Sunday, January 27, 2013

Jogging

Kelmarin saya dengan Miah-- kawan sekolah, pegi jogging di hujung kampung. Kawan sekolah? Derr. Padahal dah tinggal sekolah 11 tahun yg lalu. Kawan waktu sekolah la tu maksudnya.

Kami park moto kat kebun bapak sedara Miah n start jog dari situ. Lalu kawasan bendang dan kemudian keluar ke jalan menuju ke Makam Mahsuri (arah dari Kampung Baru/Teluk).

Mula - mula lari macam dah ok. Pastu start semput. Almaklumlah, dah lama tak lari. Bila dah lama tak exercise, akan sakit kat bawah abdomen. Badan dah manja, bila kena kerah lemak sikit mula la nak merajuk, pastu start la dia nak meragam.

So, Miah yg awalnya konsisten lari terpaksa jalan dengan saya. Huhuhu. Sorry Miah, first time lari after months jadik camni la.

Kami lari melalui perkampungan mat saleh (kaki bukit antara kegemaran mat saleh buat rumah), lalu depan umah Mak Haris dalam Ombak Rindu, eh Haris ke nama dia? Tak kesah lah, lalu bendang yang saujana mata memandang. Best gila. Tambah pulak time tu dah pukul 6 lebih, lagi la lawa viewnya.

Jogging kat situ tak takut sangat walaupun agak sunyi. Hujung kampung kan. Ada orang lalu - lalang walaupun tak kerap so tak la risau sangat in case ada kecemasan. Ada juga orang jogging dan berbasikal.

View lawa tapi tak sempat nak ambik gambar sebab kami tak berhenti. Sebab rekod masa. Kononnya. Lari separuh track, separuhnya lagi jalan sampai habis. Lol.

Lastnya, bila dah sampai jalan masuk nak ke kebun bapak sedara Miah, baru berenti ambik gambar. Kat pokok Madagascar. Haha. Pastu mula la ambik gambar lain pulak. Mengarut betul.

Anyway, sorry Miah saya dah spoil misi kamu nak jog tanpa henti hari tu. Huhu. 

Habis jog, lepak sekejap kat kebun bapak sedara Miah. Best pulak tengok orang berkebun. Kat tengah - tengah bendang pulak tu. Sebelum balik, dapat la timun satu plastik heheh.

Hari ni tak jog sebab Miah nak buat weightlifting kat hotel tempat dia keja. Saya pulak, kat umah cuma skipping je. Sekali buat seratus. Time skip tu tak la penat, cuma lenguh kaki je la sebab skipping tanpa henti seratus kali. Bagi org lain saya tak tau la sikit ke banyak. Tp bagi saya yang jarang - jarang buat ni, boleh tahan seksa jugak la huhu.

Lepas cukup seratus kali tu, ha kau, peluh berjela - jela. Mengah tak tentu hala. Ahah.

So, ni view yang sempat diambil.

Jumpa lagi!




No comments:

Post a Comment

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected