Hai, hari ni (Khamis) menu makan tengahari saya sangat pedas sampaikenagunaduatisubolehperahperahlapidung.
Bertempat di Plaza Mara, Langkawi. Food court di Tingkat 3. Bihun sup dengan fresh oren. Fresh orennya sangat sedap hari ni!
| Bihun sup RM 3.50 + fresh oren RM 1.50 = RM5 |
| Dalam perjalanan ke Plaza, singgah dahulu membeli pencuci mulut. Saya tak ingat nama buah ni. Tapi buah ni dulu adalah kesukaan waktu kecik - kecik-.-" |
Bihun sup sangat la pedas. Rasa macam tak boleh habiskan. Tu pun eksen tambah cili lagi. Tapi sebab sayang punya pasal, habiskan jugak. 2 helai tisu terkorban. Satu lap hidung, satu lap mata. Sambil makan sambil srot srot (lap hidung) tsk tsk (lap mata) - sound efek.
Hinggakan orang meja sebelah pun tegur "Aii..makan pun nak nangis?" "Pedas" saya balas padu.
Lepas makan jalan laju - laju balik ke pejabat (bajet bila jalan laju, makanan turun cepat maka takdelah masalah buncit melanda kann)
Memandangkan hari ni balik kerja 3.30 petang, singgah sebentar di Langkawi Parade. Cari kasut. Kasut yang sedia ada dah licin tapaknya. Dah berapa kali nak jatuh time bukak pintu ketat pejabat saya tu..
Ada kejadian memalukan kat Guardian. Kalau rajin saya story :P Kakak kaunter tu garang betul..grrrr.
