Slider

duniacacamarba category
Showing posts with label duniacacamarba. Show all posts

Kerana "Dating" Lewat Malam, Siswi Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh lelaki tidak dikenali

Tuesday, June 7, 2011


[HM]  SHAH ALAM: Keriangan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi meluangkan masa bersama kekasihnya bertukar tragedi apabila dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan seorang lelaki tidak dikenalinya di sini, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun sedang duduk bersembang dengan teman lelakinya di sebuah kawasan rekreasi di sini.
Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripada mereka menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak senonoh.

Menurut sumber, walaupun mangsa dan teman lelakinya menafikan tuduhan berkenaan kedua-dua suspek berkeras dengan tuduhan mereka dan mengugut melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Lelaki itu mengugut mangsa mereka akan melaporkan kepada Jais sekiranya mangsa dan teman lelakinya tidak menyerahkan wang sebanyak RM1,000 ataupun melakukan seks oral dan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan merayu tidak dipaksa melakukan perkara tidak senonoh itu,” katanya.

Kata sumber itu, walaupun mangsa merayu, suspek tidak mengendahkan tangisan wanita malang itu, malah terus membawa mangsa dan teman lelakinya ke kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai.

Teman lelakinya ditinggalkan di kawasan agak jauh dari tempat mereka berdiri. Mangsa dipaksa melakukan seks oral bersama seorang lelaki terbabit dan kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek.
“Kedua-dua lelaki itu turut meraba buah dada dan kemaluan mangsa selama lima minit sebelum meninggalkan mangsa sendirian di tempat itu,” katanya.

Mangsa ditemani teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian berkenaan.

Duniacacamarba kata  “Bingai. Anda boleh meneka IPT yang dimaksudkan berdasarkan lokasinya di Shah Alam. Pengajaran bagi sesiapa yang gemar melakukan maksiat di tempat-tempat gelap dan tersembunyi.”

Kesian jugak. Tapi padan muka. Nak dating pn carilah tempat terang – terang sikit. Kedai makan ke, KFC ke. Pergi duduk kat tempat gelap – gelap sapa suruh. Tak pasal – pasal dah kena cabul. Yang si pelaku tu sangap sangat dah kot sampai boleh ke tahap tu dia buat.


Kredit : Duniacacamarba

 

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright