Slider

Langkawi, Kedah, Malaysia

Jemputan Jamuan Hari Raya - Entri tiada makna.

Monday, September 19, 2011


Entri ini adalah dirujuk dan berkenaan. 
Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, pada musim - musim perayaan, terutamanya pada minggu kedua bulan Syawal, hampir keseluruhan jabatan - jabatan kerajaan akan mengadakan Jamuan tambah lemak Hari Raya. 

shing shing bersinar - sinar *matabentuklove
Bersempana jamuan - jamuan tersebut diharap pihak tuan/puan yang mana berkenaan dapat mengambil perhatian akan beberapa perkara seperti yang tertera di bawah:

  1. Dikala jamuan sedang berjalan, bagi pelanggan - pelanggan yang dihormati maafkanlah kami kalau kat atas meja itu penuh dengan pinggan - pinggan dan gelas - gelas polisterin berisi beraneka jenis makanan & kuih muih melebihi kertas - kertas kerja kami. Sekejap lagi selesai urusan silalah jemput makan :)
  2. Bahan berasaskan polisterin adalah tidak baik untuk kesihatan ye.
  3. Bagi penjawat - penjawat wanita adalah dinasihatkan tidak memakai baju kurung moden (ada shape), baju - baju pesyen yang mengikut bentuk badan mahupun kebaya kebayan kerana dikhuatiri attire anda tadi tidak dapat menampung kapasiti maksima perut dan ini menimbulkan tayar - tayar simpanan yang kurang enak dari jelas kelihatan. Overload gitew~ (Melainkan anda adalah seorang yang bijak menahan perut & nafsu, sila abaikan perkara ini.)

  4. Adalah lebih disarankan memakai baju kurung kerana itu adalah langkah paling selamat demi menjaga pandangan orang terhadap diri anda yang berperatusan tinggi akan tertumpu di bahagian tersebut. Kalau nak pakai jubah laaaaaagilah digalakkan. Manis :) Tapi janganlah selagi tak nampak perut menimbul disebalik jubah tu lagi tu kau dok membantai. Babap perut tu kang :)
    Oh. Tidaklah mampu daku menolak. Isk.

  5. Bagi para penjawat lelaki pulak, anda dinasihatkan supaya memakai seluar yang lebih besar pinggangnya dari biasa. Takut nanti perhatian kami kaum wanita tersasar pula apabila terlihatkan seluar anda - anda dah berada di paras pinggul dan bukan di paras pinggang seperti hari - hari biasa.
     
  6. Kemeja juga sebolehnya sila pakai yang lebih besar satu saiz dari saiz biasa anda. Tidaklah kami ini menumpang terseksa pabila terpandang butang baju anda - anda yang hampir tertanggal dari jahitan selepas/ketika menjamah juadah jamuan yang superb - superb itu :)
  7. Melekatkan lampiran Cara - Cara Mengira Indeks BMI di pintu dewan makan adalah sangat sangat sangat tidak praktikal. Perli ke bangg?
  8. Jika anda konsisten menghadirkan diri ke jamuan - jamuan hari raya tanpa gagal setiap hari, peluang untuk duit makan anda dijimatkan adalah tinggi sehingga tiba ke tarikh gaji.
     
  9.  Entri ni tertimbul akibat kekenyangan akibat menghadiri 2 majlis jamuan hari raya. Alkisahnya.
Sekian. 
Hoy hoy! _My Girlfriend is a Gumiho *tetiba
*Gambar adalah dari album kawen raya tahun 2009 :D






4 comments:

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright