Saturday, April 27, 2013

Makan besar

Semalam, belanja keluarga makan kat gerai favourite ayah. Kedai makan Abg Man, Tasik Teluk Kedak, Langkawi.

Juadah semalam tu dikira makan besarlah jugak sebab selalunya kalau lengkap semua ahli keluarga baru la makan hidangan macam ni.
Selalu kalau keluar makan, order hidangan individu je.

Sampai je kat kedai, waktu dok cari meja makan, ternampak ketam di meja display. Macam best.

Teringat Abg Man pernah masak sambal ketam sebelum ni, terus cakap dengan ayah nak makan hidang. Pastu nampak udang pulak. Teringin jugak. Then tengok sotong pulak. Besar2. Nak jugak. Pastu rasa macam tak kena pulak makan hidang takde ikan. Ambik pulak siakap sekor.

Jadi menu semalam terdiri daripada siakap masak 3 rasa, ketam masak sambal ala Thai, udang sambal manis, sotong goreng tepung. Side dish telur dadar dengan kailan goreng ikan masin.

Siakap masak 3 rasa mangsa paling awal kena baham :P

Alhamdulillah semua habis licin. Awalnya tu bajet macam tak habis sebab lauk banyak sangat huhu..

Harga makan semalam termasuk minuman untuk 6 orang, RM 90.

Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected