Pernah jadi tak macam ni?
Always. Bukan setakat kawan rapat je. Orang-orang sekeliling pun sama.
Well of course la, bila tengah menaip tu pun kita tengah bercakap guna intonasi yg kita selalu guna kan.
Macam sekarang, saya tengah menaip dengan intonasi sendiri. Orang yang kenal rapat dengan saya tahulah baca guna intonasi saya hihu.
Semua orang mesti pernah alami perkara ni
Thursday, August 18, 2016•
Nora dan kuih
Tuesday, August 16, 2016•
"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.
"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.
"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.
"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.
"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.
"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.
Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.
"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.
"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.
"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.
"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.
"5 suku," jawab Nora.
"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."
Nora diam sahaja.
"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."
Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"
"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"
Makcik itu merenung muka Nora.
"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "
Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."
Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"
"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.
Nora terdiam lagi.
"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.
"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.
"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.
Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.
"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."
Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.
"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.
"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.
"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan
sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.
"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.
"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.
"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.
"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.
"Saya mampu makcik," balas Nora.
"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik sambil tersenyum, ikhlas.
Kredit: CursingMalay
De'xandra Perfume
Jom alami sensasi De'xandra sekarang!
Sebotol RM65
2 botol RM60/each
Postage RM7
Facebook : www.facebook.com/duemooi
Instagram : www.instagram.com/duemooi
Telegram : telegram.me/duemooi
Hubungi : 016-3271 320 (whatsapp/Telegram)
XOXO!
I'm In! Doodle : 2016 Gift-away
Tuesday, August 2, 2016• doodle, giveaway, malaysiandoodler
Doodle : 2016 Gift-away
Pages
SEARCH THIS BLOG
Contact Form
Popular Posts
Total Pageviews
Si Hensem & Si Cantik
Orang Terpilih Saja Boleh Nampak
Blog List
-
Siapa musuh utama kita?1 minute ago
-
Daybreak8 hours ago
-
Design & Printing Banner #812 hours ago
-
-
Tsukemen (Dipping Ramen)1 week ago
-
Mind First1 week ago
-
15 Christmas Charcuterie Board Ideas1 week ago
-
-
TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....1 month ago
-
Why I English1 month ago
-
-
-
Lahirnya Ann Leora Binti Khairi Fizairi =)5 months ago
-
How to Make a Finial Flag Stand5 months ago
-
RESIPI KEK PAUN OREN9 months ago
-
-
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 202310 months ago
-
-
-
-
About the MLB game1 year ago
-
PENAT2 years ago
-
-
Our May Love Letter for You3 years ago
-
-
-
Ganjaran untuk Diri Sendiri.3 years ago
-
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari4 years ago
-
-
-
Ink Ramadan Day 4 Jamaah4 years ago
-
-
terang dan gelap4 years ago
-
Kari kekapis5 years ago
-
Review Baby High Chair5 years ago
-
Grow Happy Lactogrow5 years ago
-
-
Creamy Queso with a Kick!5 years ago
-
Anakku, Maafkan Ayah5 years ago
-
Proofreading Quotation5 years ago
-
An Update on Babble5 years ago
-
-
November!6 years ago
-
Relationships are work6 years ago
-
-
#947: BAGAIMANA KITA BERBELANJA?6 years ago
-
Creating a “No makeup” Makeup Look6 years ago
-
Review Myvi 20186 years ago
-
-
Dah besar dah7 years ago
-
-
Sambal Kicap7 years ago
-
Ebook Kewangan + Hartanah7 years ago
-
-
-
-
-
-
You Don't Know Nothing T.8 years ago
-
-
Percutian bajet ke Pulau Redang8 years ago
-
-
Diari Suami Isteri 58 years ago
-
#AltheaTurns18 years ago
-
-
Instagram Addict8 years ago
-
Guess Connect8 years ago
-
Kerana Kita Semua Layak Gembira8 years ago
-
-
ヘルスケアに欠かせないお弁当とトレーニング9 years ago
-
10 Simple and Beautiful Handmade Mugs9 years ago
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots9 years ago
-
Yang Lain Bila Nak Turun?9 years ago
-
Apa Kau Patut Buat Dengan Idea Kau9 years ago
-
-
-
XL Mayesa Shawl (Batch 7)10 years ago
-
Ohh My Gas! Eskrim11 years ago
-
Penelope the Artist11 years ago
-
Setahun kemudian..12 years ago
-
Of Freelancing12 years ago
-
#Wordless Wednesday #doa12 years ago
-
-friend 'o' mine-13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-