Slider

[Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi Part #2

Sunday, February 26, 2012

Oraitlah. Bersambung dari Part #1.

Hai, dah habis kat tempat blow – blow kristal, kami ke Kompleks Utama pulak.

P2170701Disambut oleh banner dengan ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa.

P2170711Penerangan oleh wakil PUSPANITA Pusat Kraf, Langkawi.

P2170723Pastu jalan – jalan tengok kawasan la apa lagi.

P2170726Teringat waktu Form 3, akak main menatang ukir – ukir ni waktu Pendidikan Seni. Oh, teringat pulak kat Puan Nora.

P2170729Buaian ni harga dia RM90 uols. Akak bercadang nak beli untuk anak pertama akak. Unik sikit kan. Lain dari orang lain punya.

P2170740Pastu masuk muzium pulak. Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Dalam muzium ni mereka men’display’kan ciri – ciri, adat & kelengkapan perkahwinan masyarakat – masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bertambah ilmu akak pasal selok belok perkahwinan. Dan terus akak rasa ready nak kawen. Cuih.
Eh, terberangan pulak akak.

P2170744Ini bergambar kat depan display perkahwinan masyarakat Cina.

P2170749Sessi menandatangani buku tetamu.

P2170754Pastu masuk pulak Muzium Warisan di mana menempatkan alat – alatan tradisional yang digunakan oleh atuk nenek moyang kita dulu – dulu. Dari segi alat perkakasan buat rumah, alat muzik, alat membantu ekonomi & sebagainya.

P2170762Korang kenal ni apa? Ini bubu.

P2170765Ini? Kenal? Akak kenal tapi dah lupa nama dia Smile with tongue out Waktu akak kecik – kecik dulu menatang ni masih digunakan lagi.

P2170766Ini akak mengaku akak first time tengok. Tapi menurut yang tertulis kat alat ni, ia digunakan untuk dapatkan jus dari tebu.

P2170768Ala ala ala..akak ni malu – malu orang amek gambar dia. Cekap sekali beliau menganyam.

P2170770Lepas dah habis ronda, berkumpul semula kat kaunter informasi, makan ringan sudah tersedia.

P2170775Makan sudah, sessi bertukar cenderahati & seterusnya upacara menandatangani buku tetamu. Pen tu adalah pen marker. Harap maklum. (akak pun tak tahu apa motif akak bagi tau ni)

Event ni sepatutnya ada sessi conteng canting batik. Tapi disebabkan masa tak mengizinkan, sessi tu terpaksa dibatalkan.

Next entri, kita bergerak ke hospital pulak.

Itu entri last. Akak tahu korang bosan. Akak pun bosan baca ooi.

P/s – kalau korang baca part buaian tu. Tu cuma angan – angan akak je uols. Calon pun takdo lagi, suami apatah lagi. Anak nak muncul dari mana? I iz sad Sad smile

4 comments:

  1. Ala,yang part buaian tu tak payah risau.Nanti ada la calon tu..
    MAsa tu nanti,boleh la beli buaian tu tanpa sedikit pun perasaan segan silu..hehe

    ReplyDelete
  2. buai tu lawa la..buat letak anak kucing pun smart jugak ni..hehe

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright