Slider

Reward Goldbar dengan Jamu Puteri

Tuesday, December 27, 2016

Alhamdulillah..

Tak sangka sebenarnya. Perniagaan pertama yang diberi reward sebegini rupa. Start berniaga pada Ogos, sehingga Oktober, berjaya menjual 10 kotak Jamu Puteri, bersamaan 240 botol.

Seriously, memang tak sangka nak dapat capai ke tahap tu. Padahal berniaga time tu tak all out sangat pun.

Tapi sambutan sangat menggalakkan. Memang tak sangka. Awalnya dari mulut ke mulut je. Kawan-kawan minum and dapat rasa kesannya, alhamdulillah yang lain pun turut ingin mencuba dan akhirnya order masuk dan masuk dan masuk sampai terputus stok kadang-kadang tu haha.



Hanya dengan RM15 saja, lebih dari mampu. Tak rugi pun kalau beli dan cuba sebotol dua. Sebab Jamu Puteri adalah jamu tradisional yang diproses tanpa pengawet. 100% bahan-bahan yang digunakan adalah bahan asli yang setengahnya tu adalah bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita.

Syukur Jamu Puteri dapat membantu ramai orang selesaikan masalah diorg, termasuklah diri saya sendiri.

Jom sokong produk buatan Malaysia!



Like page kami di Jamu Puteri Langkawi

Alkisah si Jamu Puteri

Friday, December 16, 2016

Assalamualaikum semua.

Nak sihat di luar? Sihatlah di dalam dulu

Jom berkenalan dengan Jamu Puteri ni dulu.



i) Diasaskan oleh Puteri Norfarahain.
ii) Formula sendiri yang dicuba selama setahun baru menjadi dan dipasarkan.
iii) Bermula dari Ogos 2016.
iv) Viral semenjak keluar di page OhBulan!
v) Jamu Puteri di masak selama 4 jam
vi) Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis ialah hari untuk  memasak jamu.
vii) Setiap hari HQ produce 30 kotak Jamu Puteri untuk di hantar ke seluruh Malaysia. Sabah dan Sarawak juga!
viii) Mempunyai lebih 100 agen di seluruh Semenanjung Malaysia (yang kini dinaiktaraf kepada LEADER) hanya dalam masa 3 bulan sahaja!
xi) Lebih 50,000 botol terjual dalam tempoh 3 bulan bermula Ogos 2016.

HARGANYA? RM15 SAHAJA 500ML

Evolusi packaging Jamu Puteri 





Jamu Puteri dimasak secara tradisional menggunakan 100% bahan asli. 
Dimasak setiap hari untuk jaminan jamu yang segar kepada pelanggan.



Nantikan 2017 Jamu Puteri berevolusi menjadi Jelly Jamu Puteri.

Satu lagi produk yang akan keluar juga dibawah rangkaian Jamu Puteri adalah Honeylovera Skincare by Puteri. Multipurpose gel! All natural.

Saya Leader sah Jamu Puteri Kedah JP003 (Langkawi)
WhatsApp : 016-3271320
Kuah, Langkawi, Malaysia

Semua orang mesti pernah alami perkara ni

Thursday, August 18, 2016

Pernah jadi tak macam ni?

Always. Bukan setakat kawan rapat je. Orang-orang sekeliling pun sama.

Well of course la, bila tengah menaip tu pun kita tengah bercakap guna intonasi yg kita selalu guna kan.

Macam sekarang, saya tengah menaip dengan intonasi sendiri. Orang yang kenal rapat dengan saya tahulah baca guna intonasi saya hihu.


Kuah, Langkawi, Malaysia

Nora dan kuih

Tuesday, August 16, 2016

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?"  tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan

sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik sambil tersenyum, ikhlas.

Kredit: CursingMalay


Langkawi, Malaysia

De'xandra Perfume

Hi all! Kami menjual perfume De'xandra yang tengah hotz sekarang. Aromanya yang sangat wangi dan tahan lama memikat hati si dara perawan cewah! Mak dara pun boleh OKAY hihik.

Jom alami sensasi De'xandra sekarang!

Sebotol RM65
2 botol RM60/each
Postage RM7

Facebook : www.facebook.com/duemooi
Instagram : www.instagram.com/duemooi
Telegram : telegram.me/duemooi

Hubungi : 016-3271 320 (whatsapp/Telegram)

XOXO!

It's not funny

Saturday, August 13, 2016

Sakit kot 😑

I'm In! Doodle : 2016 Gift-away

Tuesday, August 2, 2016

Saya join gift-away dari azreenchan! :D

Bagi yang nak join, boleh klik sini :

Doodle : 2016 Gift-away


Suka betul saya dengan artwork azreenchan. Pernah beli buku moleskin yang didoodlekan oleh dia. Comel gila. sampai sekarang tak habis lagi guna buku tu punya la sayang nak guna. Padahal nipis je bukunya hihi.

Pemenang akan dipilih guna random name generator. Lagi banyak share lagi tinggi chance nak menang. 

Ending on 31st August 2016.

Jom join!

Lama Rasa

Thursday, July 14, 2016

Wow. Lama rasanya tak menulis. Banyak yang berlaku dalam tempoh 2 3 tahun ni. Sampai satu tahap nak menulis di blog pn dah malas.

Tak tahu la. Supposedly lg canggih teknologi lagi senang la nak kemaskini. Ini tak. Install app pn setakat nak bagi ada dalam phone je. Lepas tu? Dok lah kau diam-diam dalam folder tu.

Mood nak menulis tu dah tak sama. Almaklumlah usia makin bertambah ni, komitmen makin banyak. Banyak perubahan berlaku yang membuatkan terpaksa letak tepi atau lupakan terus pasal blogging ni.

Tapi tu la. Passion tu. Walaupun susunan ayat tu takde la sedap sangat sampai orang asyik nak masuk je blog sebab nak baca tulisan yang best-best, tapi tetap jugak suka nak menulis.

Memang salute lah kepada sapa-sapa yang boleh konsisten menulis sampai sekarang.

Dunia blogging dah lain sekarang. Otai2 lama pn dah bertumpu ke perkara lain yang lebih memberi untung dunia akhirat kot diorg.

Tiba-tiba datang rasa rindu nak menulis. Rasa macam nak revamp balik blog ni. Sesekali terfikir jugak nak tutup terus blog ni and bukak blog baru, cerita baru, feel pun baru. Tak macam sekarang. Masuk blog pn rasa sesak nafas. Dah berhabuk 3 4 inci.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright