Slider

[Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi Part #2

Sunday, February 26, 2012

Oraitlah. Bersambung dari Part #1.

Hai, dah habis kat tempat blow – blow kristal, kami ke Kompleks Utama pulak.

P2170701Disambut oleh banner dengan ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa.

P2170711Penerangan oleh wakil PUSPANITA Pusat Kraf, Langkawi.

P2170723Pastu jalan – jalan tengok kawasan la apa lagi.

P2170726Teringat waktu Form 3, akak main menatang ukir – ukir ni waktu Pendidikan Seni. Oh, teringat pulak kat Puan Nora.

P2170729Buaian ni harga dia RM90 uols. Akak bercadang nak beli untuk anak pertama akak. Unik sikit kan. Lain dari orang lain punya.

P2170740Pastu masuk muzium pulak. Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Dalam muzium ni mereka men’display’kan ciri – ciri, adat & kelengkapan perkahwinan masyarakat – masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bertambah ilmu akak pasal selok belok perkahwinan. Dan terus akak rasa ready nak kawen. Cuih.
Eh, terberangan pulak akak.

P2170744Ini bergambar kat depan display perkahwinan masyarakat Cina.

P2170749Sessi menandatangani buku tetamu.

P2170754Pastu masuk pulak Muzium Warisan di mana menempatkan alat – alatan tradisional yang digunakan oleh atuk nenek moyang kita dulu – dulu. Dari segi alat perkakasan buat rumah, alat muzik, alat membantu ekonomi & sebagainya.

P2170762Korang kenal ni apa? Ini bubu.

P2170765Ini? Kenal? Akak kenal tapi dah lupa nama dia Smile with tongue out Waktu akak kecik – kecik dulu menatang ni masih digunakan lagi.

P2170766Ini akak mengaku akak first time tengok. Tapi menurut yang tertulis kat alat ni, ia digunakan untuk dapatkan jus dari tebu.

P2170768Ala ala ala..akak ni malu – malu orang amek gambar dia. Cekap sekali beliau menganyam.

P2170770Lepas dah habis ronda, berkumpul semula kat kaunter informasi, makan ringan sudah tersedia.

P2170775Makan sudah, sessi bertukar cenderahati & seterusnya upacara menandatangani buku tetamu. Pen tu adalah pen marker. Harap maklum. (akak pun tak tahu apa motif akak bagi tau ni)

Event ni sepatutnya ada sessi conteng canting batik. Tapi disebabkan masa tak mengizinkan, sessi tu terpaksa dibatalkan.

Next entri, kita bergerak ke hospital pulak.

Itu entri last. Akak tahu korang bosan. Akak pun bosan baca ooi.

P/s – kalau korang baca part buaian tu. Tu cuma angan – angan akak je uols. Calon pun takdo lagi, suami apatah lagi. Anak nak muncul dari mana? I iz sad Sad smile

Part #1 : [Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi

Saturday, February 25, 2012

Hai,

Tajuk tu takleh skema lagi ke Cipina?

Aktiviti adalah pada hari Sabtu lepas yakni 18 Februari 2012 dimana saya telah berusia 27 tahun 1 hari.

Ye. 27. Panggil saya kakak from now on ok? #tuadah

Berbalik ke topik asal.

Lawatan ini lebih kurang lawatan mesra – mesra la. Nak cerita panjang pun macam membosankan korang je nanti, jadi layan gambar je lah.

Oh by the way, tempat yang dilawati adalah Kompleks Kraf Langkawi & Hospital Langkawi.

Mula -  mula layan gambar di Kompleks Kraf Langkawi dulu.

P2170571

PUSPANITA Cawangan Langkawi.

Time ni tengah tunggu rombongan PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Gossip – gossip dulu hehe.

P2170573

Sambil – sambil tunggu tu bergambar kenang – kenangan la dulu.

P2170574

Korang nampak apa yang akak nampak? Haiiii *lambailambai

P2170575

Maka rombongan pun tiba..salam salam.

P2170590

Pastu wajib la bergambar kannnn..time ni akak takde sebab jadi cameraman.

P2170606

Dah masuk dalam. Tengah tunggu apa ni? Abang tu dok buat apa?

P2170618

Ohh..tengah demo cara – cara nak buat angsa rupanya..

Serius senang gila tengok dia buat swan tu. Skejap je dah siap. Berapa minit je. Patutlah akak tengok kat belakang tempat akak berdiri ni berlambak – lambak angsa kristal. Akak ada rakam time ni. Kalau akak ada kerajinan, akak pos lah kat blog eh? KALAU ye.

Lepas demo buat angsa, dia demo buat ikan pulak.

Lepas dah tengok demo, tengok hasil buatan lah pulak.

P2170647

Ni contoh ikan yang abang tadi demokan. Kiut – kiut kan? Harga dia pun kiut jugak.

P2170665

See. Harga dia kiut sangat kan? Boleh la beli empat ketul bawak balik. Akak sebenarnya saja je nak letak gambar ni sebab ada muka sendiri. Gedik je taww akak niii..

P2170672

“Haiiii..*oghang Utagha panggil itteww tokkey. Itteww sejenis gecko. Harge ittew RM45 jewww..beli la iteww beli laaa”

P2170697

Ni waktu operasinya.

P2170698

Akak suka prinsip ahli – ahli Puspanita NRE ni.

“Biar Menyesal Membeli, Jangan Menyesal Tak Beli”

I loike.

Oke. Habis pati sini. Kita pegi kompleks Utama pulak.

Next entri ah.

------------------***************-------------------

Kamus :

* Oghang Utagha = Orang Utara

Tensi

Wednesday, February 22, 2012

Tension betul takleh publish entri guna Windows Live Writer.

3 entri pulak tu. Tsk.

Selamat malam..

A Shoulder To Cry On

Monday, February 20, 2012

Bila hati susah, jangan sedih – sedih. Kawan – kawan kan ada..
Kawan tak boleh diharap? Apa susah. Tuhan kan ada..
Menangis lah, bercerita lah, mengadulah. Tuhan tidak pernah tidak mendengar luahan hambaNya.

Saya bersyukur di waktu susah, sedih, duka masih ada rakan – rakan yang tidak jemu menghulur ‘bahu’ untuk saya ‘bersandar’. Terima kasih kawan – kawan Smile

Anyone needs a shoulder to cry on? Here. Let me lend you one Smile

A Shoulder to cry on by Tommy Page

Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:
And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Chorus:
Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone, you won't be alone

'Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world is gone,
you wont be alone
'Cause I'll be there
You'll have my shoulder to cry on
I’ll be there
I’ll be the one to rely on

And when the whole world’s gone,
you wont be alone
'Cause I'll be there….

And when the whole world’s gone,
You’ll always have my shoulder to cry on

Motor dan pasar malam

Moto kotor gila. Tapi macam malas nak basuh sebab ada pasar malam 100 meter dari rumah. Eh,apa kena mengena?

Tempat penginapan kat Langkawi tak mencukupi??

Friday, February 10, 2012

Tu lah. Sapa suruh booking last minuteWaiting

Oke. serius.

Waktu cuti Raya Cina yang lepas, terdapat keluh kesah pengunjung yang datang bercuti ke Langkawi tentang ketiadaan bilik. Kesiann..

Serius time Raya Cina hari tu sesak gila Langkawi. Tambah – tambah kat Jetty Point tu. Sampai ada yang terpaksa jalan kaki dari Garden (taman permainan) depan Mahkamah Syariah yang sejauh 1.2 km tu sebab kesesakan punya pasal.

homestay_mahkamah rendah syariah ke jetty

Point A – Jetty Point
Point B – Mahkamah Syariah

Sesak tak sesak.

Take note. Ini Langkawi, pulau pelancongan. Tempat yang sangat aman damai time tak cuti. Tapi kalau time cuti, sampai bilik tak cukup. Tu tak masuk keta sewa lagi.

Jadi, dengan keadaan yang sebegini tiap – tiap kali cuti, maka timbullah homestay – homestay di segenap pelusuk Langkawi. Nak yang tepi bendang, dalam kampung, dalam taman, tepi pantai (rasanya takde Smile with tongue out), kat mana – mana je lah. Sure ada punya.

Jadi dengan ini, satu lagi alternatif untuk menginap telah muncul dengan kehadiran homestay – homestay ini.

Jadi dengan ini (sekali lagi), brace yourself, entri pasal homestay is coming.

Lepas ni.

Tunggu Smile with tongue out

 

[Tutorial] Komen Facebook di Blog

Wednesday, February 8, 2012

Hai. Tutorial lagi! (dan macam biasa, tutorial untuk remind diri sendiri sebenarnya Tongue)
Tahu tak (tak tahu tak tahu), selama ni saya dok mencari – cari tutorial letak kotak komen Facebook di blog padahal rupa – rupanya ada kat salah satu blog tutorial yang saya follow ni haha.


Ada dua tiga tutorial yang saya follow, tapi tak jadi. Padahal rasanya semua step dah ikut. Ada yang kotak komen tak keluar lansung la, ada yang kotak komen keluar tapi kalau komen, kat semua entri komen keluar huhu. Komen kat entri lain, pegi entri lain, komen tu ada jugak. Ke saya follow instruction untuk kotak komen yang keseluruhan punya? 

Ntahlahhhh..Dah dah tak payah pening pening.

Tadi waktu singgah blog forblogger.net terserempak dengan tutorial ni. Senang saja rupa – rupanya haha!

So, jom ke tutorial dia.

(Step 1) Ini Kod FB Comment Box

Di bawah ada code FB Comment ini. Just copy untuk di letakkan ke dalam blog kejap lagi di Step 2
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/> <div><fb:comments expr:href='data:post.url' expr:title='data:post.title' expr:xid='data:post.id' num_posts='1' width='600'/></div> <div style='background-color: #f2f2f2;border: solid 1px #cccccc; font-size:10px; padding:3px;width:100%;'/> </b:if>



(Step 2) Letak FB Comment Bawah Post Entry


Letak kod di atas di lokasi yang inginkan fb comment box tu muncul dalam blog. Sama ada di bawah post atau di atas comment default blogger. Caranya mudah je, cari code <data:post.body/> dan letakkan di bawahnya (jika ada 2 <data:post.body/> letakkan pada yang kedua sahaja agar tidak muncul di homepage blog).

Lepas preview dan kalau tak keluar apa – apa error, bolehlah Save..


..dan walla!


Ok. Sekarang dah boleh komen guna facebook korang!


Lai lai!


Sumber : forblogger

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATUK FADILLAH YUSOF, TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGENAI HASIL SIASATAN ADUAN RAKYAT BERHUBUNG DENGAN BUNYI ‘NGAUMAN LANGIT’ DI KAWASAN KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

Wednesday, February 1, 2012


PUTRAJAYA, 31 Januari 2012 - Satu Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) telah diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA®) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tujuan menyiasat aduan yang telah dibuat oleh beberapa orang penduduk, berkaitan laporan bunyi yang tidak diketahui sumbernya pada 11 dan 12 Januari 2012 di sekitar kawasan Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

            Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat.  Namun begitu, siasatan jawatankuasa mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut.     

            Jawatankuasa Siasatan telah menggunakan beberapa metodologi  dalam siasatan seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber-sumber potensi punca bunyi dan membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan untuk menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Penemuan awal siasatan jawatankuasa adalah seperti berikut. Jawatankuasa siasatan percaya, bunyi ‘Ngauman Langit’ ini berkemungkinan besar adalah berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, pada tarikh 11 dan 12 Januari 2012.  Perkara ini telah disahkan oleh Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, En. Yusmizan Desa, bahawa pihak kilang telah menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat. Pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung-kampung di mana saksi-saksi telah mendengar bunyi berkenaan.


Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh Jawatankuasa dan saksi-saksi berkaitan dan kesemuanya berpuas hati dengan persamaan bunyi proses tersebut dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini.

            Walau bagaimanapun, analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik.


Video :




Sumber : Agensi Angkasa Malaysia
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright