Wednesday, November 13, 2013

Rindu Serabut

Kadang - kadang terbit rasa rindu akan perkara yang susah yang telah kita lakukan satu masa dahulu. Rasa nak ulang balik. Nak buat lagi. Nak berhadapan sekali lagi dengan perkara susah tu.

Sebelum ni saya belajar tentang satu perkara yang agak rumit yang berada diluar pengetahuan saya. Tapi disebabkan saya suka dengan perkara - perkara yang melibatkan sistem, jadi saya cuba.

Belajar.

Seronok. Sebab kena berfikir untuk cari solution. Sedikit rumit di permulaannya. Berserabut. Kadang - kadang kena fikir sikit, kadang banyak. Kadang - kadang tesilap langkah, kadang - kadang tertinggal langkah. Belajar. Sedikit demi sedikit.

Sebenarnya usaha mencari masalah itu yang menjadikan perkara tu semakin menarik. Sebab kadang - kadang dalam mencari solution pasal masalah A, tiba - tiba terjumpa solution untuk masalah B dan seterusnya dapat kenalpasti punca masalah C. Makin banyak buat, makin banyak tahu.

Dah lama tak buat, tiba - tiba terbit rasa rindu nak serabut kepala memikirkan masalah tu. Sebab bila kita berhadapan dengan satu - satu masalah/error, kita akan berusaha untuk cari solution dia sampai dapat.

Bila dah dapat solution, kita akan rasa sangat teruja sebab dapat selesaikan masalah tersebut. Tak reti nak explain. Tapi itulah perasaannya. Puas. Bangga. Rasa berjaya.

Tapi sekarang, saya dah tak perlu handle masalah - masalah rumit tu lagi sebab dah diambil alih semula oleh orang yang sepatutnya. Asalnya cuma menolong, tapi terkena sedikit tempias bila kena kena galas tanggungjawab. It's okay. Itu ilmu. Yang bukan semua orang dapat peluang nak dapatkan/berminat nak dapatkan. Untungnya kat kita jugak kan?

Tumpang ada peluang. Tumpang masih ada rasa suka nak belajar. Tumpang kepala masih boleh tahan keserabutan yang datang.

Serabut.

P/s : Pagi - pagi minum neslo ais. Teringin punya pasal. Kalah dengan nafsu sendiri. Hasilnya, jalan kena pegang dinding. Pening. Padanlah. Degil.

No comments:

Post a Comment

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected