Monday, April 5, 2010

Misteri tu dah terjawab..sungguh makan dalam


Ada satu perkara yang buat saya tertanya-tanya pasal ni especially waktu makan tengahari.


Setiap kali turun makan, saya mesti nampak mereka dua orang. Kadang-kadang salah sorang je. Tapi, tak pernah lekang dengan laptop. Apa agaknya ya yang diorang bincangkan?


Tengok dari mimik muka dan gerak tubuh mereka seolah-olah sedang berbincang tentang taktik dan strategi.


Dah beberapa bulan mereka berkelakuan macam itu..projek besar kah?


Besar mana sangat? Budak-budak tu keja kat bank je pun. Hmm..

Tiap-tiap kali turun makan je mesti nampak. Saya selalu akan port betul-betul depan mereka. Cuba cari tahu apa agaknya 'projek besar' yang mereka usahakan..sakit hati ni bila tak dapat ketahui 'projek' yang mereka rancang tu. Mestilah sakit hati, bawak laptop, dah tu, tiap-tiap hari pulak tu n yet tak tau apa yang diorang buat..Tak kisah lah ramai customer ke tak time tu, time lengang ke, Kalau korang, sakit hati ke tak?

At least, kalau dah tahu apa yang diorang bincangkan, takde lah tertanya-tanya tiap-tiap kali makan. Kadang-kadang tu bila terlalu memikirkan sangat perkara ni waktu makan, sampaikan bila saya habiskan makanan pun tak sedar. Punya asyik fikirkan perkara mistirius tu..maka, perut tak terasa kenyang sebab makan tanpa perasaan, maka 'terpaksa' membeli jajan untuk mengenyangkan perut :P - alasan

Pada satu hari tu, sesampainya saya kat kiosk tu, hoh, diorang duduk membelakangkan kaunter makanan, ada chance nak usya..skrin laptop betul-betul menghadap saya! Wuh! Cantekk..

Pergi ke posisi paling dekat, kononnya dok pilih-pilih lauk
[padahal dah order nasi ayam]
sambil pergi dekat-dekat dengan meja diorang yang masih membelakangkan saya..

Yang sorang tu bercakap penuh perasaan, yang sorang lagi mengiyakan cakap si kawan sambil mata masih melekat di skrin laptop. Khusyuk..
Saya dekatkan lagi posisi dengan table diorang..hah!
Nampak dah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hah??!!


Ini rupanya 'projek besar' tu?
Aaaa...

Adoi T______T
Ingatkan projek apa lah Ya Allah..

Farmville je rupa-rupanya 



Teepah tertipuuuuuuu  




14 comments:

  1. perluke nak main kebun berdua? sunguh bekerjasama!

    ReplyDelete
  2. hahhha~ tu dia..
    penangan farmville.

    la nih, sy tgh geram sbb xle nk buka kak siti yg bersosial. [social city]
    abeh laa factory sy terbengkalai.. hukhuk~ :(

    ReplyDelete
  3. @8988546629687633720.0
    itu la pasal..serius pulak tu masing2..macam bisnes besar T___T

    ReplyDelete
  4. @4274916831422530648.0
    hahah..saya tak masuk fv dh berkurun..asal bukak je browser crashed..haih..sekarang dah tak main dah game2 ni..barn buddy je yg main :P

    **sekali tersangkut, nak main berkali2..jangan la mulakan..ketagih:))

    ReplyDelete
  5. waahhh...tekun berkebun rupanya..suspen sungguh

    btw fina,page kamu di halang satu box.jadi sy cuma membace entry kamu dengan ruang sebesar satu inci.agak siksa di situ.ada sy seorang mengalami situasi mcm ni?

    ReplyDelete
  6. @4041955464654549109.0
    box apekah tu? saya punya page oke je pun..:-s
    tak kena kat mana ek?

    ReplyDelete
  7. hua hua hua....

    hang kena juin skali projek besa diorang Fen..
    barulah cara...keh keh keh

    ReplyDelete
  8. @978580961655449229.0
    serius diorang kejam telah memperdayakan saya..sungguh saya tertipu :((:((

    ReplyDelete
  9. Kira hebatlah tu.,..
    Mungkin nak mengusahakan ladang seumpama farmville kot..

    ReplyDelete
  10. @7461265219452308988.0
    huhu~ mungkin kan..kalau la korang tgk muka saya lepas sy dapat tau 'projek besar' diorang..huhu~

    ReplyDelete
  11. hehehe...strategi nak men'design' farm..huahuahua

    ReplyDelete
  12. @6853671350300484142.0
    tu lah..waktu lalu kat sebelah table diorang, ada dialog "..tapi ko kena pandai budget la..pukul2 berapa nak kutip" muka sudah macho masing2 sekali men fv T__________T..oh, muka macho tak bersalah :P

    ReplyDelete
  13. haha..lawak tl..
    tu dah tahap ketagih farmville tu

    ReplyDelete
  14. @1849486949425175360.0
    tu lah..makan dalam betul..penat je fikir apa benda la hamba2 allah ni buat..sekali FV rupanya(_ _")

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected