Thursday, June 4, 2015

Kebaya Kimono for Raya 2015

Sudah bulan Jun! Confirm ramai yang dah mula buat persiapan nak sambut Hari Raya sebab tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma. Dua bulan je lagi uols! So with Hari Raya Aidilfitri is just few months away, semua orang mesti tak zabarrr nak tunggu hari istimewa ni kan?

Bajet semua nak kena kearah tu dah. Rumah nak kena cat, langsir nak kena tukar, list kuih raya dah boleh bukak dah. Nak beli ke nak buat sendiri ke. Ada yang plan siap dah :P

Juadah raya. Yes. Juadah raya is always the best! Kuih raya tak kisah la yang tradisional, yang kontemporari, (my favourite is always pineapple tart) lemang, ketupat, rendang, satay oh nooo sudah terasa dimulut ni haa omo.

Satay with Nasi Impit. Nyams~
Sumber : Satay şi ketupat. Gusturile Malaysiei

Ketupat
Source : Mstar
Lemang
Source : zolmuhdfoto flickr

TART NENASSSSS AUMM
Source : Wanista

Dan satu lagi part paling penting, dah semestinya la BAJU RAYAAA hihik! Material fabrik macam mana, colour apa tema tahun ni, style macam mana - soalan yang paling common kalau masuk bab baju raya ni. Selalunya perempuanlah yang nak cerewet sangat bab-bab ni hihi. Orang laki jarang kot.

Masing-masing time ni mesti tengah sibuk cari baju raya kan. Especially kaum wanita. Time ni misi mencari kain pasang/baju automatik dah termasuk dalam jadual harian. Habis segala akaun2 Instagram yang menjual pakaian, kedai-kedai online, blog-blog termasuk page2 di Facebook habis diselongkar, disubscribe untuk dapatkan update terbaru nak catch up dengan trend terkini kekdahnya. Demimu raya.

Hihi.


Koleksi Kebaya Kimono from Zalora

Jenama-jenama besar dan koleksi eksklusif designer pun dah mula keluar kat pasaran. Tapi untuk tahun ni, rasanya koleksi baju raya kebaya kimono akan menjadi antara yang paling popular bagi tahun 2015. Sebab kelihatannya ia dah menjadi tarikan ramai wanita termasuklah para selebriti Malaysia terkenal untuk digayakan pada Hari Raya. Kenakan pulak sepasang kasut tumit tinggi, beg tangan mewah, a perfect Muslimah bottom and aksesori yang bersesuaian untuk dapatkan penampilan Hari Raya yang sempurna!

Harga pun sangat-sangat berpatutan okay. You should check it out seriously!






1 comment:

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected