Subscribe:

Tuesday, June 7, 2011

Kerana "Dating" Lewat Malam, Siswi Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh lelaki tidak dikenali


[HM]  SHAH ALAM: Keriangan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi meluangkan masa bersama kekasihnya bertukar tragedi apabila dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan seorang lelaki tidak dikenalinya di sini, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun sedang duduk bersembang dengan teman lelakinya di sebuah kawasan rekreasi di sini.
Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripada mereka menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak senonoh.

Menurut sumber, walaupun mangsa dan teman lelakinya menafikan tuduhan berkenaan kedua-dua suspek berkeras dengan tuduhan mereka dan mengugut melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Lelaki itu mengugut mangsa mereka akan melaporkan kepada Jais sekiranya mangsa dan teman lelakinya tidak menyerahkan wang sebanyak RM1,000 ataupun melakukan seks oral dan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan merayu tidak dipaksa melakukan perkara tidak senonoh itu,” katanya.

Kata sumber itu, walaupun mangsa merayu, suspek tidak mengendahkan tangisan wanita malang itu, malah terus membawa mangsa dan teman lelakinya ke kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai.

Teman lelakinya ditinggalkan di kawasan agak jauh dari tempat mereka berdiri. Mangsa dipaksa melakukan seks oral bersama seorang lelaki terbabit dan kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek.
“Kedua-dua lelaki itu turut meraba buah dada dan kemaluan mangsa selama lima minit sebelum meninggalkan mangsa sendirian di tempat itu,” katanya.

Mangsa ditemani teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian berkenaan.

Duniacacamarba kata  “Bingai. Anda boleh meneka IPT yang dimaksudkan berdasarkan lokasinya di Shah Alam. Pengajaran bagi sesiapa yang gemar melakukan maksiat di tempat-tempat gelap dan tersembunyi.”

Kesian jugak. Tapi padan muka. Nak dating pn carilah tempat terang – terang sikit. Kedai makan ke, KFC ke. Pergi duduk kat tempat gelap – gelap sapa suruh. Tak pasal – pasal dah kena cabul. Yang si pelaku tu sangap sangat dah kot sampai boleh ke tahap tu dia buat.


Kredit : Duniacacamarba

 

20 comments

June 7, 2011 6:12 PM

taw dah tempat katne...PADAN MUKA. dah la dating tgah malam..kena pulak lagi..bertimpa2 padah...ish3..dating la siang2...tak patot betol.

June 7, 2011 6:21 PM

err..mintak jauhh

June 7, 2011 6:23 PM

to those yg kata padan muka,

ini hari mereka. hari kamu? hari aku? tak tahu lagi bila. sedang yang bertudung di siang hari pun boleh kena rogol.

doa saja tidak jadi pada diri kita sendiri, atau keluarga kita.

ambil sebagai pengajaran, jangan hanya sekadar baca dan mudah cari kesalahan orang lain.

=)

June 7, 2011 6:29 PM

hmm....mntk2 la smpang.tp btoi gak.nk dating p la mc`d seksyen 2 tuu...xjaoh pon.prot pon kenyang...erk...

June 7, 2011 7:02 PM

kesian bdak tu...bawak2 la byk istighfar....dan bertaubat lah nak ye...^^

June 7, 2011 9:20 PM

@Cik Muda Nurul:)
dari dulu lagi tempat tu jadi port berdating ni. duduk gelap - gelap memang mencari la.

June 7, 2011 9:21 PM

@Munirah
aminn..

June 7, 2011 9:23 PM

@HEROICzero
terima kasih atas pandangan kamu :)
benda ni boleh dielakkan sebenarnya.

June 7, 2011 9:26 PM

@aza shafiza
tu la kan?

eh, mcd ke kfc? bukan kfc ke? 4 bulan kat situ sekali je kot jejak restoran tu :P

rindu pulak budak2 yg lain.

June 7, 2011 9:27 PM

@Mica Gaja
kesian tu memang kesian. lagi kesian bila memikirkan perasaan mak bapak diorang nanti..

June 7, 2011 9:41 PM

x pasal2 kene raba 5 minit. masalah betul wakakap!

June 7, 2011 10:00 PM

@suffer8zine
tu la. kesian dia..tapi sapa suruh pegi dating kat tempat gelap. kalau tak, takkan la mangkuk - mangkuk tu boleh ugut sampai camtu sekali.

June 8, 2011 5:17 AM

aiyo.. xtau nk ckp ape. pdn muka? kesian? elakkn la dr dok tmpt2 sunyi tu.. mmg ade yg cr peluang utk kenakn bdk2 mcm ni. hahah

June 8, 2011 7:24 AM

heh..padan muka..ni mesti lepak2 kat tasik shah alam lewat malam ni..itu seb baik tak kena rogol..kapel membawa trabel..ish2..

June 8, 2011 9:23 AM

@Kama Irahsa
apa pun tak boleh


bak kata jambu ML.

June 8, 2011 9:24 AM

@Jejaka Terhangat
sendiri cari penyakit.

June 8, 2011 10:17 AM

mcmane dia tau 5minit.huhu

takutnya dengar!

June 8, 2011 10:37 AM

@cik helena
huhu..dia agak2 kot >.<

kalau saya la 5 minit tu rasa macam selamanya bila kena cabul. fuh fuh. takleh bayang..ngeri!

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com