Slider

Osem sangat kan. Ambik kau.

Thursday, July 17, 2014

Baru semalam pos pasal aktiviti dari awal pagi. Osem la konon sebab bangun awal gila, pastu tak tido sampai pegi keja sampai la balik keja. Balik tu terlelap jap. Jap je la hehe. Pencapaian yang membanggakan la konon.

Hari ni, bangun sahur macam biasa. Lepas makan, siapkan baju keja. Dlm pkl 5.15pg dh selesai semua.

Nk ambik wuduk siap2 Subuh lambat lagi. Buat batal je huhu.

Buka aplikasi iQuran, cari surah apa yg nak baca japgi sambil dok hafal² 10 ayat pertama Al-Kahfi.

Pastu rasa macam mengantuk pulak. Eh takleh layan, japgi hanyut. Tengok jam. 5.30pg. Lebih kurang 20 minit lagi nak azan Subuh. Pejam mata lah kejap. 5-10 minit pun jadi la. Eh.. Nak tido ke tak. Nak tido ke tak (tak percaya diri sendiri)

Jam pun berbunyi. Tengok² dah pukul 6.30pg. Hoho.

Turun kat mak (dok menjahit) tanya "Depa tak azan ka kat surau?" mak jawab "Eh mau ka tak azan. Azan la"

Koh koh koh. Tidur mati la maknanya tu. Nasib baik la mmg set alarm 6.30pg tiap2 hari.

Lepas solat, surah yang nak dibaca pun sempat baca 10 ayat ja. Sebab satu ayat tu panjang².

7.30pg gerak mai ofis.

Semalam tidur awal jugak. Pukul 12mlm. Kenapa la boleh mengantuk lepas sahur tu. Nak kata makan banyak, suku je nasiknya.

Cover yang semalam punya kot hihi.

Ramadhan 1435 yang Osem!

Wednesday, July 16, 2014

Assalamualaikum.

Hai.

Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa. Lagi kurang 2 minggu saja dah nak raya. Cepatnya betul masa berlalu.

1. Pagi ni produktif betul rasanya.

2. Bangun sahur terawal dari hari biasa. Pukul 5 pagi dah selesai sahur.

5. Mengaji

6. Solat Subuh

7. Pkl 6.15 pagi, cuci skuter. Kau hado? (Time balik keja, org lain pulak nak guna gi bazar. Sampai rumah pun dah dekat nak berbuka, time ni je la yang sesuai pun. Itupun lepas cuci, ayah hantar adik pi sekolah dalam keadaan skuter tu lembap² lepas lap :P)

8. 6.45 pg siap-siap nk pi kerja.

9. Gerak pukul 7.30 pg. Selalunya 7.40 @ 7.45 baru gerak. Timing timing.

10. Lagi 12 minit masuk pukul 8, punch card. Selalunya nyaris-nyaris je sampai time nak cukup pukul 8 :P

10. Sejak bangun pukul 4.25 tu rasa macam banyaknya masa terbuang dalam tempoh tu sebab siap boleh layan FB, tengok perkembangan Gaza & check moment kat Wechat.

11. Alhamdulillah, masuk hari ke 18 puasa, lepas sahur dah tak tidur & tak mengantuk kat ofis walaupun bangun awal :P Tahun-tahun sebelum ni, lepas sahur tu tak sampai setengah jam pun dah lup tertido balik (=.=)"

P/s - Semoga Ramadhan kali ini memberi makna baru dalam hidup. Aamiin Ya Allah.

Langkawi Berdepan Risiko Hilang Status Geopark, Kena Kad Kuning

Tuesday, July 15, 2014

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider :
Pulau peranginan terkenal negara, Langkawi dalam bahaya dan berdepan risiko hilang status Geopark daripada Unesco selepas badan dunia itu memberi amaran "Kad Kuning", susulan kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan dan mapan yang ditetapkan.
Kumpulan sivil, FLAG (Friend of Langkawi Geopark) bertindak mengambil langkah  memperbaiki keadaan tersebut sebelum Unesco melakukan pemeriksaan pertengahan tahun depan.
Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan  diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.
Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.
"Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.
Ditubuhkan awal tahun ini, FLAG menjadi nadi utama yang digerakkan penduduk dan operator pelancongan tempatan aktif mengadakan kempen kesedaran mengenai status Geopark tersebut.
Aktiviti terbaru mereka ‘Kempen Tidak Gunakan Plastik’ dijalankan sekitar bazaar Ramadan  di Pekan Kuah pada hujung minggu lalu.
Phisol berkata, antara inisiatif lain yang akan diambil ialah merancang pemulihan semula Taman CHOGM di mana pemimpin seluruh negara Komanwel menanam pokok semasa mesyuarat bersejarah Ketua Negara Komanwel pada Oktober 1989.
Katanya, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad bersetuju menjadi peneraju FLAG untuk membantu pemulihan Geopark dianggap penting.
Langkawi menerima "Kad Kuning" semasa semakan panel pakar Unesco pada 9 Oktober, 2011.
Status Geopark tersebut pada awalnya diperoleh pada 1 Jun, 2007 dan kemudian disambung  sehingga 2015.
Difahamkan, pakar tersebut pada awalnya mahu memberikan "Kad Merah" kepada Langkawi.
Bagaimanapun, Penasihat Saintifik Malaysia bagi Langkawi Global Geopark, Prof Ibrahim Komoo membuat rayuan dan menyakinkan panel penambahbaikan boleh dilakukan dan akhirnya Unesco bertindak memberikan "Kad Kuning".
Keputusan panel tersebut dilakukan berdasarkan laporan pemeriksan dua pegawai rasmi yang melawat tapak tersebut pada Julai 2011.
Laporan tmendedahkan terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan Unesco.
Secara umumnya, ia termasuk kegagalan untuk melaksanakan langkah pemuliharaan geologi  tempatan dan persekitaran, tidak mendidik dan menjaga penduduk tempatan dan orang asal,  serta tidak memiliki amalan pelancongan mengikut garis panduan dalam mempromosikan budaya  tempatan dan alam sekitar.
Terdapat juga kegagalan dalam pembangunan dan perancangan di mana ia tidak sepatutnya merosakkan alam sekitar dan komuniti.
Difahamkan, agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Langkawi adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang berada di bawah Kementerian Kewangan.
Ketika ini terdapat 100 geopark di seluruh 30 negara.
Status tersebut diberikan kepada tempat yang memiliki geologi istimewa dan ciri  persekitaran yang unik.
Setiap status geopark perlu disemak semula setiap empat tahun sekali.
Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara.
Tidak seperti tapak Unesco lain, di mana hanya sebahagian wilayah diberi status tersebut, seluruh pulau Langkawi dan sekitarnya yang meliputi 478 km persegi diberikan status Geopark tunggal. – 15 Julai, 2014.
Tanggungjawab mengekalkan status Geopark ni bukan hanya berada di bahu satu dua pihak saja. Semua pihak kena mainkan peranan. Agensi penguatkuasa, agensi yang menyelia, agensi-agensi yang menyokong dan yang paling penting sekali penglibatan penduduk Langkawi itu sendiri. Jenuhla agensi-agensi kerajaan je yang kena buat semua kerja. Kita sebagai penduduk buat apa? Goyang kaki dan komplen saja?

Renung-renungkan.

P/s - Dapat atau tidak status tu tak menafikan tanggungjawab kita sebagai penduduk. Bertanggungjawab la sikit. Yang tahu komplen berdegar-degar di laman sosial. Jangan pentingkan diri sendiri.

Bersantai di Pantai Kok Sambil Menikmati Mee Rebus Kak Hijrah, Hafiz Rojak

Monday, July 14, 2014

Alkisahnya, adik ipor lapar Mee Rebus Kak Hijrah sejak di Putrajaya lagi. Dah tinggal sana kat mana la nak cari Mee Rebus Kak Hijrahnyew. Terpaksa la balik Langkawi nak menjamahnye pun.

So, bila dah balik Langkawi, apa lagi sampai la rombongan Cik Kiah sebanyak dua biji kereta menyerbu (macam mana rupanya ek kereta menyerbu?) ke lokasi Mee Rebus Kak Hijrah (atau dikenali oleh orang luar sebagai Hafiz Rojak). Kak Hijrah tu jiran kampung sebelah je, so kita panggil Mee Rebus Kak Hijrah je la dah kenal kan kekononnn dah ni apahal nak explain panjang-panjang pulak ni. Pang kang.

K. Teruskan membaca.

Tak payah baca lah. Tengok gambar sudah.

Gambar mee rebus, laksa, pasembor tak hado. Gambar ni diambik selepas selesai makan :P


Qaireen Faqihah


Aum! Gigit budak!

Yang berdiri tu Kak Hijrah the tauke of Hafiz Rojak - Mee Rebus
femes kat Langkawi


Budak bertuah tiga orang ni, mula-mula main kat gigi air ja.
Pastu Syaza (kakak-bertudung) mengadu adiknya Syasya 'terbasahkan' seluar.
Tengok-tengok dengan paksu sekali terbasah. Last-last tiga-tiga lencun.

Amboi.

Kalau tak 'terbasah', takleh mandi laut. Haha.
Pandai ampa trick no.




Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright