Slider

[Tips & Trick] Google Chrome

Thursday, February 27, 2014

Lately, Google Chrome kat pc suka buat hal.

Kalau bukak Google Chrome, lepas tu kalau biarkan lama sikit mesti dia akan kaku. Tak beri respon lansung. Sampai la kena tekan button ctrl+shift+esc dan bunuh aplikasi Chrome di Tab Processess. (hati - hati. Jangan tersalah membunuh pulak. Sensitip sikit kat sini)

Kemudian, buka balik then baru boleh guna macam biasa. Macam tu la kena buat beberapa kali dalam sehari.

Stress okay. Dah la saya ni jenis suka buka banyak - banyak tab (tamak semua benda nak baca). Incognito pulak tu. (Salah satu cara nak mengelakkan kantoi ngn bos selalu bukak blog time keja -_-")

Bila dah matikan Chrome ni, jenuh la nak mencari balik link yang di buka tadi.

Pagi ni terdetik dalam hati mungkin jadi macam tu sebab tak update Chrome ke version baru (selalunya Chrome akan update sendiri ke versi baru secara automatik)

Tapi bila check di bahagian About Google Chrome, ini yang keluar.

Updates are disable by the administrator
Kredit gambar disini
Tak boleh update sebab dilumpuhkan oleh Administrator. Gituuu.

Jadi, solusinya..


Masuk ke mode Google.

Then terjumpa la jalan penyelesaiannya.

Sedikit teknikal. Tapi dengan instruction mudah boleh diselesaikan dalam tempoh kurang dari 2 minit (termasuk membaca instruction)

So, solusinya adalah seperti berikut :

* Run (butang Windows+R)
* Taip regedit dan tekan Enter
* Klik HKEY_LOCAL_MACHINE - SOFTWARE - Policies - Google - Double click DefaultUpdate @ Update Default 
* Ubah nilai dari 0 ke 1
* Klik OK.

Check balik di About Google Chrome




Klik Relaunch dan..


Tada!


P/s - Harap - harap takkan berlaku lagi la kejadian sangkut sangkut kaku maku ni. Susah oo nak cari balik link yang hilang grrr.

P/s/s - Kalau nak entri bergambar untuk lebih pemahaman, sila klik di pautan ini 

K bai!


Update 16 Mac 2014 (Hari ke-9 MH370 went missing. Oh Allah, pulangkanlah mereka kepada kami)

Since update Google Chrome ke version baru, browser kesayangan ni tak pernah 'hang' lagi dah. Yayyy!

bayi!

Awak Buat Kerja. Bukan Salah Awak.

Sunday, February 9, 2014

Awak buat kerja.

Kena ikut arahan.

Walaupun yang memberi arahan itu tak berapa 'nampak' impak arahan yang diberikan kepada orang yang diarahkan.

Sakit hati juga bila 'disoal siasat', dipertikai dan dipersalahkan walaupun bukan dengan kehendak kita arahan itu dilaksana. Nasib baik ada yang cerdik pandai memujuk 'Takpa, takpa. Saya faham. Awak cuma ikut arahan. Kalau saya marah awak, saya bodo la'

Terima kasih.

Sabarlah. Kita orang bawah. Tak boleh melawan. Tak valid pandangan kita di mata diorang dengan pangkat kita yang tak seberapa ni.


Giveaway Birthday Azhafizah

Wednesday, February 5, 2014

Join giveaway pertama tahun 2014 ni.

Tadi dok blogwalking kat blog orang, terserempak dengan blog ni.
Tengah buat giveaway.

Macam best pulak. Semua yang join dapat hadiah. 

Selalunya, buka blog, baca update dari blog-blog yang ada kat bloglist kat sebelah kanan ni ha pastu tutup. Gitulah hari-hari. Nak up entri baru jauh sekali. Malas betul rasa awal-awal tahun ni. Patutnya lagi bersemangat. Ni down pulak. Padahal ada je benda boleh diupdate hari-hari. Nak-nak pulak dok kat Langkawi ni. Gelagat pelancong yang suka main langgar lorong no entry pun dah lepas satu entry.

See. Merungut pasal diri sendiri je dah 4 baris. Boleh je update banyak tu pun hihi. Malas punya pasal.

Berbalik ke topik asal. Macam nak guna template baru je tahun ni hehehehe. Mana tau kot datang mood nak menulis bila blog dah berwajah baru :P

Jadi. Jomlah join!


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY

Follow FB : checked
Follow IG : checked

Bai!


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright