Slider

Cuti cuti ke Hatyai # 1

Tuesday, December 13, 2011

Hai, saya tak tahu kenapa saya takleh publish entri ni dari WLW sedangkan entri Giveaway Nisa Kay boleh je pun.

Mari teruskan ke cerita cuti saya. Trip ke Thailand ni rasanya last trip saya untuk tahun ni.

Trip ni boleh dikatakan best sebab walaupun perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain ada yang memakan masa sampai 2 jam, tapi perjalanannya sangat selesa.

Kawan – kawan yang join trip best. Bas dia best. Luas, colourful, TV sampai 3 ketul, ada tandas, dan yang paling penting sekali, tingkap cermin dia sampai ke bawah. Jadi, bila cermin luas, dapatlah tengok pemandangan kat luar dengan vision paling maksimum!

Oh ya, tempat shopping best dan terpaling best sekali adalah kami dijamu dengan makanan yang best-best!

Ini bas kami Open-mouthed smile

PB230801

Tapi, malangnya saya amek seat sebelah dalam, tak dapat snap2 gambar kat luar pastu dok pulak kat bahagian tengah bas. Terlindung dengan benda ni

PB230817-edit

 

Ni pulak view dari dalam..

PB230774Terhalang dek TV & dinding bas Sad smile

 

 

 

 

Tapi takpelah.

Nampak jugak view kann..

Jadi, pergi holiday kalau tak bawak kamera memang tak best. Kan? Tapi..

 

..kamera tu memang la bawak. Charger la pulak tak bawak. Dem. Sib baik dah charge sebelum pegi trip. Maka terpaksalah berjimat – jimat. Nak amek gambar pun terhad. Takleh ikut suka snap. UwaaCrying face

Perjalanan kami diguide oleh ejen dari Prasan World Tour Thailand. Tour guide dia best gila. Husin nama dia. Dulu pernah kerja kat Langkawi & boleh berbahasa melayu dengan fasih. Tak sunyi bas tu ada dia.

PB230769

Husin

PB230768

Husin ni suka ketawa. Cakap sikit ketawa.
Sebelum buat lawak dia ketawa dulu.

 

Di sepanjang trip kami diiringi oleh Mr Daniel, ejen dari Legend Admire Tours & Travel (Malaysia) & Mr. Prasan pemilik agensi Prasan World Tour itu sendiri.

Trip adalah selama 3 hari 2 malam. Pegi hari Khamis (24 Nov 2011) balik hari Sabtu (26 Nov 2011). Antara tempat – tempat yang kami kunjungi adalah Satun (of course lah, jeti kat situ), Pantai Samila, Songkhla, Pulau Kok Yo, Hatyai, Phatthalung, Floating Market & tak ingat dah mana tempat kami singgahSmile with tongue out

Stop dulu kat sini. Nanti saya sambung lagi di entri Cuti cuti ke Hatyai # 2 ye!

 

Bai!

8 comments:

  1. Waaa....percutian ke hatyai ek.jgn lupe nxt year percutian ke korea plak.heheheeee....

    ReplyDelete
  2. @aza shafiza

    hahaha..insyaallah ke korea pulak kita tahun depan :p

    ReplyDelete
  3. @Pejuang Kesenian Extreme
    haha. seriusss

    ReplyDelete
  4. Wah.. berapa RM pakej percutian ni?

    ReplyDelete
  5. @ParkAir
    trip ni ditanggung pejabat hehe..so, tak tahu berapa :p

    ReplyDelete
  6. tiap tahun ke dpt trip sponsored ni? nak kena tukar pejabat gak ni..hehe. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri microfungus aromaterapi nano di dunia!

    ReplyDelete
  7. @ketikketok

    Kalau tahap pegawai - pegawai Insyaallah dapat pegi sponsored trip tiap2 tahun huhu..staf bawahan cam saya ni, kira bernasib baik jgk la dapat pegi. baru tahun ketiga kat sini, ini first time join trip pejabat :p

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright