Slider

terkena category
Showing posts with label terkena. Show all posts

Misteri tu dah terjawab..sungguh makan dalam

Monday, April 5, 2010


Ada satu perkara yang buat saya tertanya-tanya pasal ni especially waktu makan tengahari.


Setiap kali turun makan, saya mesti nampak mereka dua orang. Kadang-kadang salah sorang je. Tapi, tak pernah lekang dengan laptop. Apa agaknya ya yang diorang bincangkan?


Tengok dari mimik muka dan gerak tubuh mereka seolah-olah sedang berbincang tentang taktik dan strategi.


Dah beberapa bulan mereka berkelakuan macam itu..projek besar kah?


Besar mana sangat? Budak-budak tu keja kat bank je pun. Hmm..

Tiap-tiap kali turun makan je mesti nampak. Saya selalu akan port betul-betul depan mereka. Cuba cari tahu apa agaknya 'projek besar' yang mereka usahakan..sakit hati ni bila tak dapat ketahui 'projek' yang mereka rancang tu. Mestilah sakit hati, bawak laptop, dah tu, tiap-tiap hari pulak tu n yet tak tau apa yang diorang buat..Tak kisah lah ramai customer ke tak time tu, time lengang ke, Kalau korang, sakit hati ke tak?

At least, kalau dah tahu apa yang diorang bincangkan, takde lah tertanya-tanya tiap-tiap kali makan. Kadang-kadang tu bila terlalu memikirkan sangat perkara ni waktu makan, sampaikan bila saya habiskan makanan pun tak sedar. Punya asyik fikirkan perkara mistirius tu..maka, perut tak terasa kenyang sebab makan tanpa perasaan, maka 'terpaksa' membeli jajan untuk mengenyangkan perut :P - alasan

Pada satu hari tu, sesampainya saya kat kiosk tu, hoh, diorang duduk membelakangkan kaunter makanan, ada chance nak usya..skrin laptop betul-betul menghadap saya! Wuh! Cantekk..

Pergi ke posisi paling dekat, kononnya dok pilih-pilih lauk
[padahal dah order nasi ayam]
sambil pergi dekat-dekat dengan meja diorang yang masih membelakangkan saya..

Yang sorang tu bercakap penuh perasaan, yang sorang lagi mengiyakan cakap si kawan sambil mata masih melekat di skrin laptop. Khusyuk..
Saya dekatkan lagi posisi dengan table diorang..hah!
Nampak dah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hah??!!


Ini rupanya 'projek besar' tu?
Aaaa...

Adoi T______T
Ingatkan projek apa lah Ya Allah..

Farmville je rupa-rupanya 



Teepah tertipuuuuuuu  




Facebook berjaya kenakan saya..terima kasih T__T

Saturday, March 13, 2010

Kelmarin, chat dengan sorang kawan kat facebook. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi kawan tegur, Abang Wan namanya. Kawan lama masa keja hotel dulu. Arabic GRO kat hotel untuk handle guest Arabic. Masing-masing bertanya khabar. Dia sekarang kat Kuwait, buka travel agency kat sana kalau tak silap. Bisnes maju katanya. Dia pun tak banyak chat. Setakat bertanya khabar, tanya keja kat mana then diam.


Dengan kawan lagi sorang ni, banyak benda kami bincangkan. Baru - baru ni berlaku satu masalah berat yang tak tertanggung seorang diri. So, kawan saya yang ni lah yang banyak membantu. Dia rapat dengan keluarga adik [suami adik tu kawan baik dia] maka senang untuk saya luahkan apa yang terbuku kat hati yang 'pihak tu' tak faham. Susah bila saya terpaksa lawan 1-4. For sure saya kalah kan?


Ha kau, entri je dah dua rangkap :P


Macam ni ceritanya..
Waktu tengah feeling meluahkan perasaan tak puas hati kat kawan saya ni, saya refresh page. Takut nanti terlepas perkara best yang kawan - kawan pos.


Mula - mula, kedudukan chat box [ke ada nama lain?] tu macam ni.


lihat kedudukan 1 [Abang Wan] & 2 [kawan lagi sorang]

So lepas dah refresh, saya teruskan menaip. Dengan penuh semangat, saya taip dengan laju tanpa melihat nama kat pane chat tu.


Dalam 12 baris saya taip, kawan saya tu tak balas, then kat pane yang berkedudukan no 2 keluar notification, bila saya tengok kat nama si pembalas chat tu..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, saya hantar kat Abang Wan!!
Macam mana boleh jadi macam ni?!

kedudukan dah bertukar T___T
Bila dah terperasan yang diri ni dah tersalah hantar mesej, terus mintak maaf kat Abang Wan.

Ada masalah ek..takpe, kalau rasa nak cerita, share je ok. 
yee..baeklah (_ _") 

Malu wei..mana nak letak muka ni. Dah la baru contact balik. Nasib baik jauh. Adeh.


Kesimpulan : berhati - hati ketika memandu sebab kita takkan tahu bila lembu akan melintas di jalan * tetibe.


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright