Tadi waktu tengah sibuk buat 5S, salah sorang kawan tersalah letak hp dia. Tak dapat dikesan. Mencari-cari sejak pukul sepuluh pagi tadi tak jumpa-jumpa.
Kebetulan beberapa hari lepas saya terjumpa link untuk locate hp kita yang hilang kat Google Play Store. Siap test locate kedudukan dengan bunyi lagi.
So, sementara masih fresh dalam kepala, eloklah kiranya saya buat entri tutorial siap-siap incase lupa. Next time kalau hp hilang boleh la rujuk balik kat blog hehe.
So, kalau lah berlakunya kehilangan atau salah letak hp korang di mana-mana, sila ikut step ini.
Hanya untuk telefon bersistem operasi Android saja ya.
Kebetulan beberapa hari lepas saya terjumpa link untuk locate hp kita yang hilang kat Google Play Store. Siap test locate kedudukan dengan bunyi lagi.
So, sementara masih fresh dalam kepala, eloklah kiranya saya buat entri tutorial siap-siap incase lupa. Next time kalau hp hilang boleh la rujuk balik kat blog hehe.
So, kalau lah berlakunya kehilangan atau salah letak hp korang di mana-mana, sila ikut step ini.
Hanya untuk telefon bersistem operasi Android saja ya.
1. Mula-mula sekali, setiap kali lepas beli hp, pastikan korang buat setting ni dulu.
Then, buka Android Device Manager
Pastu, kat dalam tu, tick di Remotely locate this device & Allow remote lock and erase.
Ok. Biarkan disitu. Boleh hidekan saja menda alah ni di drawer aplikasi korang supaya kuranglah sikit semak samun aplikasi kat dalam application drawer tu.
Dah dapat email & password korang, bila berlaku kehilangan hp atau salah letak kat mana-mana dan tak dapat dikesan, boleh la buat langkah-langkah seperti dibawah.
Mula-mula pastikan korang ada sambungan ke Internet.
Kemudian, login Google Play Store di web.
Bila dah login, klik di ikon gandar seperti gambarajah di bawah.
Korang akan jumpa perkataan Android Device Manager. Klik kat situ.
Tengok kat dalam kotak tu. Klik situ. |
Lokasi dimana keberadaan peranti korang, fungsi Ring, Lock & Erase. |
Disitu tertera model hp korang atau kalau nak, boleh tukar nama peranti korang ke nama yang korang nak. Caranya, klik je kat ikon pensel di sisi kanan kotak kecik tu. Tukar kat situ.
Ada 3 fungsi disitu.
Ring - Bila korang tekan ni, peranti korang akan berbunyi selama 5 minit dengan volume penuh.
Yang ni boleh digunakan bila hp salah letak ke, ataupun hp kena curi dan korang berada di kawasan yang berdekatan dengan kedudukan hp korang.
Dia warning siap-siap hp korang akan dibisingkan dengan ringtone korang dengan full volume selama 5 minit. |
Lock - Seperti namanya, korang boleh kunci peranti korang dengan menekan butang LOCK tersebut. Kat situ, korang kena letak password baru beserta mesej (pilihan) dan nombor untuk dihubungi (pilihan).
Mesej yang korang tulis tu akan tertera di hp korang. |
Lepas kunci, dia akan keluar mesej macam ni. |
Kat hp dia jadi macam ni.
Locked by Android Device Manager |
Kena masukkan password baru. Dia tukar automatik kena letak password. Sebelum ni saya guna PIN sebagai kunci skrin. |
...dan lepas tu korang dah boleh guna hp korang seperti biasa balik
Perlu diingat, Bila korang masukkan password baru, bermakna di hp korang automatik akan ditukar fungsi kunci skrinnya. Macam saya sebelu ni guna PIN sebagai kunci skrin, automatik dia tukar ke Secured With Password. Means kena masukkan kata kunci.
Fungsi ni saya kurang gemar memandangkan keyboard Swiftkey saya sedikit lagging dan saya kena tunggu beberapa saat untuk keyboard muncul untuk saya taip password. Jenis kurang sabar macam ni lah kan :P Guna PIN senang, keypad nombor muncul siap-siap tiap kali nak masuk password :P
Once hp dah ada dalam tangan, korang masukkan password yang korang set kat web tadi dan tukarlah balik mengikut kunci kesukaan korang.
Lagi satu fungsi Erase. Tak test pun. Tapi kalau dah namanya PADAM, dah tentu-tentu la dia akan padam habis apa yang ada dalam hp kita. Gambar, sms, log panggilan dan sebagainya.
Actually, banyak lagi caranya untuk dapatkan balik hp dengan bantuan web macam ni. Aplikasi mencari hp hilang pun banyak. Tapi, setiap aplikasi berbeza la setting dia kan.
Ini cara paling basic la tanpa perlu install apa-apa aplikasi di hp.
Jadi, ambil lah langkah awal sebelum berlaku apa-apa perkara tak diingini selepas ni.
Tapi semua ni hanya boleh terjadi kalau hp korang disambungkan ke Internet. Kalau tak, lepas hp disambungkan ke Internet barulah fungsi-fungsi ni akan berkesan.
Saya test kat hp sendiri, offline, kemudian buat test RING, tak berlaku apa-apa. Bila sambungkan ke wifi barulah hp berbunyi.
So..
Kes kawan saya tu.
Nasib baik dia ingat email dan password akaun Google dia. Terus kami buat. Saya klik Ring dan dia cari ke setiap tempat yang dia singgah sebelum-sebelum tu.
Last-last jumpa dalam van. Rupa-rupanya dia tertinggal hp tu dalam van waktu pegi breakfast dengan pemandu jabatan :P
Waktu dia ke van, lagu dengan volume penuh kedengaran di dalam van huhu.
Alhamdulillah.
So, bertindaklah sekarang sebelum terlambat.
Pos ni sepatutnya pukul 2PM dah boleh publish, tapi memandangkan busy gila kat ofis tertangguh sampai ke pagi :P
Sampai rumah, rehat kejap (terlelap sebenarnya), then pukul 9 malam ada Nasi Lemak Session pulak dengan kawan-kawan. Pukul 11 malam baru balik. Then, baru sambung buat entri ni eh eh eh ni dah nak masuk cerita lain dah ni.
Better stop now heehee.
Bai!
renyah juga kan. hp yang hilang tu kena ada internet gak ek baru bunyi
ReplyDeleteYa..lepas dapat sambungan internet baru dia bunyi..
DeleteUtk xioami xde pon icon google seting. Macam mna nk buatt ya?
ReplyDeleteBoleh install terus Device Manager dari Playstore
Delete