Slider

Akhirnya, daku mendapat jugak laptop baru sebelum hujung bulan.

Thursday, March 24, 2011

Ahem..
Akhirnya, selepas berkabung selama beberapa minggu, ahernya dapat jugak daku laptop baru hasil kais pagi makan tengahari malam dan supper.

Sebijik laptop berskrin empatblas inci puas hati daku nak bertenet. Berjenama Dell daku pun tak tahu kenapa Dell yang menjadi pilihan. Yang penting, warna dia merah walaupun daku tak lah sangat suka warna tu. Cuma nampak lain dari laptop - laptop lain yang semuanya berkulit gelap - gelap. Voley gitu?

Lepas ni dapatlah daku buat macam - macam perkara yang daku tak dapat buat sewaktu bersama dengan si comel itu. Takpe si comel, jangan kecik hati ye, I still love you lah walaupun ai dah dapat pengganti baru. Si comel tengah sakit sekarang :|

Daku buat pos baru ni pun sebab nak bagi tahu itu je la.
Lagi satu si Nuffnang nih. Time daku tak pos entri baru kat blog, time daku biarkan blog bersawang tak berpengunjung, time tu la dia nak bagi buffered earning. Suka juga daku. Tapi tak boleh suka lebih - lebih sebab feel dah kurang bila si comel sakit dan daku tak dapat mengepos entri - entri terbaru sebab takde komputer. Guna komputer pejabat tak best sebab orang punya. So, nak feeling lebih - lebih time menaip tu tak dapat. Eleh, banyak la kau alasan cipina. Kalau malas tu malas jugak. Heh.

Baiklah, daku stop dulu kat sini. Nanti  senang - senang daku cerita lagi.

Babai,
Cipina

9 comments:

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright