Slider

Live update from Hatyai

Friday, November 25, 2011

Hai, live update dari V.L Hatyai Hotel, Hatyai Thailand.

Ikut trip pejabat ke Hatyai & Songkhla.
Best. Bas best, pemandu pelancong best, kawan - kawan yang join pun best, penginapan pun best dan yang paling penting sekali makan dia semuuuuuuua best2! Dah la tu, tiap kali time makan takdak menu yang sama. Suma lain - lain.

Aktiviti hari hari ni (hari kedua) adalah menaiki bot panjang di Pattalung. Sejam kot dok kat dalam bot rendah tu. Dok kat dalam bot tu terus pandai balance badan. Kalau sorang tersenget, yang lain otomatik kena balancekan diri. Lagi thrill bila tengah sedap sedap melayan perasaan cuak kat dalam bot tu hujan lah pulakkk..Jadi double cuak. Tengah double cuak tu pulak, drebar bot pulak carik jalan tak jumpa..ha sudah!

Terdiam sekejap bot kami kat situ. Sib baik pastu jumpa. Tasik Pattalung atau dikenali sebagai "Laut Kecil" ke "Anak Laut" ntah tak pasti sangatlah luas. Kira tak nampak sempadan yang lagi satu. Yang membuatkan tasik tu penuh adalah gugusan tumbuh tumbuhan kat dalam tu yang menarik banyak burung - burung beraneka spesis ke situ ikut suka aku je hentam.

Orait. Bas dah sampai. Nak pegi dinner di Floating Market. Insyaallah.


Babai!
update via pc pinjam lobi hotel


Wordless Wednesday 9 - KEPERCAYAAN itu seperti pemadam #ww

Wednesday, November 23, 2011



Err..sori.

Saturday, November 19, 2011

Entri lepas ni saya sambung kejap lagi ye. Tersangkut kat Astro Arena pulak. Malam ni Indonesia lawan Vietnam. Debaran petang tadi dah lepas bila Malaysia menang 1 – 0 dengan Myanmar.

Nak jugak tahu sapa yang bakal bertemu Mlalaysia di final nanti Open-mouthed smile

Referee dari Korea ni sepertinya sangat bertimbang rasa. Pemain berkasar tahap kad kuning 1/2 meter depan dia pun setakat bagi warning je.

Kbai.

Untuk orang hensem & lawo sajeee Smile with tongue out

 

Raya Haji hari tu #1

Hai.

Tuan blog ni malas update blog.

Sekian. Bai.

Ok ok. Serius.

Ini cerita Raya Haji yang lepas. Raya kat Putrajaya. Pegi rumah adik. Sedikit busy untuk saya menulis, jadi layan gambar je lah ye Smile with tongue out(padahal malas)

5 November 2011

Naik flight malam. Pukul 10.40 malam.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Syabil 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Eksaitedd

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Kasut katak kesayangan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Syabil dengan sapa ntah tak ingat-.-‘. Kat belakang tu mak & SyafiqRed heart
(ayah terlindung)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Tunggu sambungannya sebulan sejam dari sekarang.

Selamat Menyambut Aidiladha semua

Saturday, November 5, 2011

Hai,

Pos sebelum berangkat ke Kuala Lumpur (orang raya balik kampung, dia keluar kampung :p)

Beraya di Putrajaya memandangkan adik saya & suami serta anak-anaknya tak dapat pulang beraya di kampung. Kesian diorang sunyi kat sana nanti. Dapat jugak jalan - jalan kan hihi..

Flight pukul 11.40 malam ni, doakan kami sekeluarga selamat sampai ye :)


Salam Aidiladha semua :)

#ww Wordless Wednesday (Kedu Rabu)#8–Cara dapatkan semula fail yang dipadam

Wednesday, November 2, 2011

cara dapatkan semula fail yang di delete di pendrive

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright