Slider

Nak bibir merah macam aktres Korea? Meh sini.

Sunday, March 4, 2012

 Hai.

Akak tak suka pakai lipstik. Rimas. Pastu cepat je ilangnya. Dah la bibior akak ni jenis pucat. Orang tengok je pun boleh jatuh demam. *exaggerate betul.
Satu hari ni kat Facebook, akak ternampak pos kat page Amoi Heaxa pasal Tony Lip Tint.

Aha! Akak memang dah cari lama menatang ni. First akak tengok penggunaan tint ni dalam satu drama Thailand. Akak tak ingat tajuk dia tapi kalau tak silap akak, time tu lagu OST dia lagu Omprak-apa-benda-ntah.

Jadi siulan orang Malaysia jugak la lagu tu seketika..


Tony Tint – Red Apple. Jangan gerun tengok warna dia. Nampak je macam tu, tapi bila dah kena kat bibir, tak la terang sampai camtu. 

Berbuih tu sebab akak goncang–goncang botol dia hehe. Comel sangat!


Time tu akak masih keja kat Berjaya so, dalam 4–5 tahun lepas la.

Akak tengok bibir heroin dia cuma merah kat bahagian dalam je. Luar bibir dia tu kaler natural. Akak sukaaa.

So, akak try buat dengan lipstik biasa.

Tak jadi.

Okay.

Akak syak dia mesti pakai lipstik khas.

Betullah. Cuma time tu akak tak tau apa term yang orang guna untuk lipstick jenis tu. Lip Tint rupanya dia dipanggil.

Balik kepada story, Cik Amoi ada jual. So, akak order la kat beliau.

Cepat betul proses delivery.
Order on 28 Februari, 29 dia pos & 1 hb Mac ( Khamis ) sampai. Sangat cekap. Takde penghantaran dalam masa 7 hari bekerja ke apa. I loike.
Time barang sampai tu akak tengah makan, Abang Poslaju call. Sebab dia gi pejabat takde orang. Time rehat kan. Kalau dia balik pejabat, silap–silap petang tak pun esoknya baru akak dapat barang tu. Sib baik akak makan kat kiosk sebelah pejabat je. Hihi.

Punya tak sabar nak test, habis makan, naik ofis terus torai.

Cun lah tint ni! Puas hati akak.

Dia ada dua kaler. Satu Red Apple untuk orang berkulit tak berapa cerah macam akak ni satu lagi Cherry Pink. Sesuai untuk orang berkulit cerah. Macam terer je explain. Padahal baca kat internet. 

So, apa benda Lip Tint ni? Lip tint atau lip stain ni fungsi dia sama macam lipstik, memberi warna pada bibir tapi tanpa kesan gloss atau shine. Ianya lebih ringan dari lipstik dan bila anda aplikasikannya, anda akan rasa macam tak pakai apa–apa kat bibir disebabkan tekstur dia yang teramat ringan.

Bak kata website wisegeek, lip tint ni berada di antara lipstik dan lip gloss. Lebih ringan dari lipstik tapi lebih ‘berwarna’ berbanding lip gloss.

Cara pemakaian dia pun simple je. Dap dap kat bibir 2 3 tempat, pastu guna jari ratakan. Kalau rasa nak terang sikit lagi, apply untuk second layer.

Pemakaian tint ni selalu kita tengok kat dalam drama Korea. Akak suka orang Korea mekap. Tak tebal, eyeshadow pn jarang nampak diorang pakai, sekadar eyeliner je, takde bulu–bulu mata palsu, blusher pn tak terang sangat, lipstik pun tak over dan paling best kening diorang. Takde lagi setakat ni akak jumpa aktres Korea keningya nipis–nipis. Semuanya tebal–tebal walaupun tak lebat. Natural gitu.

Dah. Akak melalut.

Tengok gambar untuk pemahaman cara pemakaian tint ni.

source : here


Dan kat bawah ni contoh artis (Korea) yang pakai lip tint ni.

source : here

source : here


Comel kanLove StruckTak nampak macam dia tak pakai lipstick tapi bibir merah.
Okay. I letak gambar Koo Hye Sun sebab I minat sangat dia dalam cita Boys Over Flower hehe.
Love StruckLove StruckLove Struck

Dan ini testimoni akak. Nak jugakkkkk dia.



See..taklah pucat sangat Batting EyelashesPasni orang tengok pun sure tak demam dah haha. 
Gambar ni saja akak gedik edit hoho.


Kecik dah la gambonye ye. Buat apa besor–besor. *Low self-esteem sebonanya-.-


So, kalau nak beli, silalah berkunjung ke page cik Amoi Heaxa   RM15 je! Tak termasuk pos. Harap MakLong.

Kbai.



11 comments:

  1. murah la. cantik pulak tuuu!! hehhe. :)

    ReplyDelete
  2. @NOOR FATIN
    kann? lama dah dok cari sampai dah terlupa :p

    ReplyDelete
  3. wahhh...coolll...nak try gak arghhh.. thx yerk...

    ReplyDelete
  4. @Miserable J
    hehe..sesuai sangat utk orang yang rimas pakai lipstik :p

    sila - sila.

    ReplyDelete
  5. slm..cam best je..gi manakah nk order dgn beliau yer?? hehe... thanks

    ReplyDelete
  6. Br beli direct from Korea rm3.50 - rm3.90...termsk pos..leh cek kt Q0010 malaysia

    ReplyDelete
  7. @Anonymous
    srsly? baru tahu nih. thanks untuk info ni!

    ReplyDelete
  8. @ina ariffin
    kat mana saya beli tu ada ditulis di entri saya ni :D

    ReplyDelete
  9. Dpt kn lip tint dkt sini rm10 only.
    http://www.facebook.com/ikamini.shop?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright