Subscribe:

Friday, July 1, 2011

Satu hari yang bosan

Hai, hari ni (Khamis) menu makan tengahari saya sangat pedas sampaikenagunaduatisubolehperahperahlapidung.

Bertempat di Plaza Mara, Langkawi. Food court di Tingkat 3. Bihun sup dengan fresh oren. Fresh orennya sangat sedap hari ni!

Bihun sup RM 3.50 + fresh oren RM 1.50 = RM5 

Dalam perjalanan ke Plaza, singgah dahulu membeli pencuci mulut.
Saya tak ingat nama buah ni. Tapi buah ni dulu adalah kesukaan waktu kecik - kecik-.-"

Bihun sup sangat la pedas. Rasa macam tak boleh habiskan. Tu pun eksen tambah cili lagi. Tapi sebab sayang punya pasal, habiskan jugak. 2 helai tisu terkorban. Satu lap hidung, satu lap mata. Sambil makan sambil srot srot (lap hidung) tsk tsk (lap mata) - sound efek.

Hinggakan orang meja sebelah pun tegur "Aii..makan pun nak nangis?" "Pedas" saya balas padu.

Lepas makan jalan laju - laju balik ke pejabat (bajet bila jalan laju, makanan turun cepat maka takdelah masalah buncit melanda kann)

Memandangkan hari ni balik kerja 3.30 petang, singgah sebentar di Langkawi Parade. Cari kasut. Kasut yang sedia ada dah licin tapaknya.  Dah berapa kali nak jatuh time bukak pintu ketat pejabat saya tu..

Ada kejadian memalukan kat Guardian. Kalau rajin saya story :P Kakak kaunter tu garang betul..grrrr. 

8 comments

July 1, 2011 1:47 AM

ouh betul ke kalau jalan laju, makanan turun cepat dan tak buncit? hehehe..

July 1, 2011 11:42 AM

@Fitrihadi
hahah..teori bantai sendiri :P

July 1, 2011 3:35 PM

walawehhhh
nampak sedappppp
ekau orang langkawi?

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

July 1, 2011 4:32 PM

nampak enak jer pencuci mulut nih hehe

July 1, 2011 7:02 PM

@Hans
sedappppppppp

tp pedas pulak hari tu :P

yeeee...orang langkawi :D

July 1, 2011 7:03 PM

@hafidz
sedap..tapi masam ya ampun. nama buah tu buah remia..tanya mak semalam ehehe..

July 1, 2011 11:50 PM

wahhhh my feveret bihun sup.... eh kalau pedas lah lagi sedap.. saya suka letak 3 sudu cili api wahhhh mmg menyengat habis hehehe

July 2, 2011 9:50 PM

@Ain Zulaikha
saya suka jugak makan pedas tapi hari tu tak tahan betul. pedas gila.

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com