Tengah buzy-busy buat laporan, pamplet, kertas kerja [nak bagi ilusi orang tengah bizi gila babeng] terasa lapar nak makan kerabu. Lebih tepat kerabu beronok.
Beronok? Apakah? Sejenis kuih kah?
Nahhh..ni gambarnya..tapi gambar selepas tuan badan dikerat kecil-kecil dan dijadikan bahan kerabu..kejap lagi saya tunjuk gambar tuan empunya diri yang pemalu itu.
![]() |
Kerabu beronok nyam nyam *lap air liur |
| klik gambar utk ke source asal |
Beronok ni adalah makhluk laut yang lembik, takde tulang, pelik, geli, jijik macam eaauwwwww tapi tapi tapiiiiiii..
tu sebelum makannn. Lepas makannn ha kau nak lagi ai tell yu..tak percaya? mai Langkawi try test tengok..terus nak pack bawak balik rumah sambil mintak resepi tapi jangan harap sebab beronok ni cair dengan cepat tambah-tambah bila letak dalam peti ais. Ini bermaksud, pagi ni g cari kat laut yang berselut melut tu, tengahari dah kena siap sebagai menu makan tengahari. Jangan tanya kenapa ia cepat cair sebab tu lumrah tuhan. Jangan pertikaikan. Boleh terima tak alasan ni?
Rasanya makhluk tuhan paling seksi ni cuma ada kat Langkawi je, kalau tak silap la. Mungkin kat tempat lain ada jugak cuma tak dijadikan sebagai makanan tapi dijadikan sebagai haiwan peliharaan tengok cik fina menipu oke dah dah dah baca kat bawah ni sumber dari wiki.
Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah.
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.
See see see, saya dah cakap kan, jadi makanan eksotik kat Langkawi. Rasa dia memang la masin bang, namanya pong dok kat laut.
Oh ya, nak buat kerabu beronok ni senang je. Tak payah masak ye puan-puan (ala-ala chef wan)
Iyee..TAK PAYAH MASAK. Maksudnya DIMAKAN MENTAH. Benda tu dah la mudah cair kalo terdedah kepada udara, ko nak masak pulak. Tinggal air je laaa hahah..
Orait, ni gambar tuan punya badan yang pemalu tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
![]() |
Tadaaaaa...cak cak cak.. Geli kan kan kan? | klik gambar utk ke source asal | |
Takda maknanya ko nak geli. Lepas dah masuk mulut..minta tambah lagi adaa...
Ni cara-cara nak buat kerabunya..mula-mula kena ada bahan-bahannya dulu..
![]() |
| klik gambar utk ke source asal |
|
Lepas tu cara-cara menyediakan kerabu yang menggoda ni.
Dulu waktu kecik-kecik ayah selalu bawak g cari beronok. Dia hidup dalam keadaan berselut, kalau air bersih dia takkan boleh survive. Badan dia mostly licin dan gemuk - penuh dgn air, tapi lepas ditangkap, dia akan jadi kurus dan berketak-ketak macam gambar kat atas tu sebab dia kencing :P
eh, boleh ke guna perkataan 'tangkap' sebab dia bukan lari pun kan?
Pernah beberapa tahun lepas time Explorace buat kat Langkawi, ada satu cabaran, peserta kena cari beronok dan makan kat situ jugak haha tapi kesian kat saya sebab tak dapat tengok pasal kena kerja. Kesian.
Ini yang keluar bila saya google perkataan 'beronok'
