Hai, live update dari V.L Hatyai Hotel, Hatyai Thailand.
Ikut trip pejabat ke Hatyai & Songkhla.
Best. Bas best, pemandu pelancong best, kawan - kawan yang join pun best, penginapan pun best dan yang paling penting sekali makan dia semuuuuuuua best2! Dah la tu, tiap kali time makan takdak menu yang sama. Suma lain - lain.
Aktiviti hari hari ni (hari kedua) adalah menaiki bot panjang di Pattalung. Sejam kot dok kat dalam bot rendah tu. Dok kat dalam bot tu terus pandai balance badan. Kalau sorang tersenget, yang lain otomatik kena balancekan diri. Lagi thrill bila tengah sedap sedap melayan perasaan cuak kat dalam bot tu hujan lah pulakkk..Jadi double cuak. Tengah double cuak tu pulak, drebar bot pulak carik jalan tak jumpa..ha sudah!
Terdiam sekejap bot kami kat situ. Sib baik pastu jumpa. Tasik Pattalung atau dikenali sebagai "Laut Kecil" ke "Anak Laut" ntah tak pasti sangatlah luas. Kira tak nampak sempadan yang lagi satu. Yang membuatkan tasik tu penuh adalah gugusan tumbuh tumbuhan kat dalam tu yang menarik banyak burung - burung beraneka spesis ke situ ikut suka aku je hentam.
Orait. Bas dah sampai. Nak pegi dinner di Floating Market. Insyaallah.
Babai!
update via pc pinjam lobi hotel
waaaa......jelesnyeeeeee....
ReplyDeleteuntung lerrrrrr.. jenjalan.. XD
ReplyDelete@aza shafiza
ReplyDeletenak p lagiiiiiii
@Aujinz
ReplyDeleteuntunglerrrr kompani tanggung :p
akhir-akhir tahun ni kalo pergi bercuti memang best sangat~ =)
ReplyDelete@hafidz
ReplyDeletekan kan? LIMA dah dekat? meh la bercuti kat Langkawi ni hehe