Slider

yasree category
Showing posts with label yasree. Show all posts

The Cabin. Chalet dari kontena terpakai.

Friday, November 5, 2010

Nota : Pos ini telah dikemaskini dan gambar-gambar yang hilang (rujuk disini punca semua gambar hilang dalam blog) di dalam pos ini digantikan dengan gambar-gambar dari website di www.thecabin.com.my


Gambar di printscreen dari website The Cabin Langkawi
First time nampak memang takjub gila kot sebab tak sangka akan ada kat Malaysia benda alah ni walaupun dah pernah tengok kat tv tentang perkara sekreatif ini.

Tapi yang kat tv tu tak heran la sangat sebab benda tu dilakukan di sebelah barat. Kat sana, banyak je benda – benda pelik kita boleh tengok diorang invent hari – hari sebab otak orang depa murah, otak orang kita mahai. Kenapa pulak otak depa murah otak kita mahai?

Sebab depa tak kedekut nak pakai otak untuk berpikiaq tak macam orang kita yang malas nak pakai otak-cuma-aplikasikan-apa-yang-ada-tanpa-ada-inisiatif-nak-buat-sendiri. Makanya berkaratlah otak – otak orang kita sebab jarang guna. Mahai katakan. Kena la simpan elok - elok. Begitulah kisahnya.

Mukadimah saja dah tiga rangkap. Kembali ke realiti. Kontena. Ya. Itulah medium yang digunakan untuk dibuat seunit chalet yang sangat lah comel, selesa, sejuk, tak sangka dok kat dalam tu rupa – rupanya dok dalam sebijik kontena, katil empuk, tv 32”, perabot dari IKEA, astro sorang satu bukan centralized, wifi free, ada balkoni sendiri, laman cantik, dekat gila dengan Underwater World Langkawi yang hanya berharga RM satulimakosong sepanjang tahun sehingga Disember 2010 ya tuan – tuan dan puan – puan adik – adik kakak – kakak abang – abang semua mempersembahkan…


Terletak di tempat paling hampeh happening di Langkawi, mana lagi kalau bukan Pantai Chenang yang ramai orang dan sesak dah nak macam Phuket itu. Sangat senang nak ke lokasi kejadian terletaknya chalet ini. Tepi jalan je. Dekat gila dengan Underwater World Langkawi bahkan dari balkoni bilik pun dah boleh nampak bumbung Underwater World dimana penguin – penguin comel berketurunan Backhopper ditempatkan haha detail ai bagi kat yu.

Tak best ah kan baca ja takdak gambaq betul tak? Jom usya gambaq pulak.

Datang sini pun bersebab. Temankan kawan buat survey. Sambil menyelam sambil minum air kata orang, dah datang tak nak la lepaskan peluang nak menyurvey (??) jugak kan. Nak nak pulak, staf kat situ offer nak tunjuk bilik. Pucuk dicita ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, setuju selalu laaaa heheh. Jom.

King Size

Single Twin
       
Kami masuk ke bilik yang dah ready dipasangkan air-con untuk next guest yang tak sampai lagi. Nyaman dong. Macam tanak kuar dah ai cakap yu. Nasib baik sedar diri yang bilik tu orang nak pakai, kalau tak, mau dah tido situ seround dua sebab lepas tunjuk bilik, staf tinggalkan kami kat situ soh buat macam bilik sendiri dan dia kembali ke kaunter reception yang juga berlokasi di dalam kontena.


Tak nampak macam dalam kontena kan?

Gambar : SINI

Didatangkan dalam jumlah 10 unit, maka tak susahlah nak menjaga tempat ini memandangkan kawasannya yang tak berapa luas tu. Kemas dan bersih.

Lagi gambar.


Dari tempat si fotografer ni berdiri, dibelakangnya jalan Pantai Cenang & di seberang jalan penuh dengan
kedai kecil-kecil menjual pelbagai barangan.



Semua gambar ihsan dari SINI

Nak cari The Cabin ni tak susah pun. Once korang dah sampai Pantai Cenang, risiko nak sesat mencari tu -0% lah. Kalau sesat jugak, hmph tak tahulah.



Untuk tempahan :

Boleh isi borang disini.
Atau boleh telefon mereka di talian +6(012) 417 8499
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright