Slider

Cipina Being Random - I Can't Sleep

Sunday, February 18, 2018

1. It's 2.24 am and I am wide awake.

2. Tak tahu kenapa tak boleh lelap kan mata. Sedangkan harini tak tidur siang pun.

3. Is it because my stomach full with dinner tadi? Don't think so. Dah clear my bowel lepas balik dinner.

4. Thinking of someone? Maybe.

5. Oopa. Ter refresh page.

6. Nasib baik tak hilang entri ni. Kalau tak, tutup phone, tido. (nampak tak kat sini mata tu taknak lelap kenapa --dah dipaksa berjaga mananya nak lelap)

7. Instagram syarikat foto yang bernilai tinggi tanpa menjual kamera.

8. Point no 7 actually predictions from my SwiftKey keyboard. Tekan je perkataan yang keluar kt tengah tu until it forms a phrase.

9. Been using SwiftKey keyboard ni since guna Galaxy S2 lagi. Jatuh cinta pandang pertama lepas tu tak pandang lain dah gitu.

10. Okay, that someone di point ke 4 called. Lega sikit.

11. Supposedly phone ni diset supaya automatically turned off at 2am an turned back on at 5.30am.

12. But since that someone at point no. 4 tu are on the road, so it's best to keep my phone turned on. I don't know why I should do this but I'll just do it anyway. Rasa lega sikit.

13. Eyes. Why why why? Awat xmau ngantuk lagi ni?

14. Takkan nak kena sapu Balm Tasneem Naturel Sleep Time kot. Aish. Malas nak turun bawah ambik balm tu. Should test on orang dewasa since untuk bayi dan kanak-kanak terbukti berkesan.

15. I think I should force myself to sleep now.

16. Kira kambing biri-biri is so irrelevant right now. Bosan kot.

17. Eyes, one, two, three. Go!

18. 💤

Kenangan Tidur Beramai-Ramai Di Tepi Pantai

Thursday, February 15, 2018


kredit : sini

Terserempak dengan pos seorang saudara di facebook tadi, mengingatkan saya kepada kenangan sewaktu kecil dahulu waktu berumur 9 atau 10 tahun, keluarga besar kami berkumpul beramai-ramai pada cuti Hari Raya berkampung di Pantai Kok atau Pantai Tanjung Rhu. Waktu tu pulau-pulau di Langkawi boleh diakses oleh orang awam tanpa perlu disekat-sekat macam sekarang. Pantai Cenang time tu sangat cantik dan bersih, tak terlalu padat pantainya berbanding sekarang.

Waktu tu, semasa allahyarham tok dan tokwan masih ada, tidur di pantai time Raya Puasa memang dah jadi  semacam acara tahunan untuk aktiviti tidur di pantai tu. Ada yang tidur di dalam khemah, atas lori atau just tido beralaskan tikar berbumbungkan langit. Kami lah tu, korek pasir dalam-dalam, lepas tu tido kat dalam tu ramai-ramai sampai esok pagi. Pagi-pagi abang-abang sepupu mengusik "nasib baik korang bangun awal, kalau tak, laut dah telan. Tengok tu, dah dekat dah kaki korang dengan air laut". Cuak masing-masing ingatkan betul. Semalam korek pasir macam jauh, bangun pagi ni sedar-sedar kaki dah nak cecah air laut. 

kredit : sini
Padahal, air pasang pagi tu =.=

Seronok betul ramai-ramai time tu. Yang dewasa, tok, tokwan, mak, ayah, ibu-ibu saudara, bapa-bapa saudara berborak, memasak, sediakan juadah makan malam, kami yang sepupu-sepupu bermain di pantai malam-malam. Best betul bila dikenang. 

Esok paginya, ibu-ibu stay kt tapak khemah untuk sediakan juadah sarapan pagi manakala yang lelaki akan ke laut cari udang/ikan untuk dibuat masak tengahari. Budak-budak yang bangun awal, untung la, dapat ikut.

Yang bangun lewat mcm saya ni, terlepas laa. Nasib lah. Masuk sambung tido kat khemah balik haha.

kredit : sini
Lepas makan tengahari, berkemas-kemas balik ke rumah.

Itu dulu la. Sekarang zaman dah berubah. Pantai-pantai pun dah jadi pantai private kat sini. Nak masuk pun ada time-time tertentu je. Lagipun lepas allahyarham tok dengan tokwan dah takda, jarang sangat nak berkumpul macam dulu.

Pergaulan sesama sepupu sepapat pun dulu takda masalah, sebab tak pelik-pelik macam sekarang. Boleh je tido ramai-ramai kat dalam lubang pasir pantai tu.

Sekarang dah lain. Jauh beza dengan dulu-dulu.


#6 2018 : Wordless Wednesday - dream escape

Wednesday, February 7, 2018


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright