk lagi ni?

14. Takkan nak kena sapu Balm Tasneem Naturel Sleep Time kot. Aish. Malas nak turun bawah ambik balm tu. Should test on orang dewasa since untuk bayi dan kanak-kanak terbukti berkesan.

15. I think I should force myself to sleep now.

16. Kira kambing biri-biri is so irrelevant right now. Bosan kot.

17. Eyes, one, two, three. Go!

18. πŸ’€

Kenangan Tidur Beramai-Ramai Di Tepi Pantai

Thursday, February 15, 2018


kredit : sini

Terserempak dengan pos seorang saudara di facebook tadi, mengingatkan saya kepada kenangan sewaktu kecil dahulu waktu berumur 9 atau 10 tahun, keluarga besar kami berkumpul beramai-ramai pada cuti Hari Raya berkampung di Pantai Kok atau Pantai Tanjung Rhu. Waktu tu pulau-pulau di Langkawi boleh diakses oleh orang awam tanpa perlu disekat-sekat macam sekarang. Pantai Cenang time tu sangat cantik dan bersih, tak terlalu padat pantainya berbanding sekarang.

Waktu tu, semasa allahyarham tok dan tokwan masih ada, tidur di pantai time Raya Puasa memang dah jadi  semacam acara tahunan untuk aktiviti tidur di pantai tu. Ada yang tidur di dalam khemah, atas lori atau just tido beralaskan tikar berbumbungkan langit. Kami lah tu, korek pasir dalam-dalam, lepas tu tido kat dalam tu ramai-ramai sampai esok pagi. Pagi-pagi abang-abang sepupu mengusik "nasib baik korang bangun awal, kalau tak, laut dah telan. Tengok tu, dah dekat dah kaki korang dengan air laut". Cuak masing-masing ingatkan betul. Semalam korek pasir macam jauh, bangun pagi ni sedar-sedar kaki dah nak cecah air laut. 

kredit : sini
Padahal, air pasang pagi tu =.=

Seronok betul ramai-ramai time tu. Yang dewasa, tok, tokwan, mak, ayah, ibu-ibu saudara, bapa-bapa saudara berborak, memasak, sediakan juadah makan malam, kami yang sepupu-sepupu bermain di pantai malam-malam. Best betul bila dikenang. 

Esok paginya, ibu-ibu stay kt tapak khemah untuk sediakan juadah sarapan pagi manakala yang lelaki akan ke laut cari udang/ikan untuk dibuat masak tengahari. Budak-budak yang bangun awal, untung la, dapat ikut.

Yang bangun lewat mcm saya ni, terlepas laa. Nasib lah. Masuk sambung tido kat khemah balik haha.

kredit : sini
Lepas makan tengahari, berkemas-kemas balik ke rumah.

Itu dulu la. Sekarang zaman dah berubah. Pantai-pantai pun dah jadi pantai private kat sini. Nak masuk pun ada time-time tertentu je. Lagipun lepas allahyarham tok dengan tokwan dah takda, jarang sangat nak berkumpul macam dulu.

Pergaulan sesama sepupu sepapat pun dulu takda masalah, sebab tak pelik-pelik macam sekarang. Boleh je tido ramai-ramai kat dalam lubang pasir pantai tu.

Sekarang dah lain. Jauh beza dengan dulu-dulu.


#6 2018 : Wordless Wednesday - dream escape

Wednesday, February 7, 2018


Pengalaman Menarik Aktiviti Mangrove Tour Langkawi bersama Atta Teraju Enterprise

Wednesday, January 24, 2018

So, Hari Ahad hari tu selepas tak sampai sejam perbincangan, geng-geng mak jemah buat keputusan nak pegi Mangrove Tour. Memandangkan hari Ahad cuti Keputeraan Sultan Kedah dan kebetulan jugak semuanya cuti, so kita ON!

Bergerak ke Gua Kelawar. 

Sampai je di Jeti Pelancongan Sungai Kilim, sempat lagi makan Mee Kuah Udang yang superb (kedai first sekali kt food court di situ), sambil tunggu kawan-kawan yang lain sebenarnya. Kebetulan Kak Pida tak makan lagi dari pagi. Ye lah, benda tak plan kan. Itu yg jadi pkl 10 bincang, pkl 4 baru ON hihi.

Trip kali ni special sikit sebab dapat rate istimewa. Kami menggunakan khidmat Atta Teraju Enterprise. Kalau nak diskaun lebih baik BOOK dulu. Kalau walk in, kena bayar rate tetap.

Korang kalau datang Langkawi, jangan lepaskan peluang menyusuri paya bakau di Langkawi ni. Memang best. Alami pengalaman masuk ke Gua Kelawar dan melalui di bawah Gua Buaya (depend on pakej, tapi kitorang dapat masuk memandangkan air surut sikit so boleh la lalu bawah tu).

Sebelum masuk gua kelawar kita selfie dulu.
Pendek je laluan dia. Ada apa kt dalam gua tu?
Kelawar la dah nama pun Gua Kelawar hihi.
Pastu kita akan berhenti di sangkar ikan. Boleh main dengan ikan pari, belangkas and so on. Kalau nk berkayak pun boleh jugak. Tapi yang tu pakej lain la. Looks fun. Berkenalan dengan ikan pari nama Aisyah. Pegang belangkas. First time. Diorg suruh pegang bahagian bawah belangkas tu. Geliiiiiii. 

Jadilah dapat pegang ekor pun. Ni belangkas betina sebab saiz dia besar dari yang jantan. 
Lepas main-main dengan ikan dalam sangkar tu, kami bergerak ke laut. Kat situ lah spot famous orang bergambar dengan tulisan KILIM GEOFOREST PARK tu.

Spot wajib tourist bergambar. Bukti pi Mangrove Tour hehe
Sepanjang perjalanan, budak-budak memang enjoy sangat, sebab ada formasi batu-batu yang menarik-menarik membentuk muka orang la, badan orang la, kasut la, king kong la, kura-kura la. Budak-budak excited betul bila dapat tengok dan cam figure-figure batu tu haha. Kami yang dewasa ni pun sama excited bila dapat tengok hahaha! Mana taknya, mencari-cari bentuk batu yg menyerupai muncung buaya la, muka baby la, muka Red Indian pn ada, badan orang perempuan la (sebab batu tu nampak orang mendongak - reason dia mcm bentuk wanita sebab kat leher tak ada halkum haha), pulau bentuk kasut la. Best betul main cari-cari kat laut ni.
Nampak tak bentuk kura-kura? 🐒
Sepanjang tour kami, guide memang memainkan peranan penting sebab dia akan beritahu info-info berkaitan aktiviti di kawasan paya tu. Yang ni memang puji lah Bob sebab dia akan berhenti dan explain satu-satu pasal fakta-fakta mahupun aktiviti di persekitaran paya bakau tu. Memang fun.

Lepas tu tengok aktiviti eagle watching pulak. Tengok burung-burung helang tangkap makanan di permukaan air. Cantik-cantik dan besar-besar helang-helang tu.

Lepas 2 jam lebih, kami bertolak balik ke jeti.

Overall, memang enjoy trip kali ni. Tu lah kan. Tak boleh rancang lama-lama. Nanti tak jadi. Kena rancang time time tu, semua available, terus ON je. Kalau tangguh-tangguh memang takkan jadi la hihi.

So, I'll leave you guys dengan gambar-gambar sepanjang tour tu.

Memang fun!

Yang mana planning nak ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk experience Mangrove Tour ni. Harga dari RM250 untuk sebiji bot (utk 10-12 orang). Berbaloi-baloi.

Nak diskaun? Contact sini 017-5388340.

Boleh check pakej Mangrove Tour kat sini

Pakej Mangrove Tour Langkawi 2018

Monday, January 22, 2018

Senarai Pakej Mangrove Tour Langkawi 2018

Hubungi 017-5388340 untuk tempahan awal.



⛵ 1 Hour - RM250/boat (10-12 pax) 
πŸ¦‡ Bats' Cave
Floating Fish Farm
πŸ¦… Eagle Watching
River Cruise

⛵ 2 Hours - RM350/boat (10-12 pax)
πŸ¦‡ Bats' Cave
Floating Fish Farm
πŸ¦… Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave

⛵ 3 Hours - RM450/boat (10-12 pax)
πŸ¦‡ Bats' Cave
Floating Fish Farm
πŸ¦… Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave
🌊 Open Sea (Andaman Sea)
🏊 Swimming at Private Beach

⛵ 4 Hour - RM500/boat (10-12 pax)
πŸ¦‡ Bats' Cave
Floating Fish Farm
πŸ¦… Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave
πŸ’ Monkey Feeding
Snorkeling at Dangli Beach
🏊 Swimming at Private Beach
🐠 Fish Feeding 

Sharing
RM120/pax 4 jam (walk in)
 

Inclusive of lunch & tour guide
🏨 Free pickup at hotel : 9.00 am

πŸ¦‡ Bats' Cave
Floating Fish Farm
πŸ¦… Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave
πŸ’ Monkey Feeding
🏊 Swimming at Private Beach




Baca juga : Pengalaman saya mengikuti Mangrove Tour pada Januari 2018. Memang fun!

Buat Link Wasap Tanpa Menunjukkan Nombor Telefon

Sunday, January 14, 2018

Pernah tengok link - link macam ni?

http://balsemtm.wasap.my - Balm Tasneem Naturel
http://dexandralangkawi.wasap.my - Perfume De'xandra
http://jamuputeri.wasap.my - Jamu Puteri (Authentic)
http://JPManbooster.wasap.my - Jamu Puteri (Man Booster)

Mesti pernah tengok kan penjual-penjual online pos jualan and last sekali letak link macam kat atas ni. 

Itu la linknya yang bila korang klik, terus pegi ke Whatsapp penjual. Tak perlu lagi dah korang nak save nombor dia. Banyak sangat step kan? Kena save dulu, lepas tu cari kat Whatsapp, lepas tu baru mesej penjual tu. 

Kalau jenis yang suka shopping online, penuh la nombor2 seller kat dalam phone tu. Macam tak perlu kan? So, kat sini la wasap.my memudahkan kerja-kerja penjual & memudahkan kerja pembeli juga. Untuk cara ni, kena daftar dulu di web www.wasap.my.

MACAM MANA NAK DAFTAR?

1. Login ke www.wasap.my


2. Daftar

Klik pada - DAFTAR PERCUMA SEKARANG

3. Isikan maklumat 

Klik Submit bila dah siap

4. Klik Login

Klik pada perkataan HERE untuk ke login page

5. Add Link

Add Link - perkataan yang kita kehendaki untuk dibuat link
6. Isikan maklumat yang diminta

Isi Link (nama apa yang kita nak. Cth : innerwarda ),
Phone (nombor telefon. Cth : 0123456789 ) &
Pre-filled text (perkataan yang kita mahu ia muncul selepas pembeli klik. Cth : saya nak beli inner warda!)

Peringatan : Kalau keluar warning Invalid. The link already exsits, mungkin nama yang korang pilih tu dah digunakan. So, cari nama baru. Jangan letak space ya.

Dannn siap!

Korang boleh edit nombor telefon, pre-filled text selepas dah buat link korang. Sangat fleksibel. 

Boleh godek-godek web tu untuk lebih kefahaman.

Selamat mencuba!


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright