Baca entri bersyukur ini dulu sebelum teruskan pembacaan untuk lebih penghayatan.
Tak tahu kenapa tiba – tiba jadi geram, bengang sangat dengan orang Malaysia bila tengok video kat bawah ni. Mula – mula tu macam taknak klik sebab kat Facebook sekarang ni kan ke banyak link – link & video – video mengarut. Tapi memandangkan kawan saya yang sorang ni bukan jenis merapu, maka saya klik jua.
Screenshot video ini.
Walaupun video ni dah lama, luangkanlah masa tengok video ni. First saya tengok, saya menangis teresak – esak (nasib baik waktu break time tengok ni). Menggeletar tangan ni waktu nak menaip bagi komen kat kawan yg share video ni. Kesiannn..kesian sangat melihatkan keadaan diorang yang tak bermaya, dibiarkan meniarap diatas tanah macam tu je
Mak bapak dia takde ke? Haa..yang ni korang kena tengok sendiri. Sure korang akan terkejut tak sangka dan kagum punya.
Part paling sedih adalah waktu diberi cookies, diorang pegang je cookies tu sambil belek – belek punya tak tahu nak buat apa. Bayangkanlahhhh. *menangis lagi.
Pegang cookies tu pun macam nak terlepas akibat kekurangan nutrisi. Tak bermaya.
Alhamdulillah..hidup diorang jadi lebih baik selepas lawatan dari San Damiano Foundation tu.
Ada video follow up selepas lawatan mereka.
Wallahualam..saya menulis dari pemerhatian sendiri. Minta maaflah kalau di entri lepas saya emosi sikit.
Bayangkanlah anak – anak kita mahupun adik – adik kita di tempat mereka
Ajarlah mereka erti bersyukur.
Syukur la dok kat Malaysia ni cukup makan nasik 3 kali sehari lagi, rezeki melimpah ruah..
ReplyDelete@Parkair
ReplyDeleteBersyukur sangat - sangat.
bila sya tengok entri ini, teringat pula satu program yang dijalankan oleh WORLD VISION MALAYSIA.. kmu boleh sponsor seorg budak dari beberapa negara terpilih seperti China, Cambodia dan beberapa nerega lain.. ini link http://www.worldvision.com.my/
ReplyDeleteif you interested boleh ajak kawan2 sesama sponsor dlm category kumpulan.. =)
@pauline
ReplyDeletehai pauline. orang mana ni? nice name :)
saya sponsor dalam malaysia je :)
http://www.budimas.org.my/html/homeDamai.html
btw, thanks for the link!
bersyukur la dengan nikmat yg kita perolehi. sekurang kurangnya cukup makan & pakai
ReplyDelete@THE LEKAT LEKIT STORY
ReplyDeletekita kat sini pening tak tahu nak makan apa sebab terlampau banyak pilihan sedangkan mereka di sana 'pening' tak tahu nak makan apa sebab ketiadaan makanan :(