Korang, saya ada janji kan nak padet pasal laptop baru saya? Well, tunggu sekejap. Saya ada perkara yang lebih penting untuk di war – war kan. Hari Tanpa Beg Plastik. Bagi yang dah buat, perkara ni mungkin tak penting. Tapi bagi kami penduduk Langkawi, ini adalah sesuatu yang baru dan perlu dilaksanakan. Kalau tak, sampai bila? Orang dah pergi jauh, kita masih kat takuk lama.
Anjakan paradigma dari setiap seorang penduduk adalah amat diperlukan dalam merealisasikan Hari Tanpa Plastik ini berjaya. pehhhh..ayat..kemain Bukan sekadar pada hari acara, malah kita mahu setiap hari juga adalah hari tanpa plastik. Walaupun perkara itu adalah seperti mustahil, sekurang – kurangnya we make an effort towards the campaign.
Paling penting, harus diingat, kita adalah anak pulau. Hidup dikelilingi laut. Pusat pelupusan sampah tidak mampu menanggung beban sampah yang kita buat hari – hari. Dari situ terhasilnya insinerator. Walaupun begitu, penggunaan insinerator memerlukan kos yang tinggi. Jadi salah satu usaha yang boleh kita lakukan adalah dengan meminimakan penggunaan beg plastik. Kita sayang pulau Langkawi. Mahu ke kalau satu hari nanti Langkawi sudah tidak menjadi pilihan pelancong hanya disebabkan masalah sampah? Hilang nilainya disitu. Rugi.
Baru – baru ini seluruh pelusuk Langkawi membincangkan isu masalah sampah di Pulau Tuba yang dilaporkan melalui slot Aduan Rakyat di Buletin Utama TV3. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada Langkawi. Jadi, jangan risau orang Pulau Tuba. Kita akan lakukan sesuatu. Tapi jangan tak support pulak ye nanti Pasal ni nanti saya post kat entri seterusnya ye
Baik.
Kembali ke kempen kita.
Kempen hari tanpa plastik ini akan diadakan pada hari Rabu, 30 Mac 2011 bertempat di Tapak Baazaar Ramadhan berhampiran Tapak Pasar Malam Kuah.
klik untuk tumbesaran yang sihat
Video khas untuk kempen ini
Persoalannya, mampukah rakyat Langkawi menyahut seruan kempen ini?
Sama – sama kita nantikan…
.
.
.
.
.
.
cecece..bajet pembaca berita pulak
hidup YB Pina!!!!!!
ReplyDeletehoiii..hahaha
ReplyDeletesemangat membara - bara waktu tulis entri ni :P
ni bukan pembaca berita dah.ni da macam wakil rakyat ni....membela nasib pulau Langkawi....xpe,teroskan YB pina!
ReplyDeleteni bukan pembaca berita dah.ni da macam wakil rakyat ni....membela nasib pulau Langkawi....xpe,teroskan YB pina!
ReplyDelete@aza shafiza
ReplyDeletejangan lupa undi saya. akan saya hadiahkan ayam dua ekor kalau menang pilihan raya nanti.
haha awal2 dah korup keh3