Sunday, March 4, 2012

Syampu pencuci muka

Hai.

You see. Lately akak sangat tak fokus.

Kalau tengah berborak dengan seseorang pastu akak beria – ia nak cakap sesuatu then time akak cakap tu kena potong halfway, terus akak lupa apa yang akak nak cakap tadi.

Contoh situasi :
Beria – ia akak nak cerita kat kawan akak pasal seseorang ni ;
*Perbualan telefon* 
Ai : Yu. Nak tau dak, si Meon tu kan, hari tu kan dia putus dengan tunang dia. Tau kenapa dia putus tunang? Dia kann….
Yu : *Potong cakap ; Yu, pagi tadi ai macam nampak yu kat kedai mamak. Yu pakai baju kurung warna biru kan?
Ai : Ha’ah. Ye lah tu. Boring pulak hari – hari makan kat kedai tepi pejabat tu, ai ajak la kawan – kawan ai g makan kat kedai mamak pulak. Sekali sekala ubah angin sikit kannn..Asal tak tegur tadi?
Yu : Segan ah ai. Yu dengan kawan – kawan. Taknak lah ai ganggu. Hm. Apa tadi yu nak cakap? Sambung balik.
Ai : Aaa! Eh? Apa? Aish. Ai lupa dah apa ai nak cakapppp. Lenkali jangan la menyampukkkk!!
Yu : Huk aloh.
---*Bukan dialog sebenar. Situasi je sama.---
Kura – kura betul perangai Turtle.

Lagi satu situasi.

Tengah mandi. Nak cuci muka. Lokasi botol pencuci muka ada kat depan syampu.
Dalam hati berkira – kira ;

Nak cuci rambut ke tak eh? Masuk hari ni baru dua hari tak cuci. Nak cuci ke tak nak cuci ke tak? – Sambil tangan capai botol pencuci muka.

Picit kat tapak tangan, gosok – gosok kasi keluar buih, sapu ke muka..

Hmmmm..sedap betul lah bau PANTENE ni.

Hmm..wangi wangi wangi. Eh?

EH EHHHHHHH. Ya Allahhh.

Macam mana boleh gi picit syampu sedangkan aku ambik botol pencuci muka tadi!

Serabut betul lah. Aiyaa. *Sambil angin kat diri sendiri, capai botol pencuci muka dan sapu..*

Eh Ya Allahhhhh! Syampuuu! Sekali lagi!

Haiye.

Akak syak ninja yang gi tukar botol syampu ngn pencuci muka akak ni.

2 comments:

  1. haha patut kena pisahkan jauh2 syampu dgn pencuci muka. kalau tertukar jugak tak tau la kan XD

    ReplyDelete
  2. @NOOR FATIN
    ni lah jadinya bila hati dengan otak tak bekerjasama..sib baik syampu. buatnya pencuci wanita ke tak ke haru-.-

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected