Slider

Dia Pengunjung Yang ke 5,000,000 dan Ekspedisi Gunung Mat Chinchang

Saturday, December 31, 2011

Hai. Saya hidup lagi Big Grinjust so you to know. Pemalas beno nak update blog hang nih Cipina.

CameraKlik gambar untuk ke sumber asal.

Akak ni rasanya orang luar yang datang bercuti ke Langkawi tempoh hari. Tapi Tuhan bagi rezeki lebih kat dia hari tu bila dia p Cable Car dan menjadi pengunjung ke 5 juta

5 JUTA

5 JUTA

dan mendapat hadiah istimewa dari Panorama Langkawi Cable Car uols!

Akak ni dapat Ipad2 dan naik cable car percuma seumur hidup. Untunglahhhhhhhhhhhhhhhh. Patutlah hati ni meronta nak pegi naik cable car hari tu tapi tak jadi sebabbbb..takde sebab #oktipu

Hadiah telah disampaikan oleh Tan Sri Khalid Ramli, CEO of LADA – Lembaga Pembangunan Langkawi. (Welcome aboard Tan Sri)

Semenjak dibuka, belum sampai 10 kali rasanya saya naik cable car ni. Best weh naik walaupun awal – awal dulu gayat gila bila hampir – hampir nak sampai stesen gondola seolah – olah nak langgar dinding gunung. Cuak seh.

Ada satu cerita menarik pasal Cable Car ni.

Jom jadi model untuk video klip terbaru Yuna!

Dulu waktu saya bekerja di resort, saya sangat suka buat aktiviti luar. Jogging, mandi laut, join JPA3, dan salah satunya panjat gunung. (bajet kerap je panjat gunung padahal baru sekali)

Satu hari, out of boredom (kot) kawan saya ajak buat kerja gila.

Miah : Fina, jom kita panjat Gunung Mat Chincang

Saya : Eh, idea menarik. Jom.

Dipendekkan cerita, wild idea dari kawan saya tu menjadi jugak. Kami diiringi oleh Cikgu Nordin (Bomba) & Munsyi (JPA3). Kebetulan kawan saya ni mengenali diorang, jadinya ekspedisi jadi lagi senanglah proses perlaksanaanya.

Kami trekking 4 orang. Khidmat Cikgu Nordin diperlukan sebab dia agak familiar dengan trek untuk ke puncak gunung. Kami guna trek yang tak perlu panjat panjat jadi masa dapat dijimatkan kat situ.

Gunung Mat Chinchang adalah berketinggian 700 meter di atas paras laut. Perasan tak gunung ni terbentuk seakan – akan bentuk muka manusia dari tepi? Perasan tak?

Cerita pasal gunung ni ada kat sini.

Seriously, saya masih tak percaya yang saya berjaya mendaki gunung ni.

Kami mengambil masa selama 4 jam kalau tak silap untuk sampai ke puncak.

Bila dah sampai stesen pertama dan menikmati pemandangan lebih kurang, maka kami pun bersiap untuk pulang.

Kami turun melalui gondola. Malas dah nak turun ikut laluan tadi memandangkan time tu dah petang.

Sesampainya dibawah kami telah ditahan sebab tak ada kad pengunjung.

“Bang, tolong bagi kad pengunjung”

“Kami takdak kad tu. Kami trekking tadi naik pi atas”

“Ooh..kalau camtu, kena bayaq bang”

“Bayaq?” – sambil pandang kami 3 orang.

Bincang.

Sok sek sok sek sok sek..

“Dik, oleh sebab kami trekking naik pi atas pastu turun guna gondola, maknanya separuh saja lah kan kami kena bayaq?”

“Eh takleh camtu bang. Kena bayaq penuh”

“Masalahnya kami tak naik guna gondola, turun ja kami guna”

“Minta maaf bang, abang ada bagi surat dak kata abang nak trekking naik gunung?”

“Takdak lah pulak”

“Maknanya abang kena bayaq penuh la. Lagu tu la cerita dia”

Kwang kwang kwanggg..kena bayar penuh. lol.

Ini gondola.
Padan muka kami Hee hee

Tu la, len kali nak naik gunung, inform dulu. Ini tak, main reeeedah je. Kan dah kena bayar haha.

Tapi takpa. Sangat berbaloi okay. Bayangkan dapat tengok gondola lalu kat bawah kepala. Peh. Kagum.

Rasa macam nak naik lagi.

Apapun, tahniah kak Fauziah sebab menjadi orang yang ke 5 juta naik kereta kabel ni. Paling best part naik percuma seumur hidup tuuuuuuuuuuuuuuuu. Tahniah!

Psst..waktu saya daki gunung ni penggunaan kamera masih belum femes. Time tu era hp Sony Erricsson K750i tengah up. Walaupun ada henpon berkamera, tak pernah terpikior nak amek gambar. Asal berenti, minum air, asal berenti minum air. Tak ingat benda lain dah. Lagipun time tu era – era camwhoring tak fofuler lagik hehe.

P/s – Main station Cable Car ni terletak di Oriental Village. Oriental Village ni terletak bersebelahan dengan Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort (drive ke dalam sikit akan jumpa) dan berdekatan juga dengan Air Terjun Telaga Tujuh (kami start trekking kat situ)

Link untuk sumber gambar, sila klik kat gambar – gambar tersebut. Makaseh.

Tengok aje? hee~

12 comments:

  1. Agak2 masa kita p dlu kita org keberapa ek?huhuuu...yg pasti aku 2 kli je naik benda alah ni.tu pon dua2 kli ngn hang....huhuuu

    Weh,next time bawak aku p telaga tujuh tuu..yg jambatan gantong cukop le skli dlu.nak luruh jantung aku naik benda alah tu...heheheee...

    Err..aku ingat lg hang tunjok kt aku gunung muka mat cinchang msa kita kayak kt chenang dlu...isk,kenangan mengusik jiwaaa.....

    ReplyDelete
  2. @aza shafiza
    waaaaaaaaa..mai la lagi mai la lagii :((
    telaga tujuh tu tinggi yangg..nanti semput lagi sekali macam hari tu haa..tp kalo ko nak, boleh saja ehehe..

    ala..yang kayak tu besttt..kita kayuh jauh sikit pastu tengok pemandangan/gelagat orang kat tepi pantai huhu..kenangan kenangan..

    ReplyDelete
  3. Rasa mcm gayat lak nak naik kali ke 2 sb hari tu gondola tu stop kat dinding gunung time br nak turun dr stage pertama sb angin kuat. Umie g sana 22/12/2011 hari tu.

    ReplyDelete
  4. @umie
    pernah kena sekali macam tu. gondola tetiba stop. memang cuak. takut kabel putus-.-

    ReplyDelete
  5. lawa nyaa pemandangan dari gondola tu.. nanti ada rejeki nak g jugak la jalan2. tulung tunjuk jalan ek hehe.

    ReplyDelete
  6. @ParkAir
    lawa kan? tu yang buat tak jemu nak naik banyak kali tu :p

    meh second honeymoon kat sini :p

    ReplyDelete
  7. Slalu pi..mmg luck die no 5,000,000

    ReplyDelete
  8. byk tu 5juta.. untung lah dia yg dpt hadiah.. huhu

    ReplyDelete
  9. @hamzah ian
    UNTUNG GILA. kalau saya yang dapat ni, mau hari - hari pegi haha. Pastu kawan - kawan datang, eksyen je boleh ajak diorang datang sini pastu naik free :p

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright