Slider

:Is This Mean I'm Addicted?:

Saturday, October 24, 2009

Kadang-kadang saya bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk dia.
Kadang-kadang saya langgar etika kerja hanya kerana dia.
Kadang-kadang saya terlupa makan sebab dia.
Kadang-kadang kerja saya tak jadi sebab leka dengan dia.
Kadang-kadang mak saya marah sebab saya asyik dengan dia.
Kadang-kadang en debab merajuk dengan saya sebab terlalu melayan dia.

Kadang-kadang jugak sampai terbawa-bawa ke alam mimpi.
Kadang-kadang waktu mandi terlajak sebab nak main dengan dia.
Kadang-kadang orang sekeliling saya naik meluat dengan saya sebab mereka kata saya obses akan dia.

Ketagihankah saya dengan dia?

Tapi..
Bukan salah saya. Kawan-kawan yang jemput saya. Takkan saya nak abaikan jemputan mereka?
Tak sanggup saya nak abaikan jemputan mereka. Saya tak sanggup.
Lagipun, dia best. Best sangat. Buat saya sentiasa berangan. Berimaginasi dengan dia.
Berangan yang saya ada kebun, pastu saya beli haiwan ternakan. Saya hias kebun saya dengan rumah ladang, hedge, pokok-pokok, itik, angsa, even gajah pun ada tau...serta banyaaak lagi boleh dibuat.
Lepas tu, saya boleh melawat kebun kawan-kawan saya, buat kawan baru dari luar negeri, best tau.
Kawan-kawan dah main Farmville kat Facebook? Best tau. Lagi satu Barn Buddy. Cubalah.

Bila peristiwa 'teringat' itu berlari ke minda : ...yang sekarang ni rasanya saya ketagih game yang lagi satu. Cafe World. Ni sebab encik ojin la ni selalu sangat bagi gift.Kawan-kawan lain pun ada jugak bagi hadiah. Banyak. Setakat ni yang saya dah accept ada 17. Yang tak accept lagi ada lagi 11:|:|. Addict





5 comments:

  1. Fen : hahahahha... akhirnya terjerat eik...keh keh keh

    ReplyDelete
  2. game2 kat fb mmg buat kita addicted tul :| haishh....kan best klu leh addicted kat keje :p

    ReplyDelete
  3. Fen : gelak lagi..keh keh keh keh...

    ReplyDelete
  4. yana : tu la. ni tak. asal sampai kat tempat keja je, msti nk buka fb dulu:((

    ojin : [-(

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright