Baca entri bersyukur ini dulu sebelum teruskan pembacaan untuk lebih penghayatan.
Tak tahu kenapa tiba – tiba jadi geram, bengang sangat dengan orang Malaysia bila tengok video kat bawah ni. Mula – mula tu macam taknak klik sebab kat Facebook sekarang ni kan ke banyak link – link & video – video mengarut. Tapi memandangkan kawan saya yang sorang ni bukan jenis merapu, maka saya klik jua.
Screenshot video ini.
Walaupun video ni dah lama, luangkanlah masa tengok video ni. First saya tengok, saya menangis teresak – esak (nasib baik waktu break time tengok ni). Menggeletar tangan ni waktu nak menaip bagi komen kat kawan yg share video ni. Kesiannn..kesian sangat melihatkan keadaan diorang yang tak bermaya, dibiarkan meniarap diatas tanah macam tu je
Mak bapak dia takde ke? Haa..yang ni korang kena tengok sendiri. Sure korang akan terkejut tak sangka dan kagum punya.
Part paling sedih adalah waktu diberi cookies, diorang pegang je cookies tu sambil belek – belek punya tak tahu nak buat apa. Bayangkanlahhhh. *menangis lagi.
Pegang cookies tu pun macam nak terlepas akibat kekurangan nutrisi. Tak bermaya.
Alhamdulillah..hidup diorang jadi lebih baik selepas lawatan dari San Damiano Foundation tu.
Ada video follow up selepas lawatan mereka.
Wallahualam..saya menulis dari pemerhatian sendiri. Minta maaflah kalau di entri lepas saya emosi sikit.
Bayangkanlah anak – anak kita mahupun adik – adik kita di tempat mereka