Tuesday, May 7, 2013

Bila Ajak Syabil Solat..

Ada satu Maghrib tu, saya ajak Syabil Solat. Dia ok dan kami amek wuduk sama - sama.
Waktu hamparkan sejadah, saya pesan kat dia "Syabil kalau tak reti baca, ikut saja tau"
"Ok." Dia balas.

Lepas baca doa iftitah, di separuh Al-Fatihah, dia datang ke tepi dan tepuk - tepuk peha saya.
"Kak Na, Kak Na, Syabil tak tau nak buat apa"

Saya tak respon. Dia diam dan berdiri di tepi. Dari ekor mata, saya rasa dia tengah tengok saya.
Mulalah kepala ni nak fikirkan perkara nakal yang dia akan buat. Mula la terbayang sengih sengal dia tu.
Saya pejam mata. Supaya berhenti memikirkan kenakalan dia yang lucu tu dan fokus kepada bacaan.

Lepas saya rukuk dan sujud, fed up mungkin sebab tak diberi respon, dia beralih semula ke belakang.
Diam seketika. Saya meneruskan solat macam biasa.

Tiba - tiba dia memecahkan kesunyian..

"Doa Iftitah! Bismillahirrahmanirrahimmmm.. Allahuakbar kabira, walhamdulellahi kasira.. Wasubhanallahibukratan waasila....." dan seterusnya.

Macam mana cikgu ajar kat sekolah, macam tu la dia baca. Dengan pelat bacaan dia yang lucu, dia cuba habiskan doa tersebut walaupun tak lengkap disebabkan ada part - part yang dia tertinggal.
Dalam hati ni "jangan gelak, jangan gelak" sambil kuatkan sedikit bacaan.

Habis satu doa dibaca, dia diam semula. Dia cuba cucuk - cucuk saya dengan paip lebihan kerja tukang abangnya yang entah dari mana munculnya.

Lepas tu kedengaran pulak..

"Nah nah.. Ambik kau.. Ambik kau"
..dan terdengar suara si Puteh mengiau. Mintak tolong. Alahai budak ni. Entah apa dia buat kat kucing tu wallahualam.

Dalam tengah sabar menahan gelak, kedengaran dia menapak keluar dari bilik dan entah apa dikacau abangnya Shafiq sampai kena marah.

Shafiq & Syabil. Saling bekerjasama kacau mengacau antara satu sama lain. Kalau abang dia tak kacau dia, dia yang mengacau. Kadang tu sampai gaduh - gaduh.

Waktu tengah membuli si Puteh saya dah nak tergelak. Sedaya upaya saya fokus kepada bacaan supaya tak terbatal terus solat. Alhamdulillah dapat habiskan solat.

Lepas habis solat, menangis kena gomol sebab kacau orang solat.

Sabar je tau dengan budak bijak ni. Suka mengajar orang satu hal, cakap pandai pulak tu. Jenuh nak menjawab soalan - soalan dia.






-->

No comments:

Post a Comment

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected