Sunday, December 2, 2012

Live update dari Air Asia AK 6313

Ok. Sekarang dah tak live. Kat atas mana ada tenet hihi.

Hai
Dapat seat yg sebelahnya ada sorang kakak ni. N seat kat tengah2 kosong. Boleh la ai letak beg kat tengah hehe.

Tp yg tak bestnya bukan tepi tingkap :-(

Sib baik ada henpon ni. Dapat la jugak godek2.


Ni situasi live as tengah dok menaip :
  • flight dah gerak slow2
  • ok, dah rasa dia naik. Pening pening. Telan air liur tkmau bagi telinga tersumbat. 
  • oh my jawi, dapat dengar bunyi roda masuk dalam kapal. Krok krek krok krek. Wuuu seram. 
  • dah stabil sikit. Tak tersumbat dah telinga. 
  • sayangnya la tak dapat tengok ke luar :-( 
  • eh eh kapal terbang senget. Penin! 
  • dah tak senget dah
  • dh tak pening.
  • pengumuman boleh bukak tali pinggang
  • pengumuman nak jual makanan
  • mulut dah kering. AC sejuk angatt. 
  • apply lip balm kat bibir. 
  • ada sorang pramugari muka dia mcm kak Ija. Rindunya kat dia. Dan - dan tu jugak rindu Berjaya. 
  • tengok menu


Setiap menu disertakan jumlah kalori. Good2.
  • dan dan tu jugak kuar notifikasi dari Noom soh dinner. Means dah masuk pukul 6.
  • macam best tengok Uncle's Chin Chicken Rice. RM16. 
  • rasa macam nak try. 
  • takleh2. Pagi tadi kau dah makan sebungkus nasi lemak ayam masak kicap pastu kau bantai pulak nasik lemak Pak Lik sepinggang bujur yang bersamaan 2 genggam nasi, ikan bilis sebelah pinggan,telur rebus separuh, sambal yg hampir banjir dengan 3 hiris timun yang gemuk2 ohhhh jangan jangan. Jangan buat pasal Schapina. 
  • nasik Pak Lik serius sedap. *imagine*
  • tapi laparrr :-( 
  • belek katalog cenderahati. 

Pernah pakai perfume ni. Bau dia sedap jugak.
  • mahal. Standard ah kan. 
  • boleh beli online kat www.airasiamegastore.com 
  • cenderahati nya comel - comellllll. Geram!
Chiomel!
Punya boring, tulisan kat belakang seat
pun jadi menarik.

Time ni bunyi roda keluar. Krok krek krok krek.

Time dok tengah tunggu nak turun, ada satu bunyi macam orang tengah menggergaji sesuatu. Bukan yg auto punya. Bunyi gergaji manual. Serrram angat.
Lawa sliper bang.

Satu perkara yang paling tak suka. Orang Malaysia ni susah sangat nak beratur kan?

Btw, saya taip entri ni kat hp just to kill time during flight. Takkan la nak duduk saja pandang kerusi depan kan. Awkward kot. 

2 comments:

  1. pegi mane ni?
    baru naik flight ke?
    hehe..air asia mmg mcm tu..seat kecik loh..
    mas yg mahal kedebukk tu jugak seat dia best!

    ReplyDelete
  2. @Maestro Amad

    - Flight LGK - KUL.
    - dh naik berapa kali eh?
    - first time masuk blog ni ke hihi.
    - sy tak komplen pun seat kecik kat dalam entri ni hehe.
    - Ha'ah. MAS lagi best. Seat selesa. Padan sangat la dengan harga dia kan huhu.

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected