Slider

Lama Rasa

Thursday, July 14, 2016

Wow. Lama rasanya tak menulis. Banyak yang berlaku dalam tempoh 2 3 tahun ni. Sampai satu tahap nak menulis di blog pn dah malas.

Tak tahu la. Supposedly lg canggih teknologi lagi senang la nak kemaskini. Ini tak. Install app pn setakat nak bagi ada dalam phone je. Lepas tu? Dok lah kau diam-diam dalam folder tu.

Mood nak menulis tu dah tak sama. Almaklumlah usia makin bertambah ni, komitmen makin banyak. Banyak perubahan berlaku yang membuatkan terpaksa letak tepi atau lupakan terus pasal blogging ni.

Tapi tu la. Passion tu. Walaupun susunan ayat tu takde la sedap sangat sampai orang asyik nak masuk je blog sebab nak baca tulisan yang best-best, tapi tetap jugak suka nak menulis.

Memang salute lah kepada sapa-sapa yang boleh konsisten menulis sampai sekarang.

Dunia blogging dah lain sekarang. Otai2 lama pn dah bertumpu ke perkara lain yang lebih memberi untung dunia akhirat kot diorg.

Tiba-tiba datang rasa rindu nak menulis. Rasa macam nak revamp balik blog ni. Sesekali terfikir jugak nak tutup terus blog ni and bukak blog baru, cerita baru, feel pun baru. Tak macam sekarang. Masuk blog pn rasa sesak nafas. Dah berhabuk 3 4 inci.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright