Subscribe:

Saturday, March 13, 2010

Facebook berjaya kenakan saya..terima kasih T__T

Kelmarin, chat dengan sorang kawan kat facebook. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi kawan tegur, Abang Wan namanya. Kawan lama masa keja hotel dulu. Arabic GRO kat hotel untuk handle guest Arabic. Masing-masing bertanya khabar. Dia sekarang kat Kuwait, buka travel agency kat sana kalau tak silap. Bisnes maju katanya. Dia pun tak banyak chat. Setakat bertanya khabar, tanya keja kat mana then diam.


Dengan kawan lagi sorang ni, banyak benda kami bincangkan. Baru - baru ni berlaku satu masalah berat yang tak tertanggung seorang diri. So, kawan saya yang ni lah yang banyak membantu. Dia rapat dengan keluarga adik [suami adik tu kawan baik dia] maka senang untuk saya luahkan apa yang terbuku kat hati yang 'pihak tu' tak faham. Susah bila saya terpaksa lawan 1-4. For sure saya kalah kan?


Ha kau, entri je dah dua rangkap :P


Macam ni ceritanya..
Waktu tengah feeling meluahkan perasaan tak puas hati kat kawan saya ni, saya refresh page. Takut nanti terlepas perkara best yang kawan - kawan pos.


Mula - mula, kedudukan chat box [ke ada nama lain?] tu macam ni.


lihat kedudukan 1 [Abang Wan] & 2 [kawan lagi sorang]

So lepas dah refresh, saya teruskan menaip. Dengan penuh semangat, saya taip dengan laju tanpa melihat nama kat pane chat tu.


Dalam 12 baris saya taip, kawan saya tu tak balas, then kat pane yang berkedudukan no 2 keluar notification, bila saya tengok kat nama si pembalas chat tu..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, saya hantar kat Abang Wan!!
Macam mana boleh jadi macam ni?!

kedudukan dah bertukar T___T
Bila dah terperasan yang diri ni dah tersalah hantar mesej, terus mintak maaf kat Abang Wan.

Ada masalah ek..takpe, kalau rasa nak cerita, share je ok. 
yee..baeklah (_ _") 

Malu wei..mana nak letak muka ni. Dah la baru contact balik. Nasib baik jauh. Adeh.


Kesimpulan : berhati - hati ketika memandu sebab kita takkan tahu bila lembu akan melintas di jalan * tetibe.


6 comments

March 13, 2010 8:11 PM

hehehe dah kena perangkap offside.. sama la ngan kes salah antar sms. bleh tercetus perang besar.. ;)

March 13, 2010 8:50 PM

salam...
kalau nak chat...sentiasa perhatikan betul ker tak setesen yang kita lending....

March 13, 2010 9:30 PM

@1880637323408251621.0
nasib baik topik tu tak terlalu peribadi :P

March 13, 2010 9:32 PM

@1665112327877790670.0
lain kali kena tengok petak parking betul2 baru boleh tekan enter ;))

March 14, 2010 2:23 AM

hahahhaha. biasalah tu tersalah hantar. tapi nasib baik la benda tu bukan secret ke apa. lagi naya kalau kita ingatkan kita chat dgn orang lain tapi sbnrnya orang tu bukan tuan punya acc/nick tu. buat malu jah kalau terbagitau secret. huhu

March 14, 2010 3:24 AM

@2693107999398674197.0
taaauuuuuu takpa..tersangat la bernasib baik :P

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com