Slider

Ilmu itu penting, Gred A yang tak penting

Wednesday, November 18, 2015

Dipetik dari fb Azmira Amran

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.

Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:

1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?

3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place?  Siapa yang buat sistem kasta ni?  Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress.
Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.

Selimut Paling Berharga

Thursday, November 12, 2015

Bayangkan, cucu awak dapat selimut yg neneknya buat hasil daripada cantuman baju-baju awak waktu kecil dahulu.

Sangat bermakna.

P/s - kalau anak sorang dua mungkin la boleh. Kalau sampai 3, 4 sekali dapat anak kena beli baju baru. Baju lama X boleh recycle sebab nak buat selimut 😅😅😅

Sumber gambar : facebook

Resepi telur bungkus.

Friday, June 12, 2015

Seperti yang didapati di blog www.hairul.com

Bahan-Bahan Resepi Telur Bungkus

2 sb isi ayam (potong kecik, gaul dengan garam dan kunyit)
1/2 biji tomato
1/2 sb cili kisar
1 bwg merah
1 bwg putih
1 sb sos cili
1 st sos ikan
bunga kobis
garam
gula
2 bj Telur

Cara Membuat Resepi Telur Bungkus

1. Panaskan kuali ltk minyak sikit.
2. Masukkan ayam dan goreng hingga keperangan
3. Masuk bawang kemudian cili kisar n tomato.
4. Masuk bunga kobis, sos ikan dan sos cili. Kacau sebati.
5. Masukkan garam dan gula. Tutup api bila kuah pekat. Ketepikan
6. Pecahkan 2 biji telur, ltk sikit garam n kacau dengan garpu.
7. Panaskan kuali.
8. Tuangkan telur ke dalam kuali bermula dari tepi kuali (tuang ikut bulatan) Cepat-cepat angkat dan golekkan kuali agar telur nipis dan rata.
9. Perlahankan api dan masukkan isi ayam td
10. Lipat penjuru telur dadar hingga menutupi isi telur bungkus.
11 Sediakan pinggan dan tekapkan di atas kuali berisi telur bungkus. Terbalikkan.

Siap

Kebaya Kimono for Raya 2015

Thursday, June 4, 2015

Sudah bulan Jun! Confirm ramai yang dah mula buat persiapan nak sambut Hari Raya sebab tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma. Dua bulan je lagi uols! So with Hari Raya Aidilfitri is just few months away, semua orang mesti tak zabarrr nak tunggu hari istimewa ni kan?

Bajet semua nak kena kearah tu dah. Rumah nak kena cat, langsir nak kena tukar, list kuih raya dah boleh bukak dah. Nak beli ke nak buat sendiri ke. Ada yang plan siap dah :P

Juadah raya. Yes. Juadah raya is always the best! Kuih raya tak kisah la yang tradisional, yang kontemporari, (my favourite is always pineapple tart) lemang, ketupat, rendang, satay oh nooo sudah terasa dimulut ni haa omo.

Satay with Nasi Impit. Nyams~
Sumber : Satay şi ketupat. Gusturile Malaysiei

Ketupat
Source : Mstar
Lemang
Source : zolmuhdfoto flickr

TART NENASSSSS AUMM
Source : Wanista

Dan satu lagi part paling penting, dah semestinya la BAJU RAYAAA hihik! Material fabrik macam mana, colour apa tema tahun ni, style macam mana - soalan yang paling common kalau masuk bab baju raya ni. Selalunya perempuanlah yang nak cerewet sangat bab-bab ni hihi. Orang laki jarang kot.

Masing-masing time ni mesti tengah sibuk cari baju raya kan. Especially kaum wanita. Time ni misi mencari kain pasang/baju automatik dah termasuk dalam jadual harian. Habis segala akaun2 Instagram yang menjual pakaian, kedai-kedai online, blog-blog termasuk page2 di Facebook habis diselongkar, disubscribe untuk dapatkan update terbaru nak catch up dengan trend terkini kekdahnya. Demimu raya.

Hihi.


Koleksi Kebaya Kimono from Zalora

Jenama-jenama besar dan koleksi eksklusif designer pun dah mula keluar kat pasaran. Tapi untuk tahun ni, rasanya koleksi baju raya kebaya kimono akan menjadi antara yang paling popular bagi tahun 2015. Sebab kelihatannya ia dah menjadi tarikan ramai wanita termasuklah para selebriti Malaysia terkenal untuk digayakan pada Hari Raya. Kenakan pulak sepasang kasut tumit tinggi, beg tangan mewah, a perfect Muslimah bottom and aksesori yang bersesuaian untuk dapatkan penampilan Hari Raya yang sempurna!

Harga pun sangat-sangat berpatutan okay. You should check it out seriously!






Success

Tuesday, April 14, 2015

Adalah apabila dalam 6 lampu isyarat sepanjang lebih kurang 25km perjalanan dari rumah ke pejabat, hanya 1 saja lampu isyarat kau kena berhenti.

Yang lain semua hijau.




Anda sahabat yang mana satu?

Tuesday, February 10, 2015



.:: 7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ::.

Perkongsian yang saya dapat dari group Telegram.

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat.

Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah.

Aamiin..

P/s :- Semua orang mengimpikan untuk mendapat/menjadi sahabat yang nombor 7 itu. Tapi tindakan/perbuatan kita adakah telah kearah itu?
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright