Hai, saya dah mula kerja.
Macam mana raya..Ada best kah?
Raya sudah habis bro.- Aman Wan.
Malas nak membebel dah, moh la kite .
Pergi beraya di rumah sedara – mara seperti kebiasaannya di tahun – tahun lepas.
Tiap – tiap tahun tanpa gagal, antara rumah yang wajib dikunjungi adalah rumah Tok Cik. Tok Cik adalah abang kepada allahyarham atuk saya.
Kesian Tok Cik rumah kena hempap dengan pokok beberapa hari sebelum raya. Habis hilang bumbung separuh rumah atas dia.
Buat pengetahuan semua, dua tiga hari sebelum raya cuaca adalah sangat merisaukan. Hujan lebat. Ribut kadang – kadang. Beberapa hari sebelum tu, 5 buah kereta ditimpa pokok akibat angin kuat di Bandar Kuah.
Alhamdulillah, raya pertama cuaca sangat baik! Takde hujan lansung (kecuali raya ketiga, hujan sekejap waktu paginya)
Syabil di atas batang pokok yang dah dipotong
Dah lama tak tengok menda alah ni~~
Beraya dari pagi sampai ke malam. Penat. Tapi berbaloi. Ini ajelah masanya untuk berjumpa sedara punn..Kalau hari – hari biasa, lalu depan rumah pun haram nak singgah (sedara yang jauh sikit dari rumah). Apalah kau Cipina.
Segan sebenarnya. Sebab tak rapat sangat. Yang rapatnya mak mak ngan ayah ayah kita. Kita yang dah pangkat anak – anak ni jadi segan la. Nak nak pulak jenis yang tak reti sembang ngan orang tua – tua ni. Bayangkanlah punya takde benda nak disembangkan, sekali kau pegi cerita pasal KPop, tak ke kelu lidah orang tua tu nak menjawab balik.
Pergi beraya di rumah kawan – kawan. Satu rumah sampai 2 jam lepak haha. Lama tak jumpa, banyak benda nak digosipkan
Malamnya, keluar ke Bandar Kuah dengan kakak sepupu. Temankan dia beli barang. Pastu nak pegi makan, KFC, McD semua penuh! Sib baik KFC Pokok Asam dibuka 24 jam. Order take away pastu g makan di Pekan Rabu.
Ramai jugak orang kat situ. Lagi lewat lagi ramai. Ada yang berdating, tunggu pakwe, santai – santai..almaklumlah tepi lauttt..ada yang main mercun..yang main mercun ni saya nak mintak maaf la sebab asek termaki secara tak sengaja pasal terkejut bunyi mercun. POM!! “O mak kau tak sekolah!” I’m sorryyyyyy #amirrajalawak
Balik dalam pukul 11++malam. Takleh lewat – lewat nanti bapak marah
Selalu jadi bahan kawan – kawan “Pina kaki tak kena ikat hari ni tu yang boleh keluar malam tu hahahaha”
siol tau korangg..
Sambung ke Episod kedua Aktiviti Raya Cipina. Syiok Betul
bai
No comments:
Post a Comment
Meriahkan komen anda di sini