Slider

hari raya 2011 category
Showing posts with label hari raya 2011. Show all posts
Langkawi, Kedah, Malaysia

Jemputan Jamuan Hari Raya - Entri tiada makna.

Monday, September 19, 2011


Entri ini adalah dirujuk dan berkenaan. 
Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, pada musim - musim perayaan, terutamanya pada minggu kedua bulan Syawal, hampir keseluruhan jabatan - jabatan kerajaan akan mengadakan Jamuan tambah lemak Hari Raya. 

shing shing bersinar - sinar *matabentuklove
Bersempana jamuan - jamuan tersebut diharap pihak tuan/puan yang mana berkenaan dapat mengambil perhatian akan beberapa perkara seperti yang tertera di bawah:

  1. Dikala jamuan sedang berjalan, bagi pelanggan - pelanggan yang dihormati maafkanlah kami kalau kat atas meja itu penuh dengan pinggan - pinggan dan gelas - gelas polisterin berisi beraneka jenis makanan & kuih muih melebihi kertas - kertas kerja kami. Sekejap lagi selesai urusan silalah jemput makan :)
  2. Bahan berasaskan polisterin adalah tidak baik untuk kesihatan ye.
  3. Bagi penjawat - penjawat wanita adalah dinasihatkan tidak memakai baju kurung moden (ada shape), baju - baju pesyen yang mengikut bentuk badan mahupun kebaya kebayan kerana dikhuatiri attire anda tadi tidak dapat menampung kapasiti maksima perut dan ini menimbulkan tayar - tayar simpanan yang kurang enak dari jelas kelihatan. Overload gitew~ (Melainkan anda adalah seorang yang bijak menahan perut & nafsu, sila abaikan perkara ini.)

  4. Adalah lebih disarankan memakai baju kurung kerana itu adalah langkah paling selamat demi menjaga pandangan orang terhadap diri anda yang berperatusan tinggi akan tertumpu di bahagian tersebut. Kalau nak pakai jubah laaaaaagilah digalakkan. Manis :) Tapi janganlah selagi tak nampak perut menimbul disebalik jubah tu lagi tu kau dok membantai. Babap perut tu kang :)
    Oh. Tidaklah mampu daku menolak. Isk.

  5. Bagi para penjawat lelaki pulak, anda dinasihatkan supaya memakai seluar yang lebih besar pinggangnya dari biasa. Takut nanti perhatian kami kaum wanita tersasar pula apabila terlihatkan seluar anda - anda dah berada di paras pinggul dan bukan di paras pinggang seperti hari - hari biasa.
     
  6. Kemeja juga sebolehnya sila pakai yang lebih besar satu saiz dari saiz biasa anda. Tidaklah kami ini menumpang terseksa pabila terpandang butang baju anda - anda yang hampir tertanggal dari jahitan selepas/ketika menjamah juadah jamuan yang superb - superb itu :)
  7. Melekatkan lampiran Cara - Cara Mengira Indeks BMI di pintu dewan makan adalah sangat sangat sangat tidak praktikal. Perli ke bangg?
  8. Jika anda konsisten menghadirkan diri ke jamuan - jamuan hari raya tanpa gagal setiap hari, peluang untuk duit makan anda dijimatkan adalah tinggi sehingga tiba ke tarikh gaji.
     
  9.  Entri ni tertimbul akibat kekenyangan akibat menghadiri 2 majlis jamuan hari raya. Alkisahnya.
Sekian. 
Hoy hoy! _My Girlfriend is a Gumiho *tetiba
*Gambar adalah dari album kawen raya tahun 2009 :D






Aktiviti Raya Cipina. Syiok Betul #2

Sunday, September 4, 2011

..sambungan dari entri Aktiviti Raya Cipina. Syiok Betul #1

raya3

2 September 2011

Keluar lagi dengan kakak sepupu. Kali ni temankan dia pegi beli minyak gamat. Pastu pegi ke Langkawi Fair pasang screen protector kat hp baru ai. Sambil – sambil tu kakak sepupu ai pegi jumpa bos lama dia..Seronok tengok orang yang masih boleh bergurau – gurau dengan majikan lama walaupun dah berapa tahun berhenti kerja. Macam ai ni, kalau kenal seseorang tu, n bila jumpa balik dalam jangka masa yang lama, otomatik jadi rendah diri takut orang tak kenal. Paling paling pun senyum je bila jumpa. Dah tu bila tak tegur, orang cop sombong=.= Ai tak sombong oke uols. Cuma takut orang dah tak kenal kita ni..Nanti g tegur dia cakap tak kenal, haa..kan dah malu.

Padahal kalau tegur orang kenal lagi kot..Paranoid apa ntah kau ni.

Kak Cik bawak pegi makan tomyam di kedai bos lama dia tu. Best! Sebab tempat makan dia berada di tengah – tengah kedai lot kedai. Sambil makan, sambil usya baju – baju kat dalam kedai. Tapi sedikit segan bila orang yang lalu lalang pandang – pandang macam menjadi satu kepelikan besar makan kat situ.

Photo-0008Sekeping sudehhh..pasal tempat makan ni
ai cerita di entri lain ye.

Habis disitu aktiviti pada raya ke-tiga.

raya4

3 September 2011

Hari paling besttt!

First sebab kawan baik kat sekolah dulu bertunang.

FILE0001
Cikgu MilahRed heart

FILE0011
Kamilah adalah seorang yang sangat nekad.

Kawan saya yang sorang ni adalah kawan perempuan yang paling kelakar yang pernah saya kenal. Kalau sehari dengan dia tak gelak, bukan Kamilah la namanya haha.

Semalam waktu kawan saya ucap tahniah kat dia..

“Milah, tahniah wei” <— merujuk kepada pertunangan.

“Apa? Berat badan aku tak turun wei!” <— saja nak ubah topik hahah

Serius. Kalau tengok muka dia pun dah rasa nak tergelak bukan sebab muka dia nampak kelakar tapi sebab karakter dia tu. Cikgu kesayangan students ni sebab sempoi gila haha. Dapat cikgu sporting macam ni, belajar jadi lagi best. Budak – budak pun tak stress.

Selamat Bertunang Milah.

Sebab kedua Red heart

Semalam jugak telah berlansungnya Gathering Raya kali ke-2 bekas – bekas pelajar SMK Tunku Putra Langkawi batch 1998-2004 di Pantai Cenang.

Event yang pada awalnya tak berapa nak percaya akan menjadi tapi turned out as super awesome!

Serius happening!

Dengan kehadiran yang paling ramai setakat ni (mengambil kira event2 lain seperti boling, karaoke, gathering buka puasa etc.) Hampir 40 orang kesemuanya.

Hari tu jugak menjadi sejarah apabila first time ai buat sos perap ayam uols. Bahan – bahan main taruk ikut suka. Asal nampak rupa sos. Orang bagi resepi simple pun dah tak reti nak buat sebab kaget masa tak cukup. Last – last come up dengan resepi sendiri huhu. Dengan bantuan Eton yang telah menjadi tukang potong ayam, maka, terhasil jugak menu utama kita malam tu. Dah nama pn BBQ kann. Tenkiu Che Tonne. Dan tak lupa jugak kepada Tipah yang sudi menyediakan mee kepada kami yang hampir 40 orang tu. Terima kasih banyak – banyak sebab sudi menyediakan juadah tu dalam masa yang suntuk.

Event ni pada awalnya dirancang nak dibuat di Pantai Pasir Tengkorak. More to picnic la. Tapi tak jadi. Kebetulan hujan sekejap pada pagi raya ketiga tu..di ganti keesokan malamnya iaitu hari Jumaat malam Sabtu yang lepas..

Risau jugak kehadiran tak memberansangkan sebab makanan disediakan untuk 40 orang. Feedback dari kawan – kawan pun time tu macam tak banyak respon.

 

bbq

Alhamdulillah, acara berjalan lancar walaupun slack sedikit di sana sini. Tapi berkat kerjasama antara kawan – kawan, masalah dapat diselesaikan dalam masa yang pantas.

Sedikit gambar.

 

Kepada kawan – kawan yang hadir, terima kasih banyak – banyak diucapkan. Andai ada perkataan mahupun perbuatan yang mengguris hati sepanjang perjalanan acara kita tu, harap dimaafkan. Mana tahu tergurau kasar ke, mulut terlaser ke..kita kira 0-0 la no. Yang bawak sedikit sebanyak bahan – bahan pelengkap untuk majlis kita tu, terima kasih. Kalau kita tak kerjasama macam ni, tak menjadi rasanya majlis kita ni.

Overall, sangat hepi, sangat meriah dan sangat sangat sangat _______ (sambung sendiri) walaupun sorang organizer penting tak dapat menghadirkan diri iaitu Cik Pida kita yang terkandas di Perak time tu. Takpa Pida, nanti suruh Zul cita kehappeningan majlis malam tu ye hehehe Smile with tongue out

Terima kasih. Punya terharu sampai terlupa sekejap beberapa perkara yang nak ditulis. Satgi ingat, ai edit balik.

Last but not least (bajet surat rasmi Bahasa Inggeris)..

294177_275498272476279_100000483253037_1149421_4931826_n

Bai!

 

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright