Subscribe:

Friday, November 5, 2010

The Cabin. Chalet dari kontena terpakai.


PA211682_thecabin

First time nampak memang takjub gila kot sebab tak sangka akan ada kat Malaysia benda alah ni walaupun dah pernah tengok kat tv tentang perkara sekreatif ini.

Tapi yang kat tv tu tak heran la sangat sebab benda tu dilakukan di sebelah barat. Kat sana, banyak je benda – benda pelik kita boleh tengok diorang invent hari – hari sebab otak orang depa murah, otak orang kita mahai. Kenapa pulak otak depa murah otak kita mahai?

Sebab depa tak kedekut nak pakai otak untuk berpikiaq tak macam orang kita yang malas nak pakai otak-cuma-aplikasikan-apa-yang-ada-tanpa-ada-inisiatif-nak-buat-sendiri. Makanya berkaratlah otak – otak orang kita sebab jarang guna. Mahai katakan. Kena la simpan elok - elok. Begitulah kisahnya.

Mukadimah saja dah tiga rangkap. Kembali ke realiti. Kontena. Ya. Itulah medium yang digunakan untuk dibuat seunit chalet yang sangat lah comel, selesa, sejuk, tak sangka dok kat dalam tu rupa – rupanya dok dalam sebijik kontena, katil empuk, tv 32”, perabot dari IKEA, astro sorang satu bukan centralized, wifi free, ada balkoni sendiri, laman cantik, dekat gila dengan Underwater World Langkawi yang hanya berharga RM satulimakosong sepanjang tahun sehingga Disember 2010 ya tuan – tuan dan puan – puan adik – adik kakak – kakak abang – abang semua mempersembahkan…


Terletak di tempat paling hampeh happening di Langkawi, mana lagi kalau bukan Pantai Chenang yang ramai orang dan sesak dah nak macam Phuket itu. Sangat senang nak ke lokasi kejadian terletaknya chalet ini. Tepi jalan je. Dekat gila dengan Underwater World Langkawi bahkan dari balkoni bilik pun dah boleh nampak bumbung Underwater World dimana penguin – penguin comel berketurunan Backhopper ditempatkan haha detail ai bagi kat yu.

Tak best ah kan baca ja takdak gambaq toi dak? Jom usya gambaq pulak.

PA211674_thecabin
Datang sini pun bersebab. Temankan kawan buat survey. Sambil menyelam sambil minum air kata orang, dah datang tak nak la lepaskan peluang nak menyurvey (??) jugak kan. Nak nak pulak, staf kat situ offer nak tunjuk bilik. Pucuk dicita ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, setuju selalu laaaa heheh. Jom.

 PA211676_thecabin      PA211677_thecabin
Dalam kabin 

Kami masuk ke bilik yang dah ready dipasangkan air-con untuk next guest yang tak sampai lagi. Nyaman dong. Macam tanak kuar dah ai cakap yu. Nasib baik sedar diri yang bilik tu orang nak pakai, kalau tak, mau dah tido situ seround dua sebab lepas tunjuk bilik, staf tinggalkan kami kat situ soh buat macam bilik sendiri dan dia kembali ke kaunter reception yang juga berlokasi di dalam kontena.

 PA211679_thecabin



Didatangkan dalam jumlah 10 unit, maka tak susahlah nak menjaga tempat ini memandangkan kawasannya yang tak berapa luas tu. Kemas dan bersih.




PA211680_thecabin


Ini pandangan dari pintu kabin. Kalau korang perasan, kat sebelah jalan sana, dah boleh nampak kedai menjual cenderahati. Well, kat Pantai Cenang tu selagi ada ruang, selagi tu diorang nak sumbat segala macam perniagaan selagi boleh kutip duit sewa, selagi tu lah akan ada bangunan didirikan. *Seloba tak hengat. “Oih Cipina, tanah kami ikut suka kami larrrr. Sebok jah. Bising“ . Oke FINEEE.




PA211683_thecabin
      


Pandangan dari luar. Cantik dan kemas sekali.













Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh la pegi ke website The Cabin Langkawi. Scha Alyahya ngn Rina Salleh pun pernah stay kat sini tau. Hehe. Kalau tak caya, godek website diorang tu Tongue


Tapi tak sure pulak Rina Salleh yang mana Tongue


Untuk tempahan :
Boleh isi borang disini.

Atau boleh telefon mereka di talian +6(012) 417 8499

*Seloba - tamak

30 comments

November 5, 2010 1:27 AM

penah sekali je pegi langkawi
tapi nak pegi lagi
heee
mcm menarik
xD

November 5, 2010 1:34 AM

@Syazwana
wee..datang la lagi! XD

November 5, 2010 2:41 AM

wahh ini betul2 jimat kos sebab guna kontena tu..

November 5, 2010 6:47 AM

Cipina, nanti bawak ai gie sane yer..

November 5, 2010 10:09 AM

terus dapat idea nak buat rumah dlm kontena je.. jimat!

November 5, 2010 12:25 PM

sangat kreatif dan lawa
tak pernah pergi lagi

November 5, 2010 12:53 PM

fina!kire jadik la ni!nnt aku tetap kan date...tp hrga utk school holiday same ke?

November 5, 2010 2:42 PM

@Fitrihadi
yep. pandai kan diorang?

@Aujinz
mai la sini dulu baru ai bawak :P

November 5, 2010 2:44 PM

@Jelina Joli
nak bagi besar..sambung buat ruang tamu satu, dapoq satu, toilet satu, bilik satu..bla..bla..bla..:P

@Syafrizal
baru lagi ni. mai la sini :D

November 5, 2010 2:45 PM

@aza shafiza
yap sama. RM150. fix rate sampai ujung tahun ni.

November 5, 2010 3:47 PM

akak manager ke? nk kje2..haha

November 5, 2010 9:09 PM

Tahun depan boleh dah kot cuti-cuti malaysia kat sana..hehe

November 5, 2010 11:04 PM

@hiro
aish. tade la manager2 dik. keran biasa2 je :P

@Zezebel
silakan silakan hehe :D

November 5, 2010 11:16 PM

@hiro
*kerani

November 6, 2010 6:54 AM

walaupon kabin je. tp cantik!!!semat ah

November 6, 2010 6:07 PM

waah..memang bijak betul. keje situ dik?

November 6, 2010 9:14 PM

@641740776432894773.0
kreatifkan diorang?

November 6, 2010 9:16 PM

@8907267997535523791.0
taklah..ehe..temankan kawan buat survey. ada kesempatan amek gambar sekali :D

November 7, 2010 8:09 AM

wuhaa..apsal tak perasan ni dulu...thanks...leh masukan dalam jadual travel tahun depan..haha

November 7, 2010 8:31 AM

cmne diorg angkat kontena tu eh?dasat

November 8, 2010 12:15 AM

cantik tempat dia. :D

November 8, 2010 10:43 AM

@7231958810087791097.0
haha. masukkan siap2 nanti lupa :P

@6936979590137735728.0
ntah la. tak pernah tengok pulak waktu construction tengah ongoing. tengok2 dh terpacak dah masing2 kat situ :P

@Hasrol Nizam
yeap. memang cantik. kemas. bersih.etc etc etc

November 8, 2010 3:22 PM

aku ade tgk kt website mane ntah...kat obersi ade bende ni tp mmg boleh agkt2 mcm kontena. yg ni statik kot...sbb ade bekalan air sume

November 8, 2010 8:02 PM

aku tk pnh ke sana..takde org nk ajak..

November 8, 2010 10:48 PM

@Pencacai Alim
ahadoi cemtu plak eh..oke2 nanti saya buat kad jemputan khas untuk incik yerp :P

November 8, 2010 10:55 PM

@5800247040162862103.0
yeke? website mana eh. nak tengok. yg ni rasanya takleh angkat kot sebab diorg susun menda tu pn dh cantik. siap ada beranda lagi.

taktaulah cmane majlis nak bagi kelulusan sebab xtau status bangunan sebab menatang ni bukan bangunan :P

itupun kalo diorang apply lesennnn..

November 9, 2010 3:41 AM

Teringat memori dulu duduk kontena masa kerja dulu. Rumah sementara. Selalu kerja luar jadi malas nak sewa rumah.

November 9, 2010 8:24 AM

10 tahin lepas aku dah pernah duduk kat tmpt yg mcm ni..kontena..kat port dickson kalau tak silap.tapi cikai je la.

November 9, 2010 11:20 AM

@Benrauf 2.0
ha'ah. selalunyalah kan. kalo keja kat site mesti akan ada penempatan menggunakan kontena ni kan kan kan :D

November 9, 2010 11:24 AM

@fndrocka
dari situ la kot org dapat idea nak buat chalet lawo cemni kan..

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com