Slider

sam and esther category
Showing posts with label sam and esther. Show all posts

Kisah Sam & Esther. Mari belajar bersyukur.

Sunday, June 12, 2011

Baca entri bersyukur ini dulu sebelum teruskan pembacaan untuk lebih penghayatan. 

Tak tahu kenapa tiba – tiba jadi geram, bengang sangat dengan orang Malaysia bila tengok video kat bawah ni. Mula – mula tu macam taknak klik sebab kat Facebook sekarang ni kan ke banyak link – link & video – video mengarut. Tapi memandangkan kawan saya yang sorang ni bukan jenis merapu, maka saya klik jua.

Screenshot video ini.

Uganda_samANDester

Walaupun video ni dah lama, luangkanlah masa tengok video ni. First saya tengok, saya menangis teresak – esak (nasib baik waktu break time tengok ni). Menggeletar tangan ni waktu nak menaip bagi komen kat kawan yg share video ni. Kesiannn..kesian sangat melihatkan keadaan diorang yang tak bermaya, dibiarkan meniarap diatas tanah macam tu jeSad smile

Mak bapak dia takde ke? Haa..yang ni korang kena tengok sendiri. Sure korang akan terkejut tak sangka dan kagum punya.

Kisah Sam, Esther dan Jane

Part paling sedih adalah waktu diberi cookies, diorang pegang je cookies tu sambil belek – belek punya tak tahu nak buat apa. Bayangkanlahhhh. *menangis lagi.

 Pegang cookies tu pun macam nak terlepas akibat kekurangan nutrisi. Tak bermaya.

Alhamdulillah..hidup diorang jadi lebih baik selepas lawatan dari San Damiano Foundation tu.

Ada video follow up selepas lawatan mereka.

Hepi tengok diorangggg

Wallahualam..saya menulis dari pemerhatian sendiri. Minta maaflah kalau di entri lepas saya emosi sikit.

Bayangkanlah anak – anak kita mahupun adik – adik kita di tempat mereka Sad smile

Ajarlah mereka erti bersyukur.

Bersyukur lah korang..BERSYUKUR!

Thursday, June 9, 2011


Hai, 

Entri ni lama. Lupa nak publish bila letak kat draft. Relevan lagi kot.

Hal kecik pun nak gaduh, tak puas hati je saman, sesama blogger pun nak gaduh. Dasar orang tak bersyukur. Dari korang dok sibuk – sibuk gaduh pasal benda mengarut ni, lebih baik korang muhasabah diri dengan Tuhan. Bersyukur dengan Tuhan diberi rahmat dapat hidup di bumi yang aman macam Malaysia ni.

Ini tak, artis dengan cara artis, ahli politik dengan cara ahli politik, blogger pun tak mau kalah jugak. Nak jugak diorang gaduh – gaduh. Benda kecik – kecik boleh setel nak besar – bersarkan.
Saya baru nak masuk 3 tahun berblogging, tu pun tak tegar. So, tak berani nak komen lebih – lebih pasal ni..tapi please..pleaseee lah tolong jangan gaduh – gaduh camni. Kutuk sana kutuk sini. Apa yang korang dapat?

Kat TV, yang masuk Bersamamu, kebanyakannya takde lah susah mana saya tengok. Tinggal lagi malas nak keja je..keja ni melambak sebenarnya. Tinggal rajin dengan tak rajin je. Ada yang malu nak buat keja tu, ada yang tak minat. Hak masing – masing. Tapi kalau kau dah memilih sangat sampai hidup melarat macam tu sekali hingga perlu panggil wartawan melaporkan kemiskinan kau mengharapkan bantuan, tak tahulah nak cakap macam mana.

Bukanlah nak menghina orang – orang yang tak mampu ni. Cuma ada sesetengah kes yang masuk Bersamamu tu macam tak perlu pun ada. Ada satu keluarga tu, tengok ke rumah oke je pun, cumanya tak terurus. Baju sidai sana sini, kelambu tak berlipat etc etc etc dan ada satu shot di mana si kakak tengah menyedok nasi untuk adik – adiknya dari periuk. Nampak disitu jari siap ada pewarna kuku hitam, rambut lurus berebonding lagi. Tak mampu macam mana tu?

Lagi satu, kaum perempuan. Taulah kau nak kontrol jelitasopanayulemahgemalai depan pakwe kau punnnnn. Tapi tolong..tolongggglah habiskan makanan tu. Kalau dah tahu kau takkan dapat habiskan, mintak je tukang masak tu masak setengah ke, suku ke. Takdelah sayang makanan tu dibuang macam tu je. Ni tak, mengada – ngada nak itu nak ini, lapar tu lapar ni lepas tu makan 2 3 mulut dah cakap kenyang. Rasa masin sikit tolak pinggan ‘taknaklah makan, masinnnnn’, tak sedap sikit mengomel seumpama terjumpa bangkai cicak kat dalam makanan tu. Nak tak ank si lelaki jugakkkk kena habiskan. Gedik gila.

Berdosa tau tak buat macam tu.


Bagi saya, biarlah orang cakap saya ni pelahap ke kuat makan ke tapi kalau pasal makan, bila dah sekali cedok nasi dalam pinggan, kena habiskan. Tapi kalau dah teroder makanan yang lansung tak boleh diterima deria rasa (pernah terkena) atau ada bendasing yang boleh membahayakan diri tu lain cerita lah. Pakai common sense lah kan. Itu punnn.

Sebenarnya saya membebel ni bengang lepas tengok satu video ni. Saya akan share di entri lepas ni. Sangat sedih sampai bengang. Lepas tengok video ni, terus buat saya terfikir pasal ni. KITA SEPATUTNYA BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TUHAN LIMPAHKAN DAN HIDUP SELESA DI BUMI MALAYSIA NI. BUKAN GADUH – GADUH PASAL HAL REMEH TEMEH!


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright