Slider

Kenangan Tidur Beramai-Ramai Di Tepi Pantai

Thursday, February 15, 2018


kredit : sini

Terserempak dengan pos seorang saudara di facebook tadi, mengingatkan saya kepada kenangan sewaktu kecil dahulu waktu berumur 9 atau 10 tahun, keluarga besar kami berkumpul beramai-ramai pada cuti Hari Raya berkampung di Pantai Kok atau Pantai Tanjung Rhu. Waktu tu pulau-pulau di Langkawi boleh diakses oleh orang awam tanpa perlu disekat-sekat macam sekarang. Pantai Cenang time tu sangat cantik dan bersih, tak terlalu padat pantainya berbanding sekarang.

Waktu tu, semasa allahyarham tok dan tokwan masih ada, tidur di pantai time Raya Puasa memang dah jadi  semacam acara tahunan untuk aktiviti tidur di pantai tu. Ada yang tidur di dalam khemah, atas lori atau just tido beralaskan tikar berbumbungkan langit. Kami lah tu, korek pasir dalam-dalam, lepas tu tido kat dalam tu ramai-ramai sampai esok pagi. Pagi-pagi abang-abang sepupu mengusik "nasib baik korang bangun awal, kalau tak, laut dah telan. Tengok tu, dah dekat dah kaki korang dengan air laut". Cuak masing-masing ingatkan betul. Semalam korek pasir macam jauh, bangun pagi ni sedar-sedar kaki dah nak cecah air laut. 

kredit : sini
Padahal, air pasang pagi tu =.=

Seronok betul ramai-ramai time tu. Yang dewasa, tok, tokwan, mak, ayah, ibu-ibu saudara, bapa-bapa saudara berborak, memasak, sediakan juadah makan malam, kami yang sepupu-sepupu bermain di pantai malam-malam. Best betul bila dikenang. 

Esok paginya, ibu-ibu stay kt tapak khemah untuk sediakan juadah sarapan pagi manakala yang lelaki akan ke laut cari udang/ikan untuk dibuat masak tengahari. Budak-budak yang bangun awal, untung la, dapat ikut.

Yang bangun lewat mcm saya ni, terlepas laa. Nasib lah. Masuk sambung tido kat khemah balik haha.

kredit : sini
Lepas makan tengahari, berkemas-kemas balik ke rumah.

Itu dulu la. Sekarang zaman dah berubah. Pantai-pantai pun dah jadi pantai private kat sini. Nak masuk pun ada time-time tertentu je. Lagipun lepas allahyarham tok dengan tokwan dah takda, jarang sangat nak berkumpul macam dulu.

Pergaulan sesama sepupu sepapat pun dulu takda masalah, sebab tak pelik-pelik macam sekarang. Boleh je tido ramai-ramai kat dalam lubang pasir pantai tu.

Sekarang dah lain. Jauh beza dengan dulu-dulu.


No comments:

Post a Comment

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright