Monday, June 3, 2013

Alasan Kering - Kering Idea

Sebenarnya kan, sapa - sapa pun, bila start berblogging, mesti pasang niat, "Aku mesti update blog sekali sehari, seminggu dua kali, sebulan 3 kali" etc etc etc <-- ( etc 3x itu maknanya Cipina malas nak mengulas ya ) last - last kecundang jua. Sebulan sekali pun susah amboi.

Tadi waktu lepak kat Twitter, ternampak tweet oleh seorang lelaki ni dah lupa apa tweethandle dia sebab tak tengok pun terus klik link yang dia bagi.

Bila bukak blog dia, terus rasa nak menulis di blog sendiri lepas sekian tahun blog tak dijamu entri.

Senang je sebenarnya nak menulis ni. Tinggal syok dengan tak syok je la isi entri tu, ilmiah tak berilmiah je la content entri tu. 

Samada rajin atau malas itu je. Zaman sekarang yang serba mudah ni memang tak sesuai la bagi alasan "takde masa" "takde idea" "malas nak on laptop/pc semata nak tulis entri"  dan sebagainya tu ( ni lagi satu tanda malas ya. letak dan sebagainya pandai la korang bagi contoh sendiri keke )

Macam diri sendiri, install macam - macam apps yang berkaitan blogging. Ambik gambar melambak - lambak, disebabkan malas punya pasal, tiada gunanya jugak kau memberatkan memori hp tapi tak guna. 

Ini zaman mobile. Rata - rata ada Facebook, Instagram. Apatah lagi blogger. Mesti ada semua tu. Tu semua medium tu medium. Nak lariskan entri. 

Bagi yang belum dikenali macam diri ni, kena usaha lebih la kalau nak orang kenal kita blog kita. Bagi blog yang dah femes meletop tebabom tu takyah dah. Tak yah ping kat mana - mana site, baru publish tak sampai seminit, komen dah 37. Peh.

Macam diri ini, time ada idea adalah diwaktu kritikal. Atas skuter, time kena menghadap bos, kat jamban ( saya tak bawak hp masuk jamban nak buat draft ) kira time - time kritikal lah.

Especially time kat atas skuter time nak pegi/balik keja. Idea time tu macam hujan lebat. Mencurah - curah. Siap ayat apa nak tulis semua ingat. Pastu set dalam kepala, "japgi sampai ofis/rumah kena terus catit. Idea ni best ni. Boleh masuk blog ni" last - lastnya lupa. Sampai ofis, sibuk nak park moto, nak punchcard, sibuk nak gosip - gosip dalam lif, sibuk nak on pc, sibuk nak itu ini sampai lupa terus. Pastu bila ingat balik, idea tu macam tak best pulak nak ditulis di dalam blog.

Macam tu la bila balik rumah. Tak jadinyaaaa. Kenapa?


Sebab dok melayan budak ni haa..
v

v

v

v

v


..dan..

tahukah anda, duit sepuluh sen Malaysia yang baru dibuat dari besi? Ok. Ini lawak rawak.

Bai!

4 comments:

  1. Good double thumbs up keep it up happy blogging :)

    ReplyDelete
  2. sekarang nie Aujinz bukan kering idea.. dia sangat sangat bizi dengan macam macam benda.. koh koh koh

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected