Slider

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum!

Haiiiiii :D

Hari ni nak post entri berilmiah sket. Takde gambar. Laptop rosak. Guna komputer orang. Tetiba jadi tak reti nak masukkan gambar dalam entri. Takde feel boleh pakai tak alasan ni?

What ever lah.

Jom cekidaud.

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:
  • Beg plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
  • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
  • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga. 
  • Pengeluar beg plastik menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
  • Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
  • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
  • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
  • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
  • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
  • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
  • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.
Renung - renungkan :D

Sumber : Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Hai, nama saya FINA

8 comments:

  1. erkk konfius nak cari tempat komen kat mane tadi..hehe

    point last tuh mengingatkan ss pada video lutfi pasal sampah tu..hahaha ;p


    psstt : 1 lagi kisah utk muhasabah diri

    ReplyDelete
  2. @Siti Saffiyah
    ahaha..kebetulan kan..best betol budak lutfi tu..

    err..konpius eh nak cari tempat komen?

    ReplyDelete
  3. tp kenapa org tamo pakai paper beg?sebab paper beg mahai....beli barang kat bodyshop,nak pakai paper beg yg cinonit tu pon kene cas....hampehhh

    ReplyDelete
  4. @aza shafiza
    camtu pulak kan? ada je yang nak mengambik kesempatan. nampaknya pi shopping kena bawak beg sendiri la..tak pun lepas bayar, masukkan barang2 ke dalam troli, tolak troli sampai ke keta then humbakan suma barang2 shopping dalam bonet keta. setel. hehe

    ReplyDelete
  5. ye,btol tu....sbb tu aku suke pkai handbag beso,takat beli brg kecik2 aku sumbat je dlm beg...sampai padat beg aku...huhuuu....

    ReplyDelete
  6. @aza shafiza
    haha..bagus bagus bagus..pasni kena biasakan diri bawak beg shopping. sblm nak suruh orang buat, kita kena la buat dulu kan?

    ReplyDelete
  7. yup!btol tu,sdri kene praktis dlu.at least da seorang makhluk kt bumi ni tak pakai plastik....

    ReplyDelete
  8. @aza shafiza
    ntah bila ntahhhh :P

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright