Slider

Selepas 18 hari baru dapat email dari Lazada. Sampai jugak akhirnya.

Monday, July 30, 2012





Sambungan entri Penipuan oleh Lazada
Jumaat lepas (27 Julai 2012) pada lebih kurang pukul 10.00 malam saya menerima email dari Lazada mengatakan barang yang dipesan telah di pos. Baru dapat tracking number kat situ.



Hari ni, dapat panggilan dari Gdex beritahu nak hantar barang. Mulanya dia nak hantar ke rumah sebab alamat pengeposan saya letakkan alamat rumah, tapi saya minta dia hantar ke pejabat dan dia setuju. Ok lah kan.

Akhirnya, kes saya setel kat sini. Tapi memandangkan perkara ni dah dibuat aduan, minta maaflah Lazada Malaysia. Damage has been done. Terpaksa lah korang tanggung.

Barang yang sampai petang tadi. Kotak kemain beso kau.



Masalah dengan Lazada ni;
  1. Communication.
    • Fail. Patutnya dah tahu tak boleh hantar barang dalam tempoh yang dijanjikan, inform la customer anda. Jangan biarkan diorang tertunggu – tunggu tanpa khabar. Diorang bayar. That’s why la orang marah sangat.
  2. Tak ambil berat masalah pelanggan.
    • Bila pelanggan bertanya, diorang diam. Tak jawab apa – apa. Tapi keep on updating new promotion. How?
  3. PR fail.
    • Yang diorang tahu, update update update. Bukannya nak tolong setel masalah orang. Perlu bertimbangrasa dengan pelanggan.  
Masalah ni dah pun sampai ke peringkat pihak berkuasa, harap diorang ambil tindakan sewajarnya.

Peringatan buat kawan – kawan yang lain, kalau berlaku penipuan, selepas bercakap secara elok ‘tidak jalan’, ambillah tindakan. Anda ada hak. Walaupun nilai duit anda itu tidak sebanyak mana, pengajaran perlu diberi supaya mereka lebih bertanggungjawab di masa akan datang.

Ini adalah sebagai pengajaran buat semua. Buat diri sendiri juga supaya lebih berhati – hati dalam membeli secara online.

Serik dah? NO WHAYYYY.

Bai!

6 comments:

  1. hahahhaha.. tahniahh... tapi tak serik gak eik.. tak tau laa.. koh oh koh

    ReplyDelete
  2. @Aujinz
    kekeke..takkan pernah ku serik shopping online :p
    cuma yang ni silap tekniknya tak usya dulu page dia sblm buat pembelian hehe

    ReplyDelete
  3. 18 hari?? Really? Saya purchase barang luar negara, overall amek masa dua minggu je. 14 hari normal laa kalau purchase barang over sea. Kalau Lazada company Malaysia, 18 bukan masa normal. Huhuhuhu.

    ReplyDelete
  4. @Mohammad Thaqib
    Itulah. Saya ni kira nasib baik la 18 hari. Ada yang dah order sebulan lebih barang tak sampai - sampai lagi.

    ReplyDelete
  5. Saya punya pun da 18 hari, sampai skrg tak dpt tracking no. Bila email,keep on ckp you will receive within 5 working days... Hampeh! Siap guna standard email plak tu(dpt email yg sama after 2 days). Bila kol, asyik ckp status 'belum keluar dari warehouse'. Adooiii, mmg la belum keluar, tu sbb tak dpt2 lg.. Yg customer nak tau ialah apa masalah yg bole jadi lambat! Skrg masih bersabar lg, esok(seperti dijanjikan), kalo tak dapat2 jugak, sy akan report kat Tribunal. This case, i think nak mintak ur advise for the procedure nak report.. bole kan Fina?

    ReplyDelete
  6. @Fara

    saya hari tu report KPDNKK tapi diforwardkan ke polis.

    kalau perlukan pertolongan, Insyaallah boleh ditolong semampu saya. awak boleh email saya di shafina.othman[@]gmail.com :)

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright