Kalau bukak Google Chrome, lepas tu kalau biarkan lama sikit mesti dia akan kaku. Tak beri respon lansung. Sampai la kena tekan button ctrl+shift+esc dan bunuh aplikasi Chrome di Tab Processess. (hati - hati. Jangan tersalah membunuh pulak. Sensitip sikit kat sini)
Kemudian, buka balik then baru boleh guna macam biasa. Macam tu la kena buat beberapa kali dalam sehari.
Stress okay. Dah la saya ni jenis suka buka banyak - banyak tab (tamak semua benda nak baca). Incognito pulak tu. (Salah satu cara nak mengelakkan kantoi ngn bos selalu bukak blog time keja -_-")
Bila dah matikan Chrome ni, jenuh la nak mencari balik link yang di buka tadi.
Pagi ni terdetik dalam hati mungkin jadi macam tu sebab tak update Chrome ke version baru (selalunya Chrome akan update sendiri ke versi baru secara automatik)
Tapi bila check di bahagian About Google Chrome, ini yang keluar.
Updates are disable by the administrator Kredit gambar disini |
Jadi, solusinya..
Masuk ke mode Google.
Then terjumpa la jalan penyelesaiannya.
Sedikit teknikal. Tapi dengan instruction mudah boleh diselesaikan dalam tempoh kurang dari 2 minit (termasuk membaca instruction)
So, solusinya adalah seperti berikut :
* Run (butang Windows+R)
* Taip regedit dan tekan Enter
* Klik HKEY_LOCAL_MACHINE - SOFTWARE - Policies - Google - Double click DefaultUpdate @ Update Default
* Ubah nilai dari 0 ke 1
* Klik OK.
Check balik di About Google Chrome
Tada!
P/s - Harap - harap takkan berlaku lagi la kejadian sangkut sangkut kaku maku ni. Susah oo nak cari balik link yang hilang grrr.
P/s/s - Kalau nak entri bergambar untuk lebih pemahaman, sila klik di pautan ini
K bai!
Update 16 Mac 2014 (Hari ke-9 MH370 went missing. Oh Allah, pulangkanlah mereka kepada kami)
Since update Google Chrome ke version baru, browser kesayangan ni tak pernah 'hang' lagi dah. Yayyy!
bayi!
No comments:
Post a Comment
Meriahkan komen anda di sini